Posts

RENDANG AYAM KOREA KYOCHON: PERISA MERDEKA PENUH KELAINAN!

Image
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, KyoChon Chicken dengan bangganya melancarkan hidangan istimewa: Ayam Goreng Korea Berperisa Rendang. Ini adalah gabungan unik citarasa tempatan dan antarabangsa yang akan membangkitkan selera anda!

JACKSON WANG BAKAL JELAJAH DUNIA DENGAN MAGICMAN 2 WORLD TOUR 2025–2026

Image
iMe Entertainment Group bersama Jackson Wang secara rasmi melancarkan MAGICMAN 2 WORLD TOUR 2025–2026, menandakan jelajah solo utama kedua beliau. Pengumuman ini dibuat oleh Jackson di penghujung persembahannya di KCON, Los Angeles. Jelajah ini akan bermula dengan dua malam di Bangkok pada 3 dan 4 Oktober, diikuti oleh persembahan di Macau, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Tokyo, dengan lebih banyak bandar akan diumumkan tidak lama lagi.

ASTRO RAIKAN PERPADUAN DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA MENERUSI KEMPEN ‘INILAH KITA, SEHATI BERSAMA’

Image
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Astro melancarkan kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2025. Sasaran pelancaran kempen ini adalah untuk meraikan kepelbagaian dan perpaduan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. Antara inisiatif menarik yang dibawakan menerusi kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ adalah ‘KITA Channel’ (saluran 100), lagu tema ‘Bangkit Malaysia’ yang dinyanyikan oleh Hael Husaini, acara ‘Hello Inilah KITA’, siaran ‘KITA FM’ dan banyak lagi.

KEDAH FASHION WEEK 2025 RAIKAN EVOLUSI 10 TAHUN AMAN CENTRAL

Image
Khuntum Kalender fesyen wilayah utara mencapai kemuncaknya sekali lagi dengan kembalinya Kedah Fashion Week 2025 (KFW25) yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos di lokasi ikonik Aman Central, Alor Setar. Edisi tahun ini bukan sekadar pertunjukan fesyen, tetapi satu perayaan identiti, kreativiti dan kebanggaan budaya yang diadakan bersempena ulang tahun ke-10 Aman Central — mercu tanda yang telah mengubah landskap bandar dan budaya Kedah.

SOFIA IMAN DAN SURIA KLCC BUKA TIRAI KUALA LUMPUR FASHION WEEK 2025 DENGAN SOROTAN SPEKTAKULAR WARISAN MALAYSIA

Image
Jenama fesyen tempatan yang sinonim dengan keanggunan abadi dan warisan budaya, Sofia Iman, mencipta sejarah apabila tampil sebagai pereka pembuka rasmi di pentas berprestij Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025. Pertunjukan sulung ini merupakan hasil kolaborasi bersejarah bersama Suria KLCC, dengan tema “Heritage Reimagined, Style Redefined” yang memukau lebih 500 tetamu.

ASTRO SHAW KONGSI IMEJ EKSKLUSIF FILEM-FILEM TERBARU 2025

Image
Astro Shaw terus bersedia memeriahkan industri perfileman tempatan dengan deretan filem baharu yang penuh dengan aksi luar biasa, emosi, dan kejutan, yang seterusnya menjanjikan pengalaman sinematik yang berbeza. Tiga filem Astro Shaw yang akan menemui penonton di pawagam pada suku ketiga dan keempat tahun ini adalah ‘Abah Saya Uncle Mike’, ‘Malam Terlarang’, dan ‘Wantogo’. Sementara itu Astro Shaw turut berkerjasama dengan penerbit-penerbit besar tempatan untuk filem ‘Legasi Wira Merah’, ‘Magik Rompak’, ‘3 Hajat’ dan ‘Papa Zola The Movie’.

BYD PILIH MALAYSIA SEBAGAI HAB SERANTAU EV: PENGHANTARAN KINI LEBIH PANTAS

Image
Dalam usaha mengukuhkan rantaian bekalan global, BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, hari ini mengumumkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke perairan tempatan, membawa bersama kenderaan BYD yang telah siap dipasang untuk dihantar kepada pengguna di Malaysia.

