KERJASAMA HOCK KEE KOPITIAM DENGAN D.MASKING BAWA MUSANG KING PREMIUM DARI DUSUN KE MEJA KOPITIAM
Dua jenama kebanggaan Malaysia, Hock Kee Kopitiam dan D.MasKing oleh DSR Taiko Berhad, hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus membuka lembaran baharu dalam landskap kulinari tempatan. Kerjasama ini menyatukan durian Musang King, iaitu Raja Segala Buah, dengan hidangan klasik kopitiam, lalu melahirkan rangkaian produk berasaskan durian yang baharu dan mengujakan.
Daripada secawan kopi pagi di kopitiam hinggalah momen menikmati durian bersama keluarga dan rakan-rakan, pengalaman ini sudah lama sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Kini, Hock Kee memperkenalkan pengalaman baharu ‘dari dusun ke kopitiam’, dengan membawa Musang King premium terus ke meja pelanggan. Inisiatif ini meraikan budaya tempatan dengan menggabungkan durian berkualiti tinggi bersama resipi kegemaran ramai.
Penyatuan Warisan dan Rasa
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, rangkaian eksklusif produk durian telah diperkenalkan dalam sesi mencuba khas dan bakal ditawarkan di cawangan-cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam, antaranya:
● Roti Bakar dengan Kaya Durian & Mentega
● Kopi Durian & Teh Tarik Durian
● Aiskrim Durian dengan 3 variasi (soft serve, gelato & aiskrim batang)
● Coklat Gelap Durian & Kerepek Durian
Tiga variasi aiskrim boleh dinikmati di premis atau dibawa pulang, manakala produk runcit seperti kaya durian, coklat durian, kerepek durian, kopi putih durian dan teh susu durian turut tersedia di cawangan-cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam termasuk Ansa, Medan Pasar, BBCC, Bangsar South, The Gardens, AEON Shah Alam, i-City, City Square (Johor Bahru), Eco Botanic (Johor Bahru) dan Eco Sanctuary.
Dari Dusun ke Meja Kopitiam - Kualiti Terjamin, Ketulenan Terpelihara
Berasal dari dusun hijau di Raub, Pahang, DSR Taiko Berhad berteraskan falsafah ‘Durian Sudah Runtuh (DSR)’, yang mencerminkan rezeki lumayan serta hasil tuaian melimpah bagi durian Musang King premium Malaysia.
Syarikat ini menjadi teras kerjasama ini, sebagai satu-satunya entiti di Malaysia yang berkeupayaan mengesahkan serta memperakui keaslian sumber durian Musang King, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi ketelusan dalam industri.
Bagi memastikan kualiti dan ketulenan, DSR mengaplikasikan sistem proprietari Musang King Integrated Traceability System (MKITS)®, yang membolehkan setiap durian dijejaki sepenuhnya dari dusun hingga ke tangan pengguna. Ini diperkukuh lagi dengan Standard of Quality (SOQ) yang ketat merangkumi penggredan, pengendalian dan integriti produk.
“Di DSR Taiko, kami komited membawa durian terbaik Malaysia ke pasaran lebih luas. Melalui D.MasKing, kami terus berinovasi tanpa mengabaikan warisan. Kerjasama dengan Hock Kee membolehkan Musang King dinikmati dengan cara yang autentik dan mudah diakses,” kata Ketua Pegawai Eksekutif DSR Taiko Berhad, Dato’ Ng Lian Poh.
Hock Kee Kopitiam turut bersetuju bahawa kerjasama ini serasi dengan falsafah teras jenamanya, yang menghargai tradisi sambil meraikan inovasi, serta menjiwai semangat Muhibbah.
“Hock Kee sentiasa sinonim dengan keakraban serta cita rasa Malaysia. Kerjasama bersama D.MasKing ini hadir secara semula jadi kerana kami berkongsi semangat yang sama terhadap keaslian rasa tempatan. Pengenalan Musang King dalam rangkaian produk baharu berasaskan durian ini bukan sekadar penambahan, sebaliknya mempertingkatkan pengalaman yang dekat di hati pelanggan dengan sentuhan premium,” kata Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng.
Kedua-dua jenama berhasrat mencipta pengalaman menjamu selera yang lebih bermakna—bukan sekadar memikat selera, malah mengangkat kisah asal-usul makanan serta cara ia dinikmati.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi dan laman web rasmi Hock Kee.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment