KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH


Pusat Beli Belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Seiring dengan kehadiran cuti sekolah, kempen yang bakal berlangsung selama 17 hari ini menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka. 

Ruang “Centre Court” diselaputi dengan suasana karnival yang meriah yang mana atmosfera karnival tersebut dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. 

Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival menarik yang akan berlangsung pada hujung minggu. Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”. Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak eksklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso. 


Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma. Kereta kuda putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalamn yang menarik buat si cilik. 

Kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian yang bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit. 

Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah. 

Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ yang menarik, dan pertunjukan ahli silap mata yang memukau. 


Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga. Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”. 

PUSAT BELI-BELAH MESRA MALL MEMBAWAKAN KARNIVAL VIKIDS YANG UNIK 

Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024, menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik. 

Sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, akan menjadi sebuah taman haiwan peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik. 


Bermula dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas. Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif. 



Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun). Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka untuk berpeluang memenangi hamper eksklusif.  

Untuk info lanjut, layari: 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI