PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)
Program FAMTRIP Majestic Johor bersama media sempena Visit Johor 2026 membuka tirai dengan perjalanan penuh keterujaan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Desaru dan Mersing. Sepanjang 4 hari 3 malam, delegasi media dari Kuala Lumpur berpeluang merasai sendiri keunikan destinasi pelancongan, penginapan eksklusif dan warisan Johor yang memukau.
![]() |
| Nama “Lobstam” merupakan gabungan dua perkataan — lobster dan ketam — yang merujuk kepada dua hidangan utama restoran ini |
Aktiviti hari pertama bermula dengan makan tengah hari di Restoran Lobstam, Gelang Patah — terkenal dengan sajian makanan laut segar dan suasana santai yang menyelerakan. Seterusnya, delegasi dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim untuk sesi lawatan dan aktiviti ‘Hummer Tour’, menyingkap kehebatan fasiliti bola sepak bertaraf dunia.
| Maskot rasmi kempen VJY2026 ialah dua ekor Harimau Malaya yang ikonik dari Zoo Johor — Cuping dan Jucy. |
Seterusnya, kami dibawa ke Zoo Johor untuk menyaksikan pelancaran rasmi kempen Visit Johor 2026 olen Menteri Besar Johor. Dalam majlis yang sama, maskot Cuping dan Jucy, tagline “Meh Lah Johor!” dan lagu rasmi Visit Johor 2026, "Pesona Johor" turut diperkenalkan.
Lawatan ke beberapa tarikan di Johor Bahru terpaksa dibatalkan kerana hujan dan kekangan masa. Kami makan malam di Pendas Cafe, Sunway Hotel Big Box.
Penginapan malam pertama di St. Giles Southkey Hotel menawarkan keselesaan moden dan akses terus ke Mid Valley Southkey Mall — sesuai untuk pelancong yang gemar membeli-belah dan menjamu selera.
Hari kedua membawa kami ke Desaru Coast, destinasi pelancongan premium Johor. Kami memulakan lawatan ke The Westin dan Hard Rock Hotel yang menampilkan kemewahan tropika dan gaya hidup kontemporari, sebelum ke Els Club Desaru Coast yang memukau dengan padang golf bertaraf dunia.
![]() |
| Dikelilingi oleh keindahan pantai dan hutan semula jadi Desaru Coast, bermain golf di Els Club Desaru Coast adalah terapi visual. Nikmati udara segar dan pemandangan luar biasa yang menjadikan setiap swing lebih bermakna. |
Di Desaru Fruit Farm, kami menyertai lawatan ladang dan aktiviti agro pelancongan yang interaktif. Makan tengah hari di Bayu Balau Resort menyajikan hidangan tempatan dalam suasana santai sebelum kami meneruskan lawatan ke Snowland JB dan Sireh Park — dua tarikan gaya hidup yang semakin popular.
![]() |
| Jika anda mencari tempat penginapan yang selesa dengan harga berpatutan di Desaru, Bayu Balau Beach Resort adalah jawapannya. Resort ini menampilkan kemudahan yang baik dan juga suasana tenang tepi laut. |
![]() |
| Snowland JB - Pengalaman salji musim sejuk di kawasan Tropika |
![]() |
| Sireh Park – Syurga rekreasi dan alam semula jadi di tengah kota. |
Penginapan malam kedua adalah di Sunway Hotel Big Box yang menampilkan pengalaman penginapan yang selesa dengan bilik luas serta kemudahan akses ke pusat beli-belah Sunway Big Box Retail Park.
Pada hari ketiga pula, kami dibawa menjelajah gugusan pulau Mersing melalui aktiviti island hopping. Di Pulau Besar, Bayu Lestari Resort menyambut ketibaan kami dengan makan tengah hari di dalam suasana vila Melayu tradisional yang tenang.
![]() |
| Ibu Rose melambai selamat tinggal - Bayu Lestari ialah sebuah resort milik keluarga yang diuruskan oleh Ibu Rose bersama lima orang anaknya. |
Batu-Batu Resort di Pulau Tengah pula menonjolkan komitmen terhadap pemuliharaan melalui lawatan ke Tunku Abdul Jalil Conservation Centre, pusat pemuliharaan penyu dan biodiversiti marin.
Pulau Hujung menjadi persinggahan sebentar sebelum kami check-in di Rawa Island Resort — digelar ‘Maldives of Johor’ — dengan pantai putih, gelongsor air ikonik dan suasana tropika yang indah.
Aktiviti hari terakhir dimulakan dengan hiking melihat matahari terbit, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Pulau Rawa. Setibanya di Mersing, kami meneruskan perjalanan untuk lawatan ke Kampungstay @ Teluk Buih dan singgah sebentar di kedai hasil laut Pak Dol untuk berbelanja dan membawa pulang ole-ole hasil laut dari Mersing.
![]() |
| KampungStay @ Teluk Buih di Mersing, Johor, adalah pilihan penginapan unik yang menggabungkan ketenangan suasana desa tepi laut dengan keselesaan bertaraf resort. |
![]() |
| Kedai Keropok Lekor dan Hasil Laut Pak Dol |
Sebagai penutup, kami makan malam di Kluang Rail Coffee cawangan Yong Peng yang menyajikan kopi "kaw", roti bakar serta pelbagai hidangan warisan Johor yang ikonik.
![]() |
| Bergambar untuk kenangan sebelum pulang ke Kuala Lumpur |
Kami merasa amat bertuah dapat mengalami sendiri kepelbagaian produk pelancongan Johor —daripada keindahan alam semula jadi di gugusan pulau Mersing dan hutan hujan yang subur, hingga ke kemodenan bandar yang pesat, serta kekayaan warisan budaya dan gastronomi yang unik.
Pengalaman ini berfungsi sebagai "pratonton" eksklusif, yang direka untuk menjana publisiti serta membina naratif yang kukuh dan menarik tentang tawaran pelancongan Johor menjelang pelancaran kempen besar-besaran Visit Johor 2026.
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Johor, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua penaja dan rakan strategik yang menjayakan FAMTRIP Majestic Johor ini dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang turut serta, menjadikan setiap detik perjalanan lebih bermakna dan penuh semangat.
Dengan pelbagai pengalaman menarik dari Johor Bahru ke Kota Tinggi dan Mersing, kami kini lebih bersedia dan teruja untuk menyambut kempen pelancongan yang dinanti-nantikan.
Meh Lah Johor! — Johor sememangnya luar biasa. Jumpa anda di Visit Johor 2026!
Baca selanjutnya tentang aktiviti FAMTRIP Majestic Johor ini di:
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
%20(Custom).jpg)

Comments
Post a Comment