Posts

LG MENGUBAH KEHIDUPAN DENGAN INOVASI SELAMA 65 TAHUN, KINI MEMPERKENALKAN KEJUTAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Image
LG Electronics (LG), jenama terkemuka dalam industri peralatan elektronik rumah di Malaysia, dengan bangganya meraih ulang tahun ke-65 tahun ini. Sejak penubuhannya pada tahun 1958, LG terus mencetuskan perubahan dalam kehidupan pelanggan dengan inovasi produk dan perkhidmatannya yang melangkaui jangkaan. Hingga tahun 2022, LG berhasil mencapai pendapatan sebanyak 83.5 trillion KRW (RM300,256,391,655.00) di Akaun Hasil Disatukan.

NETFLIX PERKENALKAN BARISAN PELAKON TAMBAHAN DI DALAM SQUID GAMES MUSIM 2

Image
Netflix baru sahaja mengumumkan barisan pelakon tambahan yang bakal menyertai musim kedua siri popular, Squid Game. Foto di atas, dari kiri ke kanan: CHOI SEUNG-HYUN, LEE JIN-UK, WON JI-AN, PARK GYU-YOUNG, KANG AE-SIM, LEE DAVID, JO YU-RI, ROH JAE-WON.

CANON MERAIKAN HARI KAMERA KEBANGSAAN DENGAN BENGKEL PENCIPTAAN KANDUNGAN

Image
Bersedialah untuk menangkap detik indah serta senyuman yang terukir sempena Hari Kamera Kebangsaan pada 29 Jun! Canon Marketing Malaysia ("Canon") meraikan sambutan istimewa ini dengan mengadakan bengkel penciptaan kandungan di Utama Farm, iaitu sebuah ladang bandar yang lestari di Petaling Jaya.

HEADHUNTER MELESTARIKAN TRADISI KEPAHLAWANAN & SETIAKAWAN, KINI DI PRIME VIDEO

Image
Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan. Namun dengan pengetahuan dan kajian yang dijalankan, ‘suasana’ tersebut dapat dikembalikan meski ia dihasilkan dalam bentuk fiksyen.

PANDUAN MUSLIM YANG BAHARU UNTUK PERCUTIAN YANG HALAL KE AUSTRALIA BARAT

Image
Tourism Western Australia telah melancarkan Panduan Perjalanan Muslim baharu di Malaysia hari ini. Panduan ini merupakan kompilasi maklumat yang disesuaikan untuk pelancong Muslim di Malaysia supaya mereka boleh melancong ke Australia Barat dan meneroka keindahan negeri itu dengan mudah.

DANA PENDIDIKAN ELENA COOKE BANTU ANAK MUDA MALAYSIA KURANG BERNASIB BAIK UNTUK MELANJUTKAN PENDIDIKAN TINGGI

Image
Pada 2009, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang mempunyai visi untuk mempertingkatkan keupayaan anak muda ke tahap tertinggi telah bergabung untuk untuk memulakan satu misi untuk membantu golongan kurang bernasib baik untuk mencapai impian mereka untuk melanjutan pelajaran ke pendidikan tinggi.

6 SEBAB KENAPA PERKONGSIAN KERETA SEMAKIN MENINGKAT POPULAR

Image
Nak beli kereta? Ia tentunya satu komitmen yang besar. Namun sebenarnya, ia tidaklah rumit. Jom kita belajar tentang pemilikan kereta.

LAZADA SEMARAKKAN KOMITMEN UNTUK MEMPERKASAKAN BELIA TEMPATAN MENERUSI RAKAN MUDA BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Image
Lazada Malaysia telah dipilih menjadi salah satu rakan strategik program Rakan Muda – Nafas Baharu yang kini dibangkitkan semula di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; dan Mantan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman, yang terdahulu memperkenalkan program Rakan Muda pada tahun 1994. Menggandakan inspirasi program Rakan Muda, jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, dan pelumba basikal trek Keririn nombor 1 dunia, Dato’ Azizulhasni Awang turut hadir di majlis pelancaran yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 25 Jun 2023, bersama-sama lebih 3,000 belia dan sukarelawan.

POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI DI JALAN KEMUNING, DANG WANGI

Image
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023. Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi.

PENCARIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ ANJURAN GUARDIAN MALAYSIA KEMBALI!

Image
Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB).

AUSTRALIA BARAT - DESTINASI PERCUTIAN YANG MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA

Image
Merancang percutian – khususnya ke luar negara – sememangnya mencetuskan keterujaan baik kepada anak-anak mahupun ibu bapa. Jika anda inginkan destinasi yang menawarkan pengembaraan mendebarkan, keindahan alam yang mempesona dan lokasi yang cukup menarik untuk berehat dan meluangkan masa berharga bersama keluarga, anda tidak perlu lagi tercari-cari kerana semuanya ada di Australia Barat.

