Posts

ADYEN MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN FRASERS HOSPITALITY UNTUK MENINGKATKAN PENGALAMAN TETAMUNYA DI BANDAR-BANDAR UTAMA

Image
Adyen, platform teknologi kewangan global yang menjadi pilihan kepada perniagaan terkemuka, mengumumkan bahawa ia menguasai proses pembayaran untuk pengusaha hospitaliti global Frasers Hospitality di Singapura, Malaysia, Australia dan seluruh Eropah. Jenama yang pernah memenangi anugerah dan terkenal dengan kecemerlangan perkhidmatannya, Frasers Hospitality memahami bahawa inovasi berterusan adalah kunci utama untuk menyediakan penginapan yang sukar dilupakan kepada para tetamunya dan pada tahun 2021, ia memperkenalkan pengalaman tetamu yang lancar di seluruh laman webnya, proses daftar masuk dan penawaran makanan dan minuman (F&B) di bawah satu platform oleh Adyen.

ASTRO ORIGINALS ANGKAT DRAMA PREMIUM KE TAHAP LEBIH TINGGI MENERUSI 5 KARYA HEBAT TAHUN INI!

Image
Astro Originals yang menumpukan drama berkualiti premium dan jalan cerita segar, telah membariskan drama-drama ternama, sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri seperti ‘Projek : High Council’, ‘LIAR’, ‘Riot!’, ‘Gamers Mangkuk’ dan banyak lagi. Bagi meneruskan objektifnya dalam memacu transformasi konten tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton, Astro Originals mempersembahkan deretan drama hebat untuk tahun 2024.

KOLEKSI PUMA 'CELEBRATE A YEAR OF BE龙 ONGING' BAKAL DILANCARKAN PADA 8 JANUARI 2024

Image
Dengan sumber inspirasi daripada budaya dan warisan Cina, PUMA bersedia untuk memperkenalkan Koleksi SS24 Tahun Baru Cina pada 8 Januari 2024 ini. Menggabungkan gaya sukan kontemporari dengan warisan nomad Tibet yang kaya, PUMA membawakan semangat naga dalam koleksi baharu ini sempena Tahun Naga dalam zodiak Cina.

WATSONS MELANCARKAN KEDAI PREMIUM BAHARUNYA DI EXCHANGE TRX

Image
Watsons Malaysia, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan kedai premium baharunya di The Exchange TRX. Dengan lebih daripada 700 kedai di seluruh Malaysia, susun atur yang diperluas ini memperkenalkan konsep reka bentuk inovatif yang mengintegrasikan perkhidmatan luar talian dan dalam talian (O+O) dengan lancar dan pelbagai zon pengalaman bagi pembelinya.

HUAWEI MEMPERKENALKAN MATEPAD PRO 13.2" DAN JUGA PRODUK INOVASI BAHARU 'CREATION OF BEAUTY''

Image
Huawei bakal melancarkan produk yang terbaru, satu tambahan kepada siri MatePad iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2” yang bakal tiba di pasaran Malaysia pada 9 Januari 2024. Selain itu, Huawei juga bersedia untuk memperkenalkan HUAWEI MateBook D16, dan juga fon telinga terbuka yang pertama, HUAWEI FreeClip.  Rekaan baharu HUAWEI MatePad Pro 13.2" menandakan era baharu dalam industri tablet yang mana ia meningkatkan pengalaman yang merangkumi hiburan audio-visual, menulis dan melukis, serta tugas pejabat yang ringan.  Menampilkan nisbah skrin-ke-badan 94%, ultra-ringan dan reka bentuk ultra-langsing, tablet ini membolehkan ia dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah dan selesa. Tablet ini juga menampilkan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang merupakan peranti yang pertama di dunia yang menampilkan teknologi NearLink, yang bersaling hubung dengan lancar dan berinteraksi dengan HUAWEI MatePad Pro 13.2".  Dengan adanya teknologi NearLink, pengguna kini boleh menulis dengan lebih la...

KUMPULAN K-INDIE THE ROSE BAKAL BERAKSI DI KUALA LUMPUR DI KONSERT DAWN TO DUSK TOUR

Image
Kumpulan indie Korea Selatan yang terkenal, The Rose akan kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat mereka. Kehadiran kumpulan yang dianggotai oleh Kim Woosung (vokal/gitar), Park Dojoon (keyboard/vokal), Lee Hajoon (dram) dan Lee Jaehyeong (bass) adalah untuk menjayakan konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024, di Mega Star Arena, KL pada 31 Januari, jam 8.30 malam, anjuran Lo-Fi Entertainment. 

