KUMPULAN SURIA KLCC MERAIKAN DEEPAVALI PENUH GEMILANG DI TIGA PUSAT MEMBELI-BELAH
Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang sempena Deepavali tahun ini. Sambutan yang berlangsung di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall menampilkan dekorasi berinspirasikan istana diraja serta seni tradisional India, di samping menawarkan ganjaran membeli-belah yang menarik kepada pelanggan. Kempen ini berlangsung mulai 23 Oktober 2026 sempena sambutan Deepavali yang diraikan pada Ahad, 8 November 2026. Seiring Kuala Lumpur menerima kedatangan pelancong dari seluruh dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sambutan ini turut memberi peluang kepada pengunjung antarabangsa untuk mengenali tradisi dan budaya masyarakat Malaysia melalui perayaan Deepavali. SURIA KLCC: PERSADA ISTANA DIRAJA DI PUSAT BANDAR Dari 23 Oktober hingga 11 November 2026, Centre Court Suria KLCC akan diubah menjadi sebuah Persada Istana India yang memukau, diinspirasikan daripada seni bina tradisional istana diraja India. Ruang yang menawan ini men...