JOM NIKMATI BUFET HI-TEA HUJUNG MINGGU DI FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR

Image
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Hi-Tea Hujung Minggu bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja bermula dari 24 Jun 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad di restoran Lesung.

KUMPULAN TARIAN SINGA TERBAIK DUNIA BERSAING DEMI KEGEMILANGAN DI RESORTS WORLD GENTING

Image
Saksikan kehebatan singa dengan aksi akrobatik menakjubkan di atas tiang mengikut rentak gendang dan simbal dengan seni gerak penuh kreatif di Kejohanan Tarian Singa Dunia Genting ke-14 dari 4 hingga 6 Ogos ini di Resorts World Genting (RWG). 

KENALI LEBIH DEKAT ARTIS INDIE MENERUSI “THE BUZZ”

Image
“The Buzz” adalah sebuah program terbitan stesen radio TRAXXfm yang memberi tumpuan kepada dunia muzik indie di Malaysia seperti jazz, blues, rock, punk, alternative dan banyak lagi. Menurut penerbitnya, KG, program ini juga menjadi platform kepada artis baharu untuk berkongsi bakat mereka. The Buzz keudara setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari jam 3.15 petang hingga 3.45 petang.

APITHERAPY - RAWATAN BERASASKAN SENGATAN DAN PRODUK HASILAN LEBAH

Image
Apitherapy atau lebih sinonim dengan rawatan berasaskan sengatan dan produk hasilan lebah kini mula mendapat tempat dalam masyarakat dan terkini Australia antara negara terawal menunjukkan minat untuk bekerjasama.

YES 5G MERINTIS INDUSTRI PERMAINAN AWAN DI MALAYSIA DENGAN NVIDIA GEFORCE NOW

Image
Bersiap sedia para pemain di Malaysia, kerana Yes 5G bekerjasama dengan NVIDIA untuk memperkenalkan masa depan permainan di Malaysia dengan permainan awan yang maju, GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G. Ucapkan selamat tinggal kepada pengalaman muat turun permainan yang membosankan dan juga harga peranti permainan yang semakin tinggi dan pastikan bersedia untuk memulakan pengembaraan yang mendorong kepada landskap permainan peringkat tertinggi.

MONDELĒZ INTERNATIONAL: RAKYAT MALAYSIA AMAL SNEK BIJAK, NAMUN KURANG PEKA TENTANG ALAM SEKITAR

Image
Tabiat pengambilan snek kian hari kian berubah seiring dengan kesedaran pengguna akan impak pilihan mereka terhadap kesejahteraan dan keseimbangan menyeluruh diri, serta alam sekitar. Hasil satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan, rakyat Malaysia sedang berusaha untuk menjadi lebih bijak dalam tabiat snek mereka, dengan 54% responden mengawal saiz porsi secara aktif, manakala 51% menggunakan semua pancaindera untuk meningkatkan pengalaman snek mereka.

MUSLIM PRO MENGUMUMKAN 10 HARI HADIAH PERCUMA JUN INI, MENJELANG HARI RAYA HAJI

Image
Muslim Pro , aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia dengan lebih 150 juta muat turun, teruja untuk mengumumkan acara pemberian hadiah selama 10 hari sempena sambutan musim Haji. Kempen pemberian hadiah semasa musim Haji ini bertujuan untuk memberi ganjaran dan melibatkan pengguna Muslim Pro di Malaysia dengan menawarkan hadiah menarik dan promosi istimewa.

LAZADA BEKERJASAMA DENGAN MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA UNTUK MERAIKAN KETERANGKUMAN DI LAZADA RUN

Image
Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat sambil meningkatkan kesedaran tentang atlet kelainan upaya, Lazada, perintis platform e-dagang Asia Tenggara, dengan bangganya mengumumkan penyertaan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) dalam Lazada Run Malaysia. 

KAYDA AZIZ KEMBALI DENGAN SINGLE HIP HOP TERBAHARU - 'LEN MACAM'

Image
Ibarat pepatah Melayu yang masyuhur “diam-diam ubi berisi” begitulah diibaratkan buat artis hip-hop wanita tanah air bertubuh genit dan bersemangat waja, Kayda Aziz, hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana karya, kini beliau kembali dengan single hip-hop terbaharu berjudul ‘LEN MACAM’ hasil nukilannya sendiri dengan komposer muda berbakat, DJ Ziqq.