Posts

Showing posts from December, 2025

SUPER JUNIOR MERIAHKAN COUNTDOWN 2026 DI THE KALLANG

Image
The Kallang bakal menjadi destinasi utama sambutan Ambang Tahun Baharu dengan Countdown 2026 at The Kallang pada 31 Disember. Acara ini menampilkan aktiviti komuniti percuma, persembahan konsert yang dinanti-nantikan dengan kumpulan K-pop terkenal Super Junior, serta pertunjukan bunga api selama 35 minit – menjadikannya persembahan kiraan detik paling panjang di Singapura.

HONG KONG SAMBUT TAHUN 2026 DENGAN PERSEMBAHAN MUZIK DAN PERTUNJUKAN CAHAYA DI CENTRAL

Image
Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) bakal meraikan ketibaan tahun baharu dengan acara Hong Kong New Year Countdown 2026 yang berlangsung di Chater Road Pedestrian Precinct, Central, pada malam Ambang Tahun Baharu. Bertemakan “New Hopes, New Beginnings”, acara ini menggabungkan persembahan muzik secara langsung dan pertunjukan cahaya imersif bagi mencipta pengalaman penuh inspirasi buat penduduk tempatan serta pelawat.

POP-UP RASMI “KPOP DEMON HUNTERS” KINI DI 1 UTAMA SHOPPING CENTRE

Image
Bersedia untuk menyelami dunia penuh aksi di mana K-pop bertemu kuasa supernatural! Netflix mempersembahkan “KPop Demon Hunters” POP-UP, berlangsung dari 25 Disember 2025 hingga 18 Januari 2026 di 1 Utama Shopping Centre.

PAVILION BUKIT JALIL: BERSAMA-SAMA KITA MENGIRA DETIK KE TAHUN 2026

Image
Pavilion Bukit Jalil bakal menyambut tahun baharu dengan acara Countdown Tahun Baru 2026 yang pertama, berlangsung di PIAZZA. Acara ini menjadi kemuncak hujung tahun pusat beli-belah tersebut — menghimpunkan persembahan langsung, waktu operasi dilanjutkan di restoran terpilih, serta detik simbolik menjelang tengah malam untuk meraikan tahun baharu.

DIGIMON ADVENTURE: PAMERAN ULANG TAHUN KE-25 BAKAL BERLANGSUNG DI FAHRENHEIT88 JANUARI INI

Image
Pencinta Digimon sekalian! Bersiap sedialah! Perjalanan ikonik Digimon bakal tiba di Malaysia menerusi sebuah acara istimewa: Pameran Ulang Tahun Ke-25 Anime Digimon Adventure. Buat julung kalinya di Malaysia, peminat dijemput menyelami Dunia Digital dan mengimbau kembali sejarah 25 tahun anime yang menjadi kegemaran ramai. Dianjurkan oleh INCUBASE Studio, pameran ini akan menjadikan INCUBASE Arena Malaysia sebuah ruang pengalaman imersif penuh dari 28 Januari hingga 23 Mac 2026.

GO BANANAS! STARBUCKS x PAUL FRANK® TIBA DI MALAYSIA

Image
Starbucks membawa keseronokan ke Malaysia dengan pelancaran koleksi eksklusif Starbucks | Paul Frank®, menampilkan maskot ikonik Julius the Monkey yang terkenal dengan pesona nakalnya dan personaliti penuh positif. Koleksi ini memberi sentuhan nostalgia dengan gaya moden yang segar.

ASTRO LANCAR KEMPEN TAHUN BARU CINA 2026 “ALL RIGHT! KUDADA”

Image
Menjelang Tahun Kuda, Astro melancarkan kempen perayaan Tahun Baru Cina 2026 bertema “All Right! Kudada” (万事All Right酷哒哒) dengan mesej “Spark New Celebration, Find New Joy”. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia meraikan tradisi sambil menyuntik kreativiti baharu untuk menghidupkan semangat perayaan.

RESORTS WORLD GENTING FLOWER MARKET KEMBALI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Image
Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Resorts World Genting sekali lagi menghidupkan semangat perayaan dan kebersamaan melalui Flower Market yang penuh warna-warni.

SAMBUT TAHUN BAHARU CINA DENGAN TAWARAN EKSKLUSIF CNY SHOPEE DAN STRIM LANGSUNG MARATON HARIAN BERNILAI SEHINGGA 88 JUTA SYILING SHOPEE

Image
Sambut Tahun Baru Cina bersama Jualan CNY Shopee, yang menampilkan Shopee Masters, 3P, serta penjimatan berganda menerusi Strim Langsung Maraton CNY, Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, dan Baucar Eksklusif Shopee VIP 25% Diskaun Harian. Bermula kini sehingga 18 Februari, pembeli boleh memulakan tahun baharu dengan penjimatan dan huat berganda.

PAMERAN ISTIMEWA: PICASSO DAN LIN XIANG XIONG – DIALOG MERENTASI MASA, REALITI DUA ERA DI GALERI SENI PULAU PINANG

Image
Galeri Seni Lin Xiang Xiong dengan bangganya mempersembahkan pameran khas sulungnya, Picasso dan Lin Xiang Xiong: Dialog Merentasi Masa, sebuah pameran yang meneroka tema universal keamanan melalui karya dua seniman berwawasan dari era yang berbeza. Berlangsung sehingga 31 Mac 2026, pameran ini menghimpunkan lebih 60 karya Pablo Picasso - termasuk litograf, fotolitograf, poster, cetakan dan karya sutera terpilih - bersama lebih 300 lukisan oleh Profesor Lin Xiang Xiong.

KOLEKSI EKSKLUSIF J-BEAUTY DAN K-BEAUTY DI CAWANGAN TERBARU AINZ & TULPE DI SUNWAY 163 MALL

Image
Syarikat kecantikan terkemuka dari Jepun, AINZ & TULPE, terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan cawangan terbaharu di Sunway 163 Mall, Mont Kiara.

MOCCONA PERKENALKAN ‘LIQUID ESPRESSO’, TAWAR KOPI GRED BARISTA DALAM SACHET

Image
Jenama kopi premium terkemuka, Moccona, baru-baru ini secara rasmi melancarkan inovasi terbaharunya, Moccona Liquid Espresso, di pasaran Malaysia. Produk ini direka khas bagi memenuhi permintaan peminat kopi moden yang menginginkan kualiti gred barista tanpa perlu menggunakan mesin atau peralatan yang rumit.

DISSY KEMBALI GEGAR PAWAGAM! FILEM RAYA CINA 2026 ‘IM NOT GANGSTER’ TAMPILKAN MARK LEE & PHEI YONG BERSAMA 1,000 PELAKON

Image
Geng Dissy kembali lagi! Selepas kejayaan filem sulung mereka, pasukan kreatif ini mengesahkan bakal memeriahkan Tahun Baru Cina (CNY) 2026 dengan karya terbaharu berjudul IM NOT GANGSTER. Filem ini dijadualkan menemui penonton pada hari pertama Tahun Baru Cina, iaitu 17 Februari 2026.

BIG BAD WOLF GEGAR KL LAGI! BUKU SERENDAH RM3, HARRY POTTER RM19.99

Image
Pesta buku terbesar di dunia, Big Bad Wolf (BBW) 2025, secara rasminya membuka tirai di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, menyaksikan kehadiran luar biasa peminat buku yang mula membanjiri ruang pameran seawal pagi pembukaannya pada 19 Disember.

SERTAI SAMBUTAN PALING EPIK DAN GEMPAK DI FESTIVAL KIRAAN DETIK VISIT MALAYSIA 2026

Image
Suasana malam ambang tahun baharu bakal mencapai kemuncaknya dengan penuh gemilang apabila rakyat tempatan dan pelancong antarabangsa bersama-sama membanjiri Festival Kiraan Detik Visit Malaysia 2026. Acara ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan The Fame Events dengan sokongan Tourism Malaysia. Sambutan ini akan membuka tirai kepada tahun yang cemerlang dan menyemarakkan semangat Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menampilkan budaya, kreativiti dan perpaduan negara.

MALIK CHOO LANCAR SINGLE KETIGA “MOVE ON” – PERJALANAN MELEPASKAN MASA LALU DAN BANGKIT SEMULA

Image
Penyanyi dan pelakon Malik Choo kembali dengan single solo ketiganya berjudul “Move On”, sebuah karya rap pop dengan sentuhan R&B yang mengangkat tema melepaskan masa lalu, mencari kekuatan dan memilih untuk pulih.

AIRBNB DAN THINK CITY LANCAR HERITAGE GUIDE TO KUALA LUMPUR, RAIKAN KEKAYAAN BUDAYA DAN NADI KREATIF IBU KOTA

Image
Airbnb, dengan kerjasama Think City, telah melancarkan Airbnb Heritage Guide to Kuala Lumpur – teman perjalanan digital yang direka khas bagi meraikan sejarah warisan ibu negara, kawasan kejiranan yang bertenaga serta komuniti kreatifnya, termasuk Warisan KL yang sedang berkembang.

PAPA ZOLA THE MOVIE RAIH LEBIH RM25.6 JUTA, DOMINASI CARTA NOMBOR 1, KETEPIKAN FILEM ANTARABANGSA

Image
Papa Zola The Movie terbitan MONSTA Studio dan Astro Shaw berjaya mengaut RM25.6 juta untuk 11 hari tayangan. Lebih membanggakan apabila kejayaan ini meletakkan Papa Zola The Movie berada di kedudukan nombor satu carta Top 10 GSC, sekali gus menyaksikan filem tempatan mengetepikan francais besar antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy's 2.

