Posts

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

Image
Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan Daerah Yilan (宜蘭), yang terletak di timur laut Taiwan, adalah sebuah destinasi percutian yang hebat untuk beberapa sebab. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tarikan budaya yang kaya, dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk percutian keluarga. Masa perjalanan ke bandar Yilan dari Taipei mengambil masa kira-kira satu jam, menerusi Terowong Xueshan, menjadikannya sebuah destinasi lencongan hujung minggu yang ideal bagi mereka yang ingin sesuatu yang berbeza dari kesibukan bandar Taipei.

GAME ON THEME PARK BAWA DIMENSI LIBURAN BAHARU DI THE MINES

Image
The Mines Shopping Mall (The Mines) melangkah ke fasa baharu dengan deretan pembukaan menarik, termasuk Game On Theme Park, salah satu taman tema dalaman terbesar di Selangor, serta inisiatif Asset Enhancement Initiative (AEI) utama yang dirancang pada tahun 2026 bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup terkemuka di Lembah Klang. Transformasi ini menegaskan komitmen The Mines untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia berorientasikan gaya hidup dan keluarga di tengah-tengah Lembah Klang.

HARVEY NORMAN MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS DENGAN "THE BIG CHRISTMAS SALE"

Image
Harvey Norman menyemarakkan keceriaan musim perayaan dengan The Big Christmas Sale yang dinanti-nantikan, berlangsung di semua stor sehingga 17 Disember. Selain tawaran hebat di seluruh stor, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai aktiviti meriah dan sambutan penuh kegembiraan di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store, menjadikannya masa terbaik untuk membeli-belah, berjimat dan meraikan musim ini.

CZIPMAS 2025: KEMERIAHAN KRISMAS DI BANGSAR VILLAGE II

Image
Musim perayaan tahun ini menjadi lebih istimewa dengan kembalinya CzipMas 2025, sebuah karnival Krismas penuh warna-warni yang berlangsung dari 6 hingga 29 Disember di Bangsar Village II. Dihasilkan melalui kolaborasi kreatif antara CzipLee dan JAKES-store, acara ini menjanjikan pengalaman membeli-belah, seni, dan komuniti yang tidak dapat dilupakan.

SLIP-IN & RUN: SKECHERS GORUN ARCH FIT 2.0 SELESA DAN MUDAH

Image
Skechers, syarikat peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, memperkenalkan koleksi terbaharu Slip-ins: GOrun Arch Fit 2.0 yang direka khusus untuk pelari lelaki dan wanita bagi jarak pendek sehingga 5 kilometer. Koleksi ini menggabungkan kemudahan, keselesaan dan kecekapan dalam satu rekaan moden yang sesuai untuk kegunaan harian.

BARISAN PELAKON "SENTUHAN WIRA" DIUMUM, PENGGAMBARAN DIJANGKA BERMULA AWAL 2026

Image
Victory Pictures hari ini mengadakan Majlis Pengenalan Barisan Pelakon Utama untuk filem badminton Malaysia yang dinanti-nantikan, Sentuhan Wira, bertempat di M Resort Hotel. Sentuhan Wira bertujuan menghidupkan kembali detik bersejarah yang pernah menyatukan seluruh negara, iaitu kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas 1992, sambil memberi penghormatan kepada para pemain yang mengangkat martabat badminton negara ke pentas dunia. Majlis ini secara rasmi memperkenalkan para pelakon utama kepada pihak media dan orang ramai. Ia turut menampilkan upacara simbolik penyerahan skrip oleh pasukan pengarah kepada para pelakon — menandakan bahawa produksi filem kini memasuki fasa seterusnya. Menghargai Lagenda Piala Thomas: Penghormatan kepada Wira Negara Diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan Victory Pictures, Sentuhan Wira diinspirasikan daripada kemenangan bersejarah Malaysia dalam Piala Thomas 1992. Klip rakaman sejarah kemenangan tersebut turut diputarkan semasa majlis, membolehkan pa...

CITARASA SANTAPAN DESA KEMBALI DI KUALA LUMPUR TOWER – “RASA ASLI, SUASANA EKSKLUSIF”

Image
Menjelang ketibaan Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah, Kuala Lumpur Tower sekali lagi mempersembahkan bufet tahunan yang dinanti ramai, Citarasa Santapan Desa – “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 16 Mac 2026. Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman Bufet ikonik ini dibawakan di Sky Mega Hall, ruang makan premium setinggi 292 meter dari aras bumi, menawarkan pengalaman gastronomi desa yang eksklusif dengan gabungan keaslian hidangan kampung, suasana desa mewah yang direka semula secara moden, serta panorama 360 darjah Kuala Lumpur dari senja hingga malam. Tema tahun ini, “Rasa Asli, Suasana Eksklusif”, memberi nafas baharu kepada nostalgia kampung dengan sentuhan elegan. Tetamu akan dibawa menyelami warisan masakan Melayu melalui rasa, aroma dan tekstur yang dirancang teliti oleh pasukan kulinari Kuala Lumpur Tower bersama Knight Cuisines Sdn. Bhd. Bufet ini menampilkan lebih 200 pilihan hidangan desa yang dip...

