FOODPANDA LANCAR ‘HOMECHEF’ BAGI MENYOKONG PEMERKASAAN EKONOMI TUKANG MASAK DARI RUMAH
Semenjak dua tahun lepas, peningkatan perniagaan dari rumah semakin ketara disebabkan pandemik. Ramai individu terpaksa meneroka dan mencari jalan alternatif untuk menjana pendapatan tambahan. Oleh kerana itu, foodpanda, perkhidmatan penghantaran atas permintaan terkemuka, telah melancarkan inisiatif HomeChef untuk menyediakan platform kepada HomeChef (tukang masak dari rumah) untuk menjana pendapatan terus dari dapur sendiri.