DRAMA BERSIRI REMAJA 'HAWT FELLAS' MENGISI SLOT LESTARY TV3

Image
Selepas tiga musim Budak Tebing, sekali lagi TV3 dan Country & Universal membawakan siri drama berkisarkan kehidupan remaja menerusi slot Lestary. Menampilkan pelakon-pelakon muda yang sedang meningkat naik iaitu Nabil Aqil, Raden Zaharatul, Atiq Azman, Idan Aedan dan Tisya Ong, saksikan Hawt Fellas di slot Lestary, bermula 4 Januari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

“CEMPAKA MELATI”, DRAMA ADAPTASI NOVEL PERTAMA BUKA TIRAI 2024 DI RTM

Image
Drama adaptasi novel “Cempaka Melati” karya Zahida Zarkasi menjadi pembuka tirai pilihan drama terbaharu menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama 26 episod arahan Amirul Fadhli ini menggandingkan pelakon utama Sharifah Husna dan Azrel Ismail sebagai teraju utama. 

ASTRO MEMPERLIHATKAN RANCANGAN-RANCANGAN TERBAIK DI SEPANJANG 2023

Image
Astro memperlihatkan senarai rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023. Berdasarkan senarai ini, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.

VIVO LANCAR X100 SERIES DENGAN PRESTASI FOTOGRAFI YANG UNGGUL

Image
vivo Malaysia memulakan tahun baru dengan pelancaran siri telefon pintar perdana iaitu vivo X100 Pro dan X100. Kedua-dua telefon pintar ini mampu memberikan pengalaman fotografi pada tahap profesional dan prestasi unggul yang mampu menempatkan satu piawai dalam industri telefon pintar. Siri X100 yang baru ini membawakan peningkatan yang ketara kepada vivo ZEISS Co-engineered Imaging System bersama pengalaman Soc Perdana (System on Chip). Kedua-dua model ini memberikan pengalaman yang ditingkatkan dengan dimensi 9300 yang kuat dan cip imej yang boleh diubahsuai. vivo X100 Pro yang baru dilancarkan ini, kini boleh didapati pada harga RM4,599 manakala vivo X100 boleh didapati pada harga RM3,499 di Malaysia.

COURTSITE DAN PERBADANAN STADIUM MALAYSIA MENTRANSFORMASIKAN EKOSISTEM SUKAN MALAYSIA SECARA DIGITAL

Image
Kerajaan Malaysia mempunyai cita-cita yang jelas dan mendalam bagi menyokong kemudahan sukan di negara ini. Hal ini dikukuhkan lagi dengan peruntukan RM50 juta dalam Bajet 2024 yang dikhususkan untuk penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan belia dan sukan. Oleh hal yang demikian, penggiat teknologi sukan Courtsite telah mengambil langkah ke hadapan untuk memperkasakan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam bersama-sama memacu perubahan dalam ekosistem sukan di Malaysia.

IOI PROPERTIES GROUP MULAKAN 2024 DENGAN DUA ACARA SAMBUTAN TAHUN BAHARU YANG MERIAH

Image
Sebagai permulaan yang meriah untuk 2024, IOI Properties Group telah menganjurkan bukan satu, tetapi dua sambutan Tahun Baharu serentak di IOI City Mall, Putrajaya dan IOI Mall Puchong.

SERLAHKAN SEMANGAT NAGA DI TAHUN BAHARU CINA BERSAMA MONKI

Image
Tahun naga bakal menjelang! Raikanlah dengan penuh semangat dan ceria! Sempena Tahun Baharu Cina ini, Monki telah mengumumkan enam gaya yang ceria, yang menggarap ciri-ciri makhluk mitos Naga. dengan sentuhan naga yang lincah, berapi dan penuh keyakinan, pakaian yang terkurasi ini memperkasakan si pemakai dengan kekuatan dan kecekalan untuk menghadapi tahun yang mendatang! Untuk maklumat lanjut, sila layari  https://www.monki.com/

