PENCEGAHAN DEMENSIA: PERANAN GAYA HIDUP, PEMAKANAN, DAN INTERVENSI BERASASKAN KOMUNITI
Demensia merupakan isu kesihatan awam yang semakin membimbangkan, di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan lebih daripada 55 juta individu di seluruh dunia kini menghidap penyakit tersebut. Di Malaysia, sebanyak 8.5% individu yang berusia 60 tahun dan ke atas berisiko mengalami demensia (Kajian kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2018), dan kes itu dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang tahun 2050, m yang berpotensi memberi kesan sehingga 25,00 rakyat Malaysia (Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, ADFM).
Meski pun ketika ini tiada penawar, kajian menunjukkan bahawawa 40% kes dimensia boleh dicegah berkemungkinan melalui perubahan gaya hidup dan pemakanan (The Lancet Commission on Dementia Prevention, 2020).
Meneroka Pencegahan Melalui Gaya Hidup dan Pemakanan
Kajian saintifik membuktikan bahawa ga peranan gaya hidup sihat, makanan seimbang, senaman berkala dan rangsangan minda—berupaya mengurangkan risiko demensia secara signifikan. Antara corak pemakanan yang paling banyak dikaji untuk Penyakit Alzheimer dan Berkaitan Demensia (ADRD) termasuklah diet Mediterranean, DASH, MIND, ketogenik, dan Mediterranean-ketogenik yang diubah suai.
Diet berasaskan tumbuhan, seperti diet Mediterranean dan MIND (Mediterranean-DASH Intervention for Neurodegenerative Delay), menekankan pengambilan sayuran terutamanya berdaun hijau) buah-buahan, kekacang, bijirin penuh, ikan, dan lemak sihat, sementara mengehadkan pengambilan daging merah, manisan dan makanan diproses. Diet ini menunjukkan terbukti dapat mengurangkan beban beta-amiloid, satu penanda utama patologi Alzheimer.
Diet tradisional Malaysia yang dipengaruhi oleh budaya makanan Melayu, Cina, India dan lain-lain, yang berasaskan nasi, mi, dan kaya dengan pelbagai perisa, ramuan herba, rempah ratus, serta santan. Walaupun ia mengandungi sayur-sayuran dan bijirin penuh seperti diet MIND, ia turut menampilkan makanan bergoreng dan berkuah pekat yang perlu diambil secara sederhana.
Untuk menyesuaikan diet MIND dengan keadaan tempatan pakar pemakanan mencadangkan penggantian buah beri—yang agak sukar didapati da dengan buah- buahan tempatan seperti jambu batu, naga merah, rosel, krismis dan delima. Buah-buahan ini memberikan manfaat kognitif yang sama dengan buah beri serta lebih mudah didapati dan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
Malaysia juga kaya dengan pelbagai jenis ikan yang mengandungi lemak omega-3 seperti sardin, kembung dan senangin. Walau bagaimanapun, kaedah masakan dengan cara menggoreng tidak digalakkan kerana ia boleh mengurangkan kandungan asid lemak bermanfaat. Pengambilan produk berasaskan soya dan kekacang juga digalakkan kerana ia menawarkan sifat antioksidan dan anti-radang yang menyokong kesihatan kognitif.
Selain pemakanan, kajian menunjukkan faktor gaya hidup juga dapat membantu mengurangkan risiko demensia. Aktiviti fizikal yang kerap, seperti berjalan kaki, berenang, atau berbasikal, hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, bergantung kepada keperluan individu. Pengurusan tekanan darah tinggi dan diabetes juga perlu diutamakan kerana kedua-duanya boleh menyumbang kepada kemerosotan kognitif.
Elakkan daripada merokok dan hadkan pengambilan alkohol juga penting kerana kedua-duanya boleh meningkatkan risiko kerosakan vaskular dan kemerosotan saraf. Selain itu, aktiviti yang merangsang mental seperti membaca, menyelesaikan teka-teki, atau mempelajari kemahiran baharu boleh membantu mengekalkan fungsi kognitif, manakala hubungan sosial yang erat mampu mengurangkan risiko kemerosotan kognitif.
“Melakukan aktiviti stimulasi dan mengekalkan hubungan sosial memainkan peranan penting dalam memelihara fungsi otak,” kata Pakar Perunding Geriatrik dan Pakar Perubatan Pusat Perubatan Sunway Damansara (SMCD), Dr Nordiana Nordin.
Memperkenalkan Terapi Stimulasi Kognitif (CST)
Terapi Stimulasi Kognitif (CST) ialah intervensi bukan farmakologi yang terbukti berkesan dalam membantu individu dengan demensia tahap ringan hingga sederhana. Kajian menunjukkan bahawa CST dapat membantu meningkatkan komunikasi, interaksi sosial, ingatan, dan kualiti hidup secara keseluruhannya. Ia juga dapat membantu menangani simptom tingkah laku dan psikologi seperti kegelisahan, perubahan emosi, halusinasi, apati, dan gangguan tidur.
Berbeza dengan rawatan farmakologi yang menyasarkan neurotransmiter tertentu tetapi berisiko menyebabkan kesan sampingan seperti masalah gastrousus atau perubahan emosi, CST melibatkan pesakit dalam sesi berkumpulan yang berstruktur, stimulasi deria dan perbincangan interaktif. Pendekatan ini berupaya meningkatkan fungsi kognitif serta kesejahteraan sosial individu yang terlibat.
Gabungan antara terapi stimulasi kognitif (CST) dan rawatan ubat-ubatan yang sesuai dianggap sebagai pendekatan paling berkesan dalam mencegah demensia. Namun begitu, kekurangan akses kepada program CST yang berstruktur di Malaysia menyukarkan usaha pencegahan dimensia. Menyedari masalah itu, SMCD mengambil inisiatif untuk melancarkan program CST selama 14 sesi yang disesuaikan mengikut keperluan tempatan.
“Penyedia penjagaan kesihatan perlu meningkatkan kesedaran melalui sesi ceramah awam dan perundingan peribadi. Kita juga boleh memanfaatkan teknologi telekesihatan untuk menyampaikan CST kepada individu yang menghadapi kekangan dari segi mobiliti atau geografi,” tambah Dr Nordiana.
Walaupun kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti kesan jangka panjang CST, namun beberapa kajian menunjukkan bahawa CST mampu meningkatkan fungsi kognitif dan kualiti hidup secara mampan.
Sertai Gerakan untuk Kesihatan Otak
Pusat Perubatan Sunway Damansara menyeru individu serta keluarga untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi kesihatan otak mereka. Risiko demensia dapat dikurangkan dan kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui saringan awal, intervensi berasaskan bukti seperti Terapi Stimulasi Kognitif (CST), dan membuat pilihan gaya hidup yang bijak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Terapi Stimulasi Kognitif (CST), sila layari laman sesawang Pusat Perubatan Sunway Damansara.
Comments
Post a Comment