ANDI BERNADEE KEMBALI SEBAGAI ‘DUDA HOT!’ DALAM 'BOLEH SAYA BANTU? 2'

Image
Kembali atas permintaan ramai selepas kejayaan musim pertamanya, ‘Boleh Saya Bantu? 2’ arahan Shuhaimi Lua kini sedia menghiburkan penonton minggu ini dengan edisi terbaharu yang dijangka lebih mencuit hati, lebih dramatik dan lebih ‘kacau!’ Jika sebelum ini penonton disajikan dengan gelagat lucu pekerja hotel Tea Tree yang berdepan pelbagai karenah tetamu, kali ini perjalanan mereka diteruskan dengan penceritaan yang lebih mendalam dan penuh warna, diselitkan konflik peribadi yang bakal merubah segalanya.

EKSKLUSIF DI VIU: SEADANYA KITA TAMPILKAN GANDINGAN EMMA MAEMBONG & MIERUL AIMAN

Image
Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT terkemuka oleh PCCW (SEHK:0008), dengan bangganya mempersembahkan drama bersiri ketujuh untuk tahun ini, Seadanya Kita (Unexpectedly Yours). Siri romantik 15 episod ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 7 Ogos 2025, dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

Image
Mengukuhkan peranannya sebagai slot drama dengan naratif yang berat dan mencabar, Astro sekali lagi mempertaruhkan kisah konflik keluarga dan cinta menerusi Kerana Seorang Lelaki di slot Tiara. Menghiasi slot ini bermula 11 Ogos 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105), drama memaparkan akibat apabila rahsia sang suami terbongkar, melagakan dua keluarga yang berbeza budaya dan cara demi harta.

AMWAY DAN MONASH UNIVERSITY BEKERJASAMA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN USUS DAN PENYAKIT KRONIK

Image
Dalam satu langkah penting bagi landskap kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia, Amway Malaysia dan Monash University Malaysia telah menandatangani Perjanjian Penyelidikan Utama (Master Research Agreement, MRA) selama tiga tahun untuk memajukan sains mikrobiom dalam usaha memerangi penyakit tidak berjangkit (NCD) — antara punca utama kematian dan ketidakupayaan di Malaysia.

MALAYSIA ADA KAIJU SENDIRI – “ABU SI RAKSASA” BAKAL GEGARKAN PAWAGAM SEPTEMBER INI

Image
Dalam landskap perfileman tempatan yang sering didominasi oleh genre seram, aksi dan komedi, kehadiran Abu Si Raksasa membuka lembaran baharu buat sinema Malaysia. Diterbitkan oleh M Toons Media Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Ramdan Che Hassan, filem ini tampil sebagai karya sains fiksyen pertama berkonsepkan Kaiju—menampilkan makhluk raksasa yang lahir daripada pencemaran alam sekitar.

GSC ULTIMATE FAMILY ADVENTURE 2025: CUTI SEKOLAH PENUH KERIANGAN DI IOI CITY MALL

Image
  Golden Screen Cinemas (GSC) memperkenalkan buat julung kalinya GSC Ultimate Family Adventure (GUFA), sebuah festival keluarga bebas skrin yang menggabungkan dua acara ikonik – GSC x AIA Vitality PlayFest dan GSC Popcorn Run 2025. Berlangsung dari 19 hingga 21 September 2025 di IOI City Mall, Putrajaya, GUFA menandakan komitmen GSC sebagai destinasi hiburan keluarga yang dipercayai, menggalakkan hubungan bermakna dan mencipta kenangan manis di dunia sebenar.

CLASS OF BONIA 2025: GAYA KAMPUS, JIWA KONTEMPORARI

Image
BONIA mengangkat semangat fesyen sebagai ekspresi diri dengan kempen terbarunya, CLASS OF BONIA 2025. Koleksi Musim Luruh/Dingin 2025 ini menggabungkan keanggunan klasik dengan keberanian moden, diinspirasikan daripada dunia eksklusif kelab universiti elit yang penuh identiti dan gaya tersendiri.

