THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR BAWAKAN "KEMBARA CITA RASA NUSANTARA" RAMADAN INI
Ramadan ini, Restoran Charcoal di The Saujana Hotel Kuala Lumpur bakal membawakan "Kembara Cita Rasa Nusantara," satu pengalaman bufet yang luar biasa yang bermula dari 3 hingga 29 Mac 2025. Menu hidangan bufet yang disusun khas ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang pastinya akan membangkitkan selera dan mengimbau kenangan manis zaman dahulu kala.
![]() |
Udang Laut Berempah |
![]() |
Tulang Rusuk Masak Asam Pedas |
Antara yang menarik adalah Selangor Cuisine Corner, yang menampilkan hidangan ikonik di sekitar Selangor seperti Nasi Ambeng, Sambal Taun, Wadai Kipeng, dan Bahulu Kemboja. Disokong oleh Tourism Selangor dan sejajar dengan visi Visit Malaysia 2026, inisiatif ini memberi penghormatan kepada warisan kulinari Malaysia yang kaya dan pada masa yang sama memperkenalkan para pengunjung kepada cita rasa masakan Selangor yang unik.
![]() |
Nasi Kambing Kambus |
Hidangan bufet ini turut menampilkan Saji Aroma Rice, hasil kerjasama dengan FGV Holdings Berhad. Beras wangi tempatan ini, yang diusahakan di atas tanah subur yang berkeluasana 800 hektar di Sekinchan adalah beras wangi tempatan pertama dan satu-satunya di Malaysia.
Inisiatif FGV telah meningkatkan taraf hidup petani tempatan, dengan pendapatan isi rumah meningkat dari RM4,500 kepada RM7,300 pada tahun 2024 — satu bukti impak usaha yang menyokong pertanian tempatan. Dengan kerjasama ini, Restoran Charcoal bukan sahaja membawakan hidangan nasi yang enak malahan juga menyumbang kepada usaha membangunkan ekonomi petani tempatan.
Bufet "Kembara Cita Rasa Nusantara" adalah simfoni rasa, menawarkan:
Pesta Makanan Laut: Udang harimau yang baru direbus, kupang, dan ketam bunga dipadankan dengan perasa yang menyegarkan.
Sudut Hidangan Istimewa Chef: Kambing yang dipanggang perlahan dengan campuran rempah, disajikan dengan sos yang kaya dan penuh rasa.
Stesen Memasak Secara Langsung: Menampilkan kegemaran ramai seperti Teppanyaki, Penang Char Kway Teow, dan satay yang baru dipanggang.
Aneka Pencuci Mulut Yang Lazat: Pelbagai kuih Melayu tradisional dan pastri antarabangsa yang melengkapkan hidangan berbuka anda.
Promosi Eksklusif
Bufet "Kembara Cita Rasa Nusantara" berharga RM180++ seorang, dengan kadar istimewa tersedia:
RM125++ untuk warga emas.
Diskaun 50% untuk kanak-kanak di bawah enam tahun (kanak-kanak berumur enam hingga dua belas makan dengan harga RM90++).
Diskaun 20% untuk ahli LBS & SGCC dan pemegang kad bank terpilih (tempahan awal diperlukan).
Promosi tempahan awal tersedia pada harga RM145++ seorang untuk tempahan yang dibuat sebelum 28 Februari 2025. Baucar hadiah bufet juga tersedia, menjadikannya hadiah yang ideal untuk orang tersayang, rakan perniagaan, atau klien.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan pengembaraan kulinari yang tiada tandingannya. Bufet "Kembara Cita Rasa Nusantara" berlangsung dari 3 hingga 29 Mac 2025, menawarkan pengalaman berbuka puasa yang tiada tandingannya yang menggabungkan tradisi, inovasi, dan sentuhan nostalgia.
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi The Charcoal Restaurant di +603 7843 1234, ext. 6122 / 6013 atau e-mel dine@thesaujana.com.
Comments
Post a Comment