JAYA GROCER MEMPERLUAS BARISAN GRAB SIGNATURES BRANDS BAGI PRIVATE LABELS, MEMPERKASA USAHAWAN TEMPATAN


Jaya Grocer, salah satu rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia telah memperluaskan barisan produk Jaya Grocer Private Labels melalui kerjasamanya dengan Grab Signatures Brands. Kerjasama ini memperkenalkan produk daripada jenama kegemaran seperti Village Park, K Fry, Inside Scoop dan KGB – yang hanya terdapat di Jaya Grocer.

Dilancarkan dua tahun lalu, inisiatif Jaya Grocer Private Labels ini dihasilkan bagi memperkasa usahawan makanan dan minuman (F&B) untuk beralih ke ruang runcit. Usaha ini meraikan semangat keusahawanan tempatan sambil menawarkan pelanggan akses yang lebih luas kepada pilihan makanan dan minuman ikonik, tersedia untuk dibeli di semua cawangan Jaya Grocer. Rangkaian produk tempatan ini mempamerkan inovasi masakan tempatan dan menonjolkan komitmen syarikat untuk memperkasakan usahawan Malaysia. Dengan Grab Signatures, perniagaan disediakan laluan berstruktur untuk meluaskan jangkauan mereka melalui kerjasama.

Rangkaian produk Jaya Grocer Private Labels yang diperluaskan kini termasuk tiga produk Village Park: Nasi Lemak Sambal, Nasi Lemak Sambal Lagi Pedas dan Ayam Goreng Berempah, tiga perisa Inside Scoop: Vanila dengan Pusaran Gula Melaka, Garam Laut Gula Melaka serta Biskut dan Krim Berganda, serta Ayam Goreng Tanpa Tulang K Fry dan Kentang Goreng Potongan Lurus KGB.

"Kami teruja untuk memperluaskan rangkaian Private Labels kami, yang telah dikumpulkan dengan teliti bagi memenuhi citarasa dan kualiti yang diharapkan pelanggan kami melalui Grab Signatures Brands, koleksi restoran dan rakan kongsi peniaga yang paling digemari di Grab. Semenjak pelancarannya, konsep ini telah membantu pemilik restoran mengurangkan jurang di antara restoran dan rak runcit, membawa rasa istimewa mereka dari meja makan di kedai ke dapur-dapur di rumah. Hari ini, kami menambah lebih jenama tempatan yang digemari di kalangan pelanggan Malaysia. Melalui usaha sama diperluaskan ini, kami tidak sabar untuk menawarkan lebih banyak rangkaian produk bertaraf restoran ke rumah pelanggan untuk dinikmati oleh mereka,” kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

Produk dari Village Park, K Fry dan KGB akan tersedia di pasaran bermula dari 18 Februari 2025 manakala produk Inside Scoop akan tersedia pada awal bulan Mac, secara eksklusif di semua cawangan Jaya Grocer, di dalam kedai dan dalam talian melalui GrabMart. Dengan setiap pembelian produk, pelanggan boleh memperoleh mata ganjaran GrabRewards melalui program Jaya Grocer Membership, dikuasakan oleh Grab. Disepadukan dengan ekosistem GrabRewards, program ini membolehkan pelanggan menggunakan mata daripada rakan kongsi lain untuk pembelian di Jaya Grocer, menyerlahkan komitmen Jaya Grocer kepada nilai dan kemudahan pelanggan.

"Sebagai rangkaian pasaraya premium massa terkemuka, kami komited kepada inovasi dan sentiasa mencari cara baharu untuk melayani pelanggan dan rakan kongsi kami dengan lebih baik. Peralihan daripada F&B ke perniagaan runcit menandakan satu lonjakan yang ketara bagi jenama tempatan ini, kerana ia melibatkan penyesuaian kepada model perniagaan baharu dan memahami kerumitan rantaian bekalan runcit. Di Jaya Grocer, kami berbangga dapat berganding bahu dengan wira-wira tempatan ini, membantu mereka memperoleh peluang untuk meningkatkan pengeluaran, mencapai pasaran yang lebih luas dan memastikan ketahanan jangka panjang jenama mereka,” Teng mengakhiri.


Petikan daripada rakan kongsi jenama:

Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, Pengasas Village Park

"Kehadiran Village Park di kalangan produk Jaya Grocer Private Labels merupakan satu rahmat bagi kami yang sentiasa berkobar untuk berkongsi rasa asli Malaysia melalui hidangan istimewa kami. Gabungan capaian digital Grab dan kehadiran runcit Jaya Grocer telah membolehkan kami mencapai khalayak yang lebih luas berbanding sebelum ini. Kami sangat teruja untuk membawakan Ayam Berempah dan sambal ikonik kami terus ke rumah anda untuk membolehkan anda merasai keenakan Village Park dalam setiap suapan.”

Lim Shiew Li, Pengasas Inside Scoop

"Menyertai barisan Jaya Grocer Private Labels telah membolehkan Inside Scoop berkongsi impian kami untuk membawakan keriangan kepada rakyat Malaysia melalui aiskrim buatan tangan berkualiti tinggi yang diperbuat menggunakan bahan-bahan terbaik. Kini, dengan tersedianya produk kami di Jaya Grocer, lebih ramai pelanggan akan mendapat akses kepada citarasa kami yang diinspirasi Malaysia pada bila-bila masa. Kami tidak sabar untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia merasai kegembiraan yang datang dalam setiap sudu aiskrim kami!"

Shahirah Razid, Pengurus Pemasaran K Fry Urban Korean

"Di K Fry, misi kami sejak dahulu adalah untuk berkongsi rasa cinta kami terhadap makanan Korea dengan seramai mungkin rakyat Malaysia. Sama ada ianya melalui sijil Halal atau dengan menawarkan ayam K Fry yang digemari ramai melalui saluran baru seperti Jaya Grocer Private Labels, kami sentiasa mencari peluang untuk memudahkan orang ramai menikmati pengalaman K Fry kami yang tersendiri pada bila-bila masa.”

Steven Goh, Pengasas Killer Gourmet Burgers (KGB)

"Kualiti produk yang kami tawarkan di Killer Gourmet Burgers telah meletakkan kami sebagai salah satu peneraju burger gourmet dalam pasaran tempatan dan kami komited untuk mengekalkan nilai ini sambil meluaskan jangkauan kami melalui saluran seperti Jaya Grocer Private Labels. Dengan Kentang Goreng KGB kami yang tersedia setiap masa di dapur rakyat Malaysia, kami berbesar hati dapat membawa rasa berkualiti kami lebih hampir kepada anda!"

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!