STARDREAM CRUISES MEMPERKENALKAN MUSIM PELAYARAN ASIA BAHARU & RAIKAN 10 TAHUN DREAM CRUISES
Berpegang teguh kepada janji jenama "Knows Asia Best", StarDream Cruises — yang menaungi StarCruises dan Dream Cruises — bakal membawakan keunikan Asia lebih dekat kepada rakyat Malaysia melalui rangkaian pelayaran yang diperluas dari Port Klang, Singapura dan seluruh rantau ini sepanjang tahun 2026.
Menandakan bermulanya musim pelayaran 2026 dari Port Klang, kapal utama (flagship) syarikat, Genting Dream, memulakan pelayaran sulungnya baru-baru ini. Ia sekali gus membuka tirai sambutan ulang tahun ke-10 Dream Cruises yang penuh gemilang dengan barisan pengalaman diterajui selebriti, itinerari berinspirasikan destinasi unik serta hiburan gaya hidup bertaraf dunia di tengah lautan.
Para tetamu boleh menantikan siri pelayaran istimewa yang menampilkan tokoh-tokoh terkemuka, antaranya:
- Chef Tommie Lee (dikenali sebagai French Papa) daripada Culinary Class Wars (3–5 Mei 2026).
- Penampilan sulung Forever Broadway (Jun 2026).
- Amotti daripada rancangan Netflix Physical: 100 (26–28 Julai 2026).
- Kumpulan K-pop sensasi, KIIRAS (25–27 Oktober 2026).
Bagi memperingati pencapaian bersejarah ini, Dream Cruises melancarkan promosi ulang tahun eksklusif "Beli Satu Percuma Satu" (Buy One Get One Free) untuk semua pelayaran Genting Dream.
Selain itu, penumpang ketiga dan keempat yang berkongsi kabin yang sama dapat menikmati kadar istimewa serendah RM10 seorang. Pemegang kad kredit Maybank Mastercard dan Visa turut ditawarkan diskaun tambahan 5% untuk semua pelayaran Dream Cruises dan StarCruises melalui tempahan di
Keriangan diteruskan menerusi jenama kembarnya, StarCruises, yang membawakan kepulangan ikon kulinari tanah air, Chef Wan, ke pentas lautan di atas kapal Star Voyager. Beliau akan menerajui pelayaran khas 3 Malam Phuket–Penang dari Port Klang (22–25 Mei 2026), di mana beliau akan mempersembahkan demonstrasi masakan eksklusif serta penceritaan yang penuh bermakna. Tetamu juga berpeluang menikmati hidangan kurasi khas beliau di bufet The Lido, bertepatan dengan musim cuti persekolahan.
Ini akan disusuli dengan dua lagi pelayaran 2 Malam ke Phuket yang berlepas dari Port Klang pada 25 dan 27 Mei 2026. Pelbagai pilihan pelayaran dari Singapura turut tersedia bagi memberikan fleksibiliti buat pelancong serantau.
Sebagai jenama yang berpaksikan Asia dengan hubungan akrab di Malaysia, StarDream Cruises terus komited menyajikan pengalaman yang dikurasi khusus buat kepelbagaian latar belakang pelancong. Selain kulinari antarabangsa, para tetamu boleh menikmati hidangan Halal dan Vegetarian Jain yang diperakui, sekali gus memberikan ketenangan minda buat pelancong Muslim.
Selain hiburan di atas kapal, StarDream Cruises turut memudahkan akses ke destinasi pelancongan utama negara seperti Pulau Pinang, Melaka, Pulau Redang, Pulau Tioman, dan Pulau Pangkor. Inisiatif ini bukan sahaja menawarkan percutian tanpa kerumitan buat keluarga, malah menyokong sektor pelancongan domestik serta memartabatkan keindahan pesisir pantai Malaysia.
Melalui rangkaian yang kian berkembang, StarDream Cruises menghubungkan pengembara ke lebih 50 destinasi di Asia Tenggara dan Asia Timur. Bagi mereka yang dambakan kemewahan mutlak, The Palace — konsep eksklusif "kapal-dalam-kapal" — menawarkan suite mewah, khidmat butler peribadi, dan keistimewaan premium bagi mencipta percutian yang lebih privasi.
Prestasi kukuh syarikat dicerminkan melalui statistik sejak penubuhannya pada 2022, di mana StarDream Cruises telah mencatatkan lebih 1.4 juta ketibaan penumpang ke pelabuhan Malaysia dan lebih 220,000 penumpang keluar dari Malaysia sehingga kini.
Michael Goh, Presiden StarDream Cruises, berkata:
“Tahun ini, kami menghimpunkan elemen terbaik Asia — daripada destinasi dan kulinari sehingga hiburan dan budaya — ke dalam satu pengalaman percutian yang sukar dilupakan. Sempena ulang tahun ke-10 Dream Cruises, kami bangga dapat memperkukuh kehadiran kami di sini serta menyokong momentum negara menuju Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan menjadikan Port Klang sebagai pelabuhan utama (homeport), kami komited menjadikan aktiviti pelayaran lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia sambil memposisikan negara sebagai hab utama pelancongan kapal persiaran di Asia.”
Untuk maklumat lanjut dan jadual pelayaran, sila layari www.StarDreamCruises.com atau hubungi rakan ejen pelancongan sah.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment