MEOWLOWEEN BAWA KEMERIAHAN HALLOWEEN BERTEMA KUCING KE RESORTS WORLD AWANA
Resorts World Awana (RWA) bakal menghidupkan malam Halloween dengan acara unik bertemakan kucing, Under The Stars Meowloween , di Great Lawn pada 31 Oktober ini. Sambutan santai ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk pencinta kucing, keluarga dan rakan-rakan, dengan kemasukan percuma serta suasana nyaman tanah tinggi. Acara kemuncak bermula jam 8.30 malam menerusi Catwalk & Fashion Show , menampilkan kucing-kucing RWA dalam kostum kreatif yang mencuit hati. Pengunjung juga boleh tampil dengan kostum sendiri atau mendapatkan lukisan wajah bertema Halloween pada harga RM15 dan RM30. Sepanjang malam, pelbagai permainan santai seperti Giant Jenga, Tic Tac Toe dan Cornhole menanti di Lawn Game Alley, di samping aktiviti buih untuk kanak-kanak. Hiburan turut diperkaya dengan persembahan muzik secara langsung pada jam 6.30 petang dan 9 malam. Bagi yang gemar aktiviti kreatif, bengkel seperti melukis plaster (RM20), kraftangan bulu biri-biri (RM40) dan tabung syiling (RM40) ditawarkan, sel...