AMAZIN' GRAZE BAWAKAN 'GIFT OF HEALTH' SEMPENA TAHUN BAHARU CINA INI

Image
Sempena Tahun Baharu Cina ini, Amazin' Graze mengajak anda untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Naga ini dengan pek hadiah "The Gift of Health yang diisi dengan pelbagai snek Amazin' Graze yang berkhasiat untuk anda sendiri atau dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Lunar Fortune

PESTA MUZIK KUANTAN BERSAMA UNGU & ARTIS-ARTIS TANAHAIR YANG POPULAR

Image
Istimewa khas buat warga Pahang dan Pantai Timur, sebuah hiburan konsert yang bakal diadakan di sana. Pesta Muzik Kuantan ini direncanakan sempena menyambut kepulanganKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkantugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang. 

BERPESTA SEPERTI ZAMAN 80-AN DI 1-ALTITUDE MELAKA SEMPENA SAMBUTAN AMBANG TAHUN BAHARU 2024

Image
Sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024, 1-Altitude Melaka bakal mempersembahkan malam pesta bertemakan 80-an pada 31 Disember.

AGODA MENGGUNAKAN AI UNTUK KONGSIKAN DESTINASI ANTARABANGSA BAGI MENYAMBUT AMBANG TAHUN BAHARU DENGAN BERGAYA

Image
Menjelang penghujung tahun ini, platform pelancongan digital, Agoda menggunakan teknologi AI untuk menyenaraikan destinasi global terbaik untuk menyambut Ambang Tahun Baru yang yakin sukar untuk dilupakan. Dengan mengambil kira keperluan pelancong tegar, mereka yang suka berpesta serta yang berkeluarga, sepuluh destinasi pilihan teratas ini menjanjikan pemandangan yang indah, pesta yang meriangkan dan suasana meriah yang tiada tandingan untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu.  (Ini adalah imej yang dijana menggunakan Kecerdasan Buatan (AI), Midjourney AI) Daripada bunga api ikonik di Pelabuhan Sydney hingga ke acara kira detik ‘ball drop’ legenda di Times Square, senarai destinasi ini menawarkan idea untuk menikmati budaya yang berbeza, pertunjukan bunga api yang menakjubkan, termasuk berpesta di Rio de Janeiro atau merasai sendiri tradisi Hogmanay di Edinburgh.

DATO’ SRI ALHA ALFA CEBURI BIDANG HIBURAN, PERKENAL RANGKAIAN KOSMETIK TERBAHARU, KOLABORASI BERSAMA DS UMIE AIDA & ZARA ZYA

Image
Bertempat di restoran eksklusif The Roomah Publika, sebuah sidang media istimewa diadakan bagi mengumumkan beberapa agenda yang direncanakan oleh figura bidang kecantikan terkemuka negara yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Sri Alha Alfa.

'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024

Image
Death Whisperer' - filem seram Thai yang diadaptasi daripada "urban legend" popular bakal ditayangkan di Malaysia mulai 4 Januari 2024. Filem ini merupakan filem Thai yang PERTAMA dipancarkan dalam format IMAX with Laser, menggabungkan imej 4K Laser yang jelas dan sistem bunyi IMAX yang canggih. Ia mengangkat keseraman ke tahap yang lebih tinggi dengan pengalaman sinema yang imersif, terutamanya yang telah di- re-mastered menggunakan teknologi DMR (Digital Re-Mastering).

CANON BEKERJASAMA DENGAN TOURISM PERAK UNTUK KEMPEN TAHUN MELAWAT PERAK 2024

Image
Canon Marketing Malaysia ("Canon"), peneraju terkemuka teknologi kamera dan solusi pengimejan, dengan bangganya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tourism Perak Management Berhad (“TPMB”), yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, YB Loh Sze Yee, untuk bekerjasama dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan industri pelancongan Perak dan memanfaatkan solusi pengimejan Canon bagi menarik para pengunjung dari dalam dan luar negara ke Perak, serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan utama. L-R: En. Nor Azman Zulkifli, Senior Manager, Asset Facilities Management, Majuperak Holding Berhad, Cik Nurmalis Binti Musa, CEO, Tourism Perak Management Berhad, Mr. Shunji Yoshikai, President and CEO of Canon Marketing Malaysia, Mr. Daren Tan, Head of Penang branch, Canon Marketing Malaysia. Canon bakal memainkan peranan pe...