WESTLIFE UMUMKAN PERADUAN ULTIMATE FLYAWAY DENGAN HADIAH PERJALANAN KE LONDON UNTUK MENYAKSIKAN KONSERT ULANG TAHUN KE-25 DI ROYAL ALBERT HALL

Image
Sempena meraikan 25 tahun muzik, kenangan dan detik yang tidak dapat dilupakan, Westlife menawarkan peluang eksklusif kepada peminat di Malaysia untuk menyertai mereka di London bagi Konsert Ulang Tahun Ke-25 yang bakal berlangsung di Royal Albert Hall pada Oktober ini. Melalui kempen istimewa ini, dua peminat bertuah akan dipilih untuk menerima pakej perjalanan penuh ke London yang merangkumi tiket penerbangan pergi balik, penginapan hotel, barangan eksklusif Westlife dan tiket konsert di salah satu lokasi paling ikonik dunia. “Asia sentiasa menjadi sebahagian istimewa dalam hati kami,” kata Westlife. “Inilah cara kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda selama ini, dan kami amat berharap dapat bertemu anda di London.” Kempen ini berlangsung dari 4 Ogos hingga 30 September 2025 dan terbuka kepada semua peminat di Asia. Penyertaan boleh dibuat melalui pautan khas, dan pemenang akan diumumkan pada 3 Oktober. Mengapa Asia? Hubungan Westlife dengan Asia amat mendalam—daripada siar...

THE PERFECT HEARTIO MENJADI JENAMA TCM KESIHATAN JANTUNG PERTAMA DI MALAYSIA YANG TERBUKTI SECARA KLINIKAL

Image
The Perfect Heartio (TPH), sebuah jenama tempatan yang berasaskan perubatan tradisional Cina (TCM), secara rasmi mengumumkan keputusan laporan klinikal pertamanya dan menjadikannya suplemen TCM pertama di Malaysia yang disahkan secara klinikal untuk kesihatan jantung.

BUAT PERTAMA KALI, MALAYSIA JADI TUAN RUMAH PERTANDINGAN BADMINTON SPECIAL OLYMPICS ASIA PASIFIK

Image
Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia akan menjadi tuan rumah Pertandingan Badminton Serantau Special Olympics Asia Pasifik pada September 2025.

SEDANIA SALUR RM10,000 KEPADA MERCY MALAYSIA UNTUK ANAK-ANAK GAZA

Image
SEDANIA Innovator Berhad meneruskan komitmen kemanusiaannya dengan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 kepada MERCY Malaysia bagi membantu kanak-kanak Palestin di Gaza. Dana ini dikumpul melalui kempen CSR ‘Riang Ria Sya-Whale’ oleh Offspring Inc., di mana RM0.75 disumbangkan bagi setiap dua pek lampin FeatherAIR yang terjual. Inisiatif ini membuktikan bahawa pembelian harian boleh menjadi bentuk bantuan bermakna, selari dengan misi SEDANIA iaitu “Improving Lives Sustainably”. Ketua Pemasaran Offspring Inc., Esther Lioe Ke Hui menyerahkan cek simbolik bernilai RM10,000 kepada Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, disaksikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor serta Pengarah Tadbir Urus, Pengurusan Risiko dan Pematuhan MERCY Malaysia, Zuraidah Mian. Sumbangan disampaikan secara simbolik oleh Ketua Pemasaran Offspring Inc., Esther Lioe Ke Hui, kepada Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, disaksikan oleh Peng...

ASTRO TAMPIL DENGAN FORMAT BAHARU DAN PENYERTAAN LEBIH INKLUSIF MENERUSI ‘KILAUAN EMAS 2025’

Image
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, terus memperkukuh komitmennya dalam mencungkil serta mengangkat bakat tempatan menerusi penganjuran musim terbaharu program realiti nyanyian ikonik, Kilauan Emas 2025 . Menampilkan pendekatan yang lebih segar dan inklusif, program ini akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).

TORII TEPPANYAKI KINI DIBUKA DI PAVILION BUKIT JALIL

Image
Bersedialah untuk pengalaman makan Jepun yang memukau! Torii Teppanyaki kini telah rasmi dibuka di Pavilion Bukit Jalil. Menawarkan hidangan teppanyaki yang bukan sahaja panas membara, malah sarat dengan rasa umami yang sungguh memikat selera. Terletak di Lot 1.13.00, Aras 1, Zon Merah Jambu, restoran ini menjanjikan pengalaman makan yang menggabungkan keenakan makanan gril, aroma sos yang menyengat, dan suasana yang cukup selesa.