SHAZIA LANCAR “ITOSHI-HITO”: LAGU CINTA JEPUN PENUH EMOSI HASIL SENTUHAN PAKYA SENARIO

Image
Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan single terbaharu berjudul “Itoshi-Hito”, sebuah lagu cinta berbahasa Jepun ciptaan komposer dan pelawak terkenal kumpulan Senario, Illya Buang atau lebih dikenali sebagai Pakya Senario.

PENERBANGAN SULUNG CHONGQING–KUALA LUMPUR PACU PELANCONGAN DAN PERDAGANGAN

Image
Laluan penerbangan terus baharu antara Chongqing dan Kuala Lumpur kini rasmi dilancarkan dengan ketibaan penerbangan sulung Sichuan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada jam 11.45 malam, 18 Disember 2026.

RAGAM KRISMAS: SENARAI HADIAH IKEA UNTUK SETIAP PERSONALITI DALAM HIDUP ANDA

Image
Mencari hadiah untuk yang tersayang boleh jadi satu cabaran. Ada yang jenis "pijak semut tak mati," dan ada pula yang jenis "pening kepala dibuatnya." Tahun ini, IKEA memudahkan urusan anda dengan panduan hadiah mengikut ragam manusia. Sama ada mereka adalah pelangkap hidup anda, rakan pejabat yang rajin, ataupun sepupu yang suka menyelongkar dapur—IKEA ada pilihan yang tepat (dan mesra bajet!) untuk semua.

TOURISM MALAYSIA PERKUKUH SINERGI INDUSTRI PELANCONGAN DI SABAH MENJELANG VISIT MALAYSIA 2026

Image
Tourism Malaysia Sabah telah menganjurkan Majlis Apresiasi Media dan Rakan Strategik Industri Pelancongan sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menyokong pembangunan industri pelancongan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sejajar dengan aspirasi nasional, kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

RAKYAT MALAYSIA RAIKAN AKHIR TAHUN DENGAN PELBAGAI PENJIMATAN DI SHOPEE 12.12 JUALAN HARI JADI

Image
Rakyat Malaysia menutup tirai tahun dengan membeli barangan keperluan dan persiapan perayaan, apabila Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi memperlihatkan bagaimana pembeli mengimbangi kemeriahan sambutan dengan perbelanjaan yang lebih bijak.

GAME ON THEME PARK BAWA DIMENSI LIBURAN BAHARU DI THE MINES

Image
The Mines Shopping Mall (The Mines) melangkah ke fasa baharu dengan deretan pembukaan menarik, termasuk Game On Theme Park, salah satu taman tema dalaman terbesar di Selangor, serta inisiatif Asset Enhancement Initiative (AEI) utama yang dirancang pada tahun 2026 bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup terkemuka di Lembah Klang. Transformasi ini menegaskan komitmen The Mines untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia berorientasikan gaya hidup dan keluarga di tengah-tengah Lembah Klang.

HARVEY NORMAN MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS DENGAN "THE BIG CHRISTMAS SALE"

Image
Harvey Norman menyemarakkan keceriaan musim perayaan dengan The Big Christmas Sale yang dinanti-nantikan, berlangsung di semua stor sehingga 17 Disember. Selain tawaran hebat di seluruh stor, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai aktiviti meriah dan sambutan penuh kegembiraan di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store, menjadikannya masa terbaik untuk membeli-belah, berjimat dan meraikan musim ini.

CZIPMAS 2025: KEMERIAHAN KRISMAS DI BANGSAR VILLAGE II

Image
Musim perayaan tahun ini menjadi lebih istimewa dengan kembalinya CzipMas 2025, sebuah karnival Krismas penuh warna-warni yang berlangsung dari 6 hingga 29 Disember di Bangsar Village II. Dihasilkan melalui kolaborasi kreatif antara CzipLee dan JAKES-store, acara ini menjanjikan pengalaman membeli-belah, seni, dan komuniti yang tidak dapat dilupakan.

SLIP-IN & RUN: SKECHERS GORUN ARCH FIT 2.0 SELESA DAN MUDAH

Image
Skechers, syarikat peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, memperkenalkan koleksi terbaharu Slip-ins: GOrun Arch Fit 2.0 yang direka khusus untuk pelari lelaki dan wanita bagi jarak pendek sehingga 5 kilometer. Koleksi ini menggabungkan kemudahan, keselesaan dan kecekapan dalam satu rekaan moden yang sesuai untuk kegunaan harian.