WELLNESSDAY LANCAR TERAPI UTAMA, BUKA RASMI PUSAT FLAGSHIP BAHARU DI KEPONG

Image
Wellnessday kini dibuka secara rasmi di Kepong pada 29 November, memperkenalkan konsep pusat terapi moden yang menggabungkan warisan Perubatan Tradisional Timur dengan teknologi kontemporari. Pembukaan ini turut meraikan pelancaran dua terapi perdananya: Terapi Badan Meridian Zelkova dan Masker Herba Aliran Meridian, yang direka khusus untuk menawarkan pengalaman pemulihan menyeluruh kepada masyarakat bandar yang sibuk.

100PLUS X NETFLIX: BANGKITKAN SEMANGAT PRESTASI MAKSIMUM

Image
100PLUS, jenama minuman isotonik terkemuka Asia Tenggara di bawah Fraser & Neave Holdings Bhd (“F&NHB”), mengumumkan kolaborasi serantau dengan siri terbitan Netflix, Physical: Asia. Kerjasama ini menyerlahkan 100PLUS PRO – minuman hidrasi berprestasi tinggi yang direka untuk menyokong gaya hidup aktif di Singapura, Malaysia dan Thailand.

GABUNGAN KEINDAHAN DAN KEANGGUNAN DI PEMBUKAAN BUTIK BAHARU EVITA MAIRESSE

Image
Pereka fesyen kelahiran Indonesia, Evita Mairesse, hari ini mengumumkan pembukaan butik persendirian pertamanya di Heritage House, Kuala Lumpur. Butik eksklusif ini beroperasi melalui janji temu, menjadi satu lagi simbol pencapaian penting dalam perjalanan lima tahun Evita membina jenamanya yang kini diiktiraf di Malaysia dan rantau Asia. Rekaan beliau telah digayakan oleh selebriti terkenal seperti Whulandary, Aishah Sinclair, Ruhainies, serta wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa termasuk Miss Universe, Miss World, Miss Grand dan Miss Charm.

DARI HERO KARTUN KE IKON FESYEN: FILA MEMPERKENALKAN KOLEKSI KASUT THE POWERPUFF GIRLS

Image
FILA, jenama sukan ikonik, mencetuskan gelombang nostalgia dan gaya dengan pelancaran koleksi FILA x The Powerpuff Girls di Oasis, Sunway Pyramid. Koleksi ini menyerlahkan gaya harian yang ekspresif dan praktikal, mendorong peminat untuk menonjolkan identiti diri melalui fesyen. Diolah semula untuk generasi pencipta trend masa kini, koleksi ini mengangkat hero kartun zaman kanak-kanak ke dalam rekaan moden yang penuh keunikan dan pesona muda.

AEON MALL BAWAKAN "MERRIER CHRISTMAS EVER" DENGAN CROSSOVER DC CHIBI HEROES YANG PERTAMA DI MALAYSIA!

Image
Raikan musim perayaan hujung tahun Krismas yang paling epik bersama AEON MALL. Bersedialah untuk mengalami ledakan warna, keceriaan dan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga serta rakan-rakan di AEON MALL, berlangsung kini sehingga 1 Januari 2026.

NESTLÉ MILO® ‘TENAGA UNTUK KEBAIKAN’ MENUTUP TIRAI PROGRAM TAHUN PERTAMA DENGAN KEJAYAAN MENGHASILKAN PERALATAN SUKAN DAN PERABOT SEKOLAH DARIPADA KOTAK MINUMAN KITAR SEMULA

Image
MILO® meraikan kejayaan tahun pertama program Tenaga Untuk Kebaikan (Energy For Good), satu initisiatif anjuran Nestlé Malaysia dan MILO® yang bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, aktif dan lestari dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Pencapaian program ini disempurnakan dengan upacara penghargaan bagi mengiktiraf sekolah-sekolah yang aktif menyertai program ini di samping meraikan komitmen cemerlang para pendidik, murid-murid dan komuniti di seluruh negara. (Dari kiri ke kanan) United Towards Sustainability – Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink, Nestlé Malaysia; Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia; Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan; Ahmad Haridan Bin Haji Mohammed, Timbalan Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan; dan Michael Wu, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia, pada acara k...

