Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.], akan menjadikan sambutan Hari Merdeka lebih istimewa dengan Bazar Merdeka anjurannya, ‘Bersama Satu Suara’. Bazar selama tiga hari yang merupakan bazar pertama oleh peruncit tempatan tersebut, berlangsung dari Jumaat, 30 Ogos 2024 hingga Ahad, 1 September 2024, di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Bazar itu menampilkan lebih daripada 100 gerai vendor makanan tempatan yang paling popular di Malaysia serta produk daripada jenama Kumpulan MR D.I.Y. sendiri - MR D.I.Y., MR. TOY, EMTOP, dan MR. DOLLAR. Terdapat juga aksesori buatan tangan, alat tulis, kosmetik, dan kraf yang kebanyakan dihasilkan oleh usahawan dan peniaga tempatan, serta permainan yang menyeronokkan, bengkel kreatif dan persembahan menarik. Salah satu tarikan utama Bazar ini ialah Galeri Perpaduan, sebuah pameran seni yang memaparkan hasil karya beberapa artis muda yang berbakat besar dari Ma...