BARISAN PELAKON "SENTUHAN WIRA" DIUMUM, PENGGAMBARAN DIJANGKA BERMULA AWAL 2026

Image
Victory Pictures hari ini mengadakan Majlis Pengenalan Barisan Pelakon Utama untuk filem badminton Malaysia yang dinanti-nantikan, Sentuhan Wira, bertempat di M Resort Hotel. Sentuhan Wira bertujuan menghidupkan kembali detik bersejarah yang pernah menyatukan seluruh negara, iaitu kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas 1992, sambil memberi penghormatan kepada para pemain yang mengangkat martabat badminton negara ke pentas dunia. Majlis ini secara rasmi memperkenalkan para pelakon utama kepada pihak media dan orang ramai. Ia turut menampilkan upacara simbolik penyerahan skrip oleh pasukan pengarah kepada para pelakon — menandakan bahawa produksi filem kini memasuki fasa seterusnya. Menghargai Lagenda Piala Thomas: Penghormatan kepada Wira Negara Diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan Victory Pictures, Sentuhan Wira diinspirasikan daripada kemenangan bersejarah Malaysia dalam Piala Thomas 1992. Klip rakaman sejarah kemenangan tersebut turut diputarkan semasa majlis, membolehkan pa...

BIG BAD WOLF BOOKS UMUM PESTA BUKU PALING GEMPAK DI KUALA LUMPUR

Image
Big Bad Wolf Books mengumumkan pelancaran Pesta Buku Paling Gempak 2025 (World’s Biggest Book Experience), acara tahunan terbesar yang bakal berlangsung dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC).

CITARASA SANTAPAN DESA KEMBALI DI KUALA LUMPUR TOWER – “RASA ASLI, SUASANA EKSKLUSIF”

Image
Menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Kuala Lumpur Tower sekali lagi mempersembahkan bufet tahunan yang dinanti ramai, Citarasa Santapan Desa – “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 16 Mac 2026. Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman Bufet ikonik ini dibawakan di Sky Mega Hall, ruang makan premium setinggi 292 meter dari aras bumi, menawarkan pengalaman gastronomi desa yang eksklusif dengan gabungan keaslian hidangan kampung, suasana desa mewah yang direka semula secara moden, serta panorama 360 darjah Kuala Lumpur dari senja hingga malam. Tema tahun ini, “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, memberi nafas baharu kepada nostalgia kampung dengan sentuhan elegan. Tetamu akan dibawa menyelami warisan masakan Melayu melalui rasa, aroma dan tekstur yang dirancang teliti oleh pasukan kulinari Kuala Lumpur Tower bersama Knight Cuisines Sdn. Bhd. Bufet ini menampilkan lebih 200 pilihan hidangan desa yang dip...

WELLNESSDAY LANCAR TERAPI UTAMA, BUKA RASMI PUSAT FLAGSHIP BAHARU DI KEPONG

Image
Wellnessday kini dibuka secara rasmi di Kepong pada 29 November, memperkenalkan konsep pusat terapi moden yang menggabungkan warisan Perubatan Tradisional Timur dengan teknologi kontemporari. Pembukaan ini turut meraikan pelancaran dua terapi perdananya: Terapi Badan Meridian Zelkova dan Masker Herba Aliran Meridian, yang direka khusus untuk menawarkan pengalaman pemulihan menyeluruh kepada masyarakat bandar yang sibuk.

100PLUS X NETFLIX: BANGKITKAN SEMANGAT PRESTASI MAKSIMUM

Image
100PLUS, jenama minuman isotonik terkemuka Asia Tenggara di bawah Fraser & Neave Holdings Bhd (“F&NHB”), mengumumkan kolaborasi serantau dengan siri terbitan Netflix, Physical: Asia. Kerjasama ini menyerlahkan 100PLUS PRO – minuman hidrasi berprestasi tinggi yang direka untuk menyokong gaya hidup aktif di Singapura, Malaysia dan Thailand.

GABUNGAN KEINDAHAN DAN KEANGGUNAN DI PEMBUKAAN BUTIK BAHARU EVITA MAIRESSE

Image
Pereka fesyen kelahiran Indonesia, Evita Mairesse, hari ini mengumumkan pembukaan butik persendirian pertamanya di Heritage House, Kuala Lumpur. Butik eksklusif ini beroperasi melalui janji temu, menjadi satu lagi simbol pencapaian penting dalam perjalanan lima tahun Evita membina jenamanya yang kini diiktiraf di Malaysia dan rantau Asia. Rekaan beliau telah digayakan oleh selebriti terkenal seperti Whulandary, Aishah Sinclair, Ruhainies, serta wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa termasuk Miss Universe, Miss World, Miss Grand dan Miss Charm.