KUMO KUMO LANCAR KEDAI PERTAMA DI MALAYSIA, BAWA SENSASI KEK KEJU ‘CLOUD-LIKE’ DARI JEPUN

Image
Jenama pencuci mulut antarabangsa, KUMO KUMO, yang terkenal dengan kek keju Jepun bertekstur lembut umpama awan (cloud-like), kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertama di Sunway Pyramid.

SPECIAL SHOW: PANGGUNG PUTING BELIUNG TENXI – DAY 2 11 JANUARI 2026 (AHAD)

Image
Selepas sambutan luar biasa dan tiket sold out dalam masa 30 minit untuk Hari Pertama, Tenxi kembali dengan kejutan yang lebih besar! Dengan penuh rasa syukur dan energi positif, Icon Entertainment secara rasmi mengumumkan HARI KEDUA. sebuah persembahan istimewa bertajuk Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi.

KEMERIAHAN KRISMAS DI ANDAMAN ISLAND: FALALA 2.0 EASTERN & ORIENTAL KEMBALI

Image
Eastern & Oriental (E&O) kembali membawakan acara tahunan yang dinanti-nantikan, FaLaLa 2.0 Christmas Market, menjadikan Andaman Island sebagai destinasi utama untuk menikmati kemeriahan musim perayaan Krismas. Pasar Krismas ini menjanjikan gabungan seni, muzik, makanan, dan suasana komuniti yang unik berlatarkan panorama laut Andaman yang indah.

PELANCARAN TAYANGAN PERDANA “UPANDA CINEMA” DI MALAYSIA DAN MUSIM TAYANGAN ISTIMEWA PROGRAM BERTEMAKAN CHINA DI KUALA LUMPUR

Image
Tayangan perdana “UPanda Cinema” di Malaysia bersama pelancaran Musim Tayangan Istimewa Program Bertemakan China telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur, hari ini. Inisiatif ini digerakkan secara bersama oleh Jabatan Penerangan Majlis Negara China, Pentadbiran Negara Radio dan Televisyen China, serta Kementerian Komunikasi Malaysia; dan dianjurkan bersama oleh Pusat Komunikasi Antara Benua China (CICC), Astro Malaysia dan Mango Media Sdn Bhd. (Dari kini ke kanan: Piston Yong, Naib Presiden Kewangan Astro; Shi Jie, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan, Pentadbiran Negara Radio dan Televisyen China; Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah Promosi II, Tourism Malaysia; Li Zhuang, Timbalan Ketua Pengarah Biro Promosi Luar Negara, Pejabat Penerangan Majlis Negara China; YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia; Zheng Xuefang, Menteri Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia; Roland Lee, Ketua Penciptaan dan Penerbitan Kandungan, Unit Cina Astro; APU) “Mus...

NIKMATI JUADAH MERRY MOMENTS DI MARRIOTT EXECUTIVE APARTMENTS KRISMAS INI

Image
Musim perayaan kembali lagi, bersinar penuh gemerlapan! Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur dengan sukacitanya menjemput anda untuk merasai kehangatan Krismas melalui Merry Moments, pengalaman kulinari eksklusif yang menampilkan Bufet Krismas yang mewah serta Set Makan Tengah Hari Perayaan (Festive Set Lunch) yang istimewa.

KEBENA-RUN 2025: FENOMENA ‘KEBENARAN’ MELANDA KUALA LUMPUR!

Image
Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan apabila ribuan peserta membanjiri pusat bandar untuk menyertai Kebena-RUN 2025, acara larian sejauh 5km yang dianjurkan bersempena tayangan filem Papa Zola The Movie di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 11 Disember ini.

"KISAH BAWAH TANAH" BAKAL “MENGHANTUI” PENGGEMAR ANIMASI DI MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI & THAILAND

Image
Siri animasi komedi baharu, Kisah Bawah Tanah, kini bersedia untuk menggegarkan persada animasi Asia Tenggara. Ia bakal ditayangkan secara rasmi di ASTRO bagi pasaran Malaysia, Singapura, dan Brunei, serta di saluran Boom di Thailand pada tahun 2026.

LUCKIN COFFEE X BUTTERBEAR PERKENAL MINUMAN & SNEK EKSKLUSIF SEMPENA PERCUTIAN HUJUNG TAHUN

Image
Sempena musim perayaan hujung tahun, Luckin Coffee meneruskan kolaborasi istimewanya bersama Butterbear dengan memperkenalkan rangkaian minuman dan pastri edisi terhad yang penuh kehangatan Krismas. Koleksi baharu ini bukan sahaja membangkitkan semangat perayaan, tetapi turut membawa sentuhan unik Butterbear yang menambah keceriaan hujung tahun anda.