LUXE ORGANIX KINI TIBA DI PASARAN MALAYSIA, BAWA INOVASI PENJAGAAN KULIT TARAF BAHARU SECARA EKSKLUSIF DI WATSONS SELURUH NEGARA
Jenama penjagaan kulit terkemuka dari Filipina, LUXE ORGANIX, kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia. Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperluas jangkauan jenama tersebut di rantau Asia Tenggara. Menerusi kerjasama eksklusif bersama Watsons Malaysia, rangkaian produk popular jenama ini kini boleh didapati di kedai fizikal serta platform dalam talian Watsons di seluruh negara.
Berpegang teguh pada prinsip bahawa kulit sihat adalah punca keyakinan diri, LUXE ORGANIX komited membantu pengguna untuk merasa lebih yakin menerusi rumusan yang berkesan, lembut dan mempunyai pelbagai manfaat. Selamat untuk kulit sensitif, diuji secara klinikal dan ideal untuk kegunaan harian, rangkaian produk ini mudah diterap ke dalam rutin harian untuk menjadikan kulit lebih sihat dan berseri tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti.
“Pelancaran LUXE ORGANIX di Malaysia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat kami. Ia mencerminkan permintaan yang kian meningkat terhadap produk penjagaan kulit yang berkesan serta mudah dimiliki di rantau ini,” kata Encik Dennis Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Deanne Trading Sdn Bhd, pengedar eksklusif LUXE ORGANIX di Malaysia.
“Kami berbangga dapat memperkenalkan jenama yang telah meraih kepercayaan jutaan pengguna di Filipina mahupun di peringkat antarabangsa. Pengguna di Malaysia hari ini semakin bijak memilih produk penjagaan kulit. Mereka inginkan formula yang terbukti berkesan serta praktikal untuk kegunaan harian dan itulah yang dibawakan oleh LUXE ORGANIX. Menerusi kerjasama dengan Watsons Malaysia, produk ini dapat dipasarkan secara meluas ke seluruh negara dan kami tidak sabar untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menemui produk penjagaan kulit yang mampu menyerlahkan seri semula jadi mereka,” tambah beliau.
Berkongsi wawasan jenama tersebut mengenai pengembangannya ke pasaran Malaysia, Encik Eugene Yap, Ketua Pegawai Eksekutif LUXE ORGANIX berkata, “Selama hampir dua dekad, LUXE ORGANIX telah berkembang teguh bersama Watsons di Filipina. Kami amat berbangga dapat meluaskan lagi jalinan kerjasama ini ke Malaysia, seiring dengan usaha memperkukuhkan kehadiran kami di rantau Asia Tenggara.”
“Inovasi sentiasa menjadi nadi utama LUXE ORGANIX. Kami amat teruja untuk memperkenalkan Koleksi Whitening Serum Lotion yang diiktiraf Halal. Koleksi ini menampilkan formula inovatif 3-dalam-1 yang menggabungkan kebaikan serum, losyen badan dan wangian dalam satu produk. Ini hanyalah permulaan perjalanan kami di Malaysia dan kami berharap dapat membawakan lebih banyak inovasi penjagaan kulit yang dirumus khusus buat para pengguna pada masa akan datang.”
Sempena pelancarannya di Malaysia, LUXE ORGANIX membawakan dua rangkaian produk paling laris iaitu Koleksi Whitening Serum Lotion (Losyen Serum Pemutih) dan Micellar Makeup Remover Wipes (Tisu Pembersih Solekan Micellar) yang menawarkan fungsi khusus untuk menangani pelbagai masalah kulit dan rutin kecantikan harian.
Penjagaan Kulit Badan Berteknologi Tinggi Bersama Koleksi Whitening Serum Lotion
Tumpuan utama dalam pelancaran ini ialah Koleksi LUXE ORGANIX Whitening Serum Lotion (RRP: RM32.90) yang tampil dengan formula inovatif 3-dalam-1 bertekstur ringan yang menggabungkan kebaikan serum, losyen badan dan wangian dalam satu produk.
Koleksi ini menukar rutin penjagaan badan harian menjadi satu ritual kecantikan yang lengkap tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak. Ia melembapkan kulit secara mendalam, menguatkan lapisan pelindung kulit (skin barrier), menyamaratakan tona kulit serta mengurangkan bintik hitam untuk menyerlahkan seri semula jadi si pengguna.
Koleksi ini tampil dengan tiga varian khas yang direka mengikut keperluan kulit yang berbeza:
- Niacinamide + Arbutin Healthy Light – Membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan memudarkan bintik hitam, di samping menguatkan lapisan pelindung kulit.
- Retinol + Gluta Youthful Radiance – Meningkatkan keanjalan dan memperhalus tekstur kulit serta mengurangkan garis halus demi menghasilkan kulit yang lebih cerah, tegang dan kelihatan awet muda.
- Milk + Gluta Gentle Bright – Melembapkan secara mendalam dan menenangkan kulit, di samping mencerahkan kulit kusam, mengurangkan tona tidak sekata dan menyerlahkan seri semula jadi.
Pembersihan Mudah dengan Penjagaan Kulit Khusus
Melengkapi rangkaian penjagaan badan tersebut, LUXE ORGANIX Micellar Makeup Remover Wipes (RRP: RM15.90) direka khas untuk menanggalkan solekan, kotoran dan bendasing secara berkesan di samping memberikan manfaat penjagaan kulit dalam satu langkah mudah.
Rangkaian ini menampilkan dua varian iaitu:
- Whitening Repair - Dirumus dengan Niacinamide, Vitamin C dan Ekstrak Badam Manis bagi membantu memudarkan bintik hitam serta hiperpigmentasi, di samping menjadikan kulit kekal segar, bertona sekata dan berseri.
- Miracle Solutions - Diadun bersama Niacinamide, Tea Tree dan Witch Hazel, varian khusus ini membantu mengawal minyak dan menangani masalah jerawat tanpa mengeringkan kelembapan semula jadi kulit.
Sama ada untuk memulakan rutin penjagaan kulit di pagi hari atau membersihkan wajah sebelum tidur, Micellar Makeup Remover Wipes menawarkan pengalaman pembersihan yang lembut tetapi berkesan tanpa menjejaskan keselesaan kulit.
Eksklusif di Watsons Malaysia
Mulai 25 Julai 2026, pengguna Malaysia boleh mendapatkan koleksi pelancaran penuh LUXE ORGANIX secara eksklusif di semua cawangan Watsons seluruh negara dan juga di laman web rasmi serta aplikasi mudah alih Watsons Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai LUXE ORGANIX, sila layari @luxeorganixmalaysia.
%20(1).jpg)
%20(Custom).jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment