Posts

EIDISI MANIS: CIPTA KENANGAN MANIS DI HARI RAYA BERSAMA INSAN TERSAYANG DI SUNWAY MALLS

Image
Sunway Malls telah melancarkan kempen Raya yang dinanti-nantikan, EIDisi Manis, dengan acara pelancaran yang meriah. Kempen ini meraikan kecintaan sejagat terhadap manisan, melambangkan keinginan untuk meraikan Hari Raya dengan penuh kemanisan. Diadakan dalam suasana yang diinspirasikan oleh ‘kuih-muih’ tradisional, acara ini memukau tetamu dengan warna-warna ceria dan sambutan kegembiraan, refleksi, dan kebersamaan.

UA STRONGER TogetHER: MEMPERKASAKAN WANITA MELALUI KOMUNITI DAN KESEJAHTERAAN

Image
Under Armour baru-baru ini menganjurkan acara sulungnya, UA Stronger TogetHER , sempena Hari Wanita Antarabangsa. Acara ini bertujuan untuk menyatukan wanita melalui kecergasan, kesejahteraan, dan komuniti. Acara ini telah diadakan dengan kerjasama CARVE, Kiehl’s, Jamboo, The Green Loft, dan The Beast Project.

CIPTA RAYA 2025: M. NASIR CIPTA SEJARAH, BAWA LAGU RAYA KE PENTAS KONSERT!

Image
Siapa yang tidak kenal dengan Dato' M. Nasir, sifu seni yang karyanya sentiasa malar segar? Dari balada hingga rock, dari patriotik hingga lagu raya, sentuhan magis beliau pasti memukau pendengar. Kini, selepas kejayaan Konsert CIPTA 1 & 2, beliau kembali dengan satu lagi kejutan!

NEON MUSIC FESTIVAL: HARDWELL, ARTBAT, DAN KOLABORASI EPIK B3B BAKAL GEMPARKAN KL!

Image
Peminat muzik elektronik, bersiap sedialah! Kiraan detik telah bermula untuk festival muzik yang paling dinanti-nantikan, NEON Music Festival (NMF) 2025! NEON Projects Sdn Bhd, selaku penganjur, telah mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan KL Base Sungai Besi pada Jumaat, 11 April 2025.

ROCKQUEEN, ELLA MERAIKAN RAMADAN BERSAMA ANAK YATIM RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA DI HOTEL SAUJANA

Image
ROCKQUEEN, jenama gaya hidup yang diasaskan oleh ikon Ratu Rock Malaysia, Ella, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan. Sejak penubuhannya pada tahun 2021, ROCKQUEEN telah berjaya mencipta identiti yang unik, menggabungkan elemen fesyen berani dengan sentuhan sopan dan elegan. Jenama ini memberi tumpuan kepada rekaan yang membolehkan wanita tampil unik, yakin, dan berani mengekspresikan diri melalui gaya mereka.

NIKMATI 'SAJIAN, ERATKAN JALINAN' DI RANGKAIAN HOTEL HILTON DI SELURUH MALAYSIA

Image
Rangkaian Hotel Hilton di seluruh Malaysia sedang menganjurkan kempen Ramadan - “Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan” untuk tahun ini. Para tetamu dijemput untuk berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja untuk mencipta detik-detik bermakna melalui pengalaman berbuka puasa atau makan malam dengan hidangan enak yang disediakan dengan rapi dengan penuh perhatian.

RAIKAN HARI RAYA DENGAN NOSTALGIA BERSAMA KEMPEN ‘BERAYA DI KOTA RAYA’ DI THE CURVE

Image
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, the Curve menjemput para pengunjungnya untuk mengimbau nostalgia Hari Raya di era 90-an dengan kempen ‘Beraya di Kota Raya’. Berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April 2025, kempen ini menyaksikan Centre Court diubah menjadi sebuah terminal bas retro yang meriah bagi menonjolkan suasana keindahan nostalgia Hari Raya di kota. Daya tarikan utama kempen ini adalah sebuah bas mini berwarna merah jambu ikonik, yang pernah menjadi pemandangan biasa di Lembah Klang serta sebahagian daripada sejarah pengangkutan Malaysia. Bagi melengkapkan tema nostalgia ini, hiasan Raya the Curve turut menampilkan sebuah rumah kayu kampung yang diilhamkan daripada Rumah Biru di Kampung Baru, perhentian bas vintaj, kaunter tiket, dan hiasan Hari Raya klasik, yang pastinya akan mengembalikan nostalgia kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di era dahulu.

GEROBOK BIRU GEGAK GEMPITA RAYA 2025: FESTIVAL RAYA TERBESAR & TERLAMA DI MALAYSIA

Image
Festival jualan raya paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, bakal berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025. Selama 11 hari dan 196 jam, acara ini bukan sekadar pameran jualan, tetapi satu pengalaman penuh warna-warni yang menggabungkan festival raya dan festival makanan dalam satu acara besar-besaran dimana tagline yang mereka tekankan “Shopping Awal Tak Kalut”. 

FENOMENA WITCH WATCH TIBA DI MALAYSIA! TAYANGAN EKSKLUSIF DAN CENDERAHATI EDISI TERHAD!

Image
Peminat manga dan anime di Malaysia pasti teruja dengan berita ini! Manga popular "WITCH WATCH" karya Kenta Shinohara bakal diadaptasi menjadi anime dan bakal menemui penonton pada 6 April 2025. Lebih menarik lagi, peminat di Malaysia berpeluang menyaksikan tayangan eksklusif lebih awal di DADI CINEMA Pavilion Kuala Lumpur pada 22 Mac 2025!

ECCO DAN YUNA BARGANDING BAHU UNTUK MERAIKAN IKON TERKEMUKA DALAM KEMPEN “ICONS THAT LAST”

Image
ECCO, jenama kasut dan aksesori kulit premium dari Denmark yang terkenal dengan komitmen terhadap keselesaan dan inovasi, ECCO Malaysia dan Singapura dengan bangganya memperkenalkan Yuna sebagai duta kempen terbaharunya.

DUA DEKAD GEMILANG, JACLYN VICTOR HADIAHKAN "GLORIOUS" BUAT PEMINAT!

Image
Meraikan perjalanan seni selama dua dekad sejak kemenangan bersejarah di Malaysian Idol, penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor, tampil dengan album terbaharu yang dinanti-nantikan, "Glorious". Album ini merupakan hadiah istimewa buat peminat setia, diedarkan oleh syarikat rakaman terkemuka, Sony Music Malaysia.

RAYA PENUH GELAK TAWA DENGAN "BALIK KAMPUNG...GOSIP RAYA" DARI AIN EDRUCE & SHERRY ALHADAD

Image
Musim perayaan kali ini bakal lebih meriah dengan kehadiran single Raya paling ‘havoc’ tahun ini, “Balik Kampung…Gosip Raya”!. Kolaborasi mantap antara dua personaliti TV popular, Ain Edruce dan Sherry Alhadad, menjanjikan lagu Raya yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga penuh dengan kisah realiti yang pasti mencuit hati. Ia adalah cerminan kisah lucu dan drama tradisi Raya yang kita semua kenali—berkongsi cerita dan berbalas gurauan perayaan.

"DAM DIM DUM RAYA" - SENTUHAN ISTIMEWA NADEERA UNTUK RAYA ANDA!

Image
Tahun ini, Nadeera hadir dengan sebuah karya istimewa yang menandakan single solo Raya pertamanya sebagai artis, iaitu "Dam Dim Dum Raya". Lebih menarik lagi, Nadeera sendiri terlibat dalam proses penciptaan lagu ini, menjadikan ia lebih bermakna buat dirinya dan peminat.

"NYAM NYAM KETUPAT" - LAGU RAYA PALING "CATCHY" TAHUN INI!

Image
Kalau sebut pasal Raya, mesti terbayang juadah-juadah yang lazat kan? Ketupat, rendang, lemang... memang tak cukup sepinggan! Tahun ini, Wani Kayrie, Dinda Dania, Missalvy dan Zizan Razak hadir dengan lagu Raya yang bertemakan makanan, iaitu "Nyam Nyam Ketupat"!

"MERIAH LAIN MACAM" - HAEL HUSAINI & NADEERA BAKAL GEGARKAN RAYA ANDA!

Image
Siapa yang tak kenal Hael Husaini dan Nadeera? Selepas kejayaan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), kini mereka kembali dengan kolaborasi Raya yang pasti memeriahkan suasana Aidilfitri anda! Lagu terbaru mereka, "Meriah Lain Macam", sudah pun mencuri perhatian ramai walaupun belum dilancarkan secara rasmi.

ISTIMEWA 3-HARI BAZAR RAMADAN: TAWARAN BERKILAUAN DARIPADA HABIB

Image
  Sebagai sebahagian daripada kempen tahunan Rantaian Kasih, HABIB kembali lagi dengan promosi Bazar Ramadan yang dinanti-nantikan, bermula daripada 7 hingga 9 Mac 2025. Tradisi tahunan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan koleksi yang memukau dengan tawaran istimewa sebagai persediaan meraikan musim perayaan dengan penuh makna. 

SOMA MUNCUL DENGAN ‘AKU TETAP RAYA’: MELODI CERIA UNTUK AIDILFITRI

Image
Penyanyi baharu tanah air, namun penuh berpengalaman, Soma atau nama aslinya Rosmah S. Sengari @ Basar, mengadakan majlis berbuka puasa "Iftar Media Gathering" di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan berterusan mereka terhadap perjalanan seninya. Acara istimewa ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi turut menyaksikan pelancaran rasmi lagu Raya terbaharu Soma, "Aku Tetap Raya," serta video muzik (MV) rasmi lagu tersebut.

WANY HASRITA BAWA KECERIAAN RAYA DENGAN "RAYA TELAH TIBA"

Image
Penyanyi bersuara merdu yang sentiasa dekat di hati peminat, Wany Hasrita, kembali menceriakan musim perayaan ini dengan single Raya terbaharunya, "Raya Telah Tiba", terbitan syarikat rakaman yang tidak asing lagi, Sony Music Malaysia.

JOM MAKAN AWANA: NIKMATI HIDANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI DENGAN SENTUHAN NOSTALGIA

Image
Resorts World Awana, dengan latar kehijauan hutan hujan yang damai, menawarkan ketenangan sempurna bagi tetamu yang ingin bersantai dan menyegarkan minda. Raikan kemeriahan Ramadan dengan bufet buka puasa berkonsepkan bazar di Jom Makan Awana! 

TINJAUAN AGODA MENUNJUKKAN PELANCONG MALAYSIA LEBIH MENGUTAMAKAN KELESTARIAN DI TAHUN 2025

Image
Menurut Tinjauan Pelancongan Lestari 2025 yang dijalankan oleh platform pelancongan digital Agoda, Malaysia muncul sebagai pasaran pelancongan yang keempat paling prihatin terhadap kelestarian di Asia, dengan hampir empat daripada lima pelancong Malaysia (80%) mengambil kira faktor kelestarian dalam rancangan perjalanan mereka untuk tahun 2025, melebihi purata keseluruhan pelancong Asia (68%).