Posts

KOLABORASI NYAMAN DARIPADA NESPRESSO & CRÈME DE LA CRÈME

Image
Bagi mencapai hasratnya untuk mengindahkan lagi setiap hirupan kopi, Nespresso Malaysia berganding bahu dengan kedai aiskrim artisan tempatan yang terkenal – Crème De La Crème – untuk menghasilkan koleksi rekaan pencuci mulut istimewa dengan sentuhan Nespresso menggunakan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad.

MONOLOQUE BERI SENTUHAN GAMELAN KEPADA LAGU LEGENDA

Image
Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Dato’ Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin, dan Habsah Hassan. Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada galang gantinya, Tan Sri P.Ramlee.

24 JAM BULETIN TV3 DI LAMAN WEB BERITA HARIAN

Image
  Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan luar negara menerusi beberapa slot berita iaitu Buletin Utama, Buletin 130, Nightline, Buletin Pagi dan Berita Terkini yang menjadi santapan rohani bagi penonton.

DŌTERRA SUMBANG RM100,000 KEPADA YANG KURANG MAMPU

Image
Syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia, dōTERRA, telah baru-baru ini menyumbangkan RM 100,000 untuk program jangkauan masyarakat mereka di Malaysia. 

9 DALAM 10 IBU HAMIL DI MALAYSIA KEKURANGAN ZAT MAKANAN?

Image
Berdasarkan kajian, 9 daripada 10 ibu hamil di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi. Kekurangan kalsium daripada pengambilan pemakanan ini boleh menjadi semakin berat apabila hanya 25.6% daripada ibu-ibu mengandung mengambil vitamin D yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk menyerap kalsium. Selain itu, tidak semua ibu hamil di Malaysia mendapat zat besi yang mencukupi untuk menyokong kehamilan mereka.

BERITA TV9 KINI LEBIH MANTAP, RELEVAN DAN DIYAKINI

Image
  Saluran berita nombor 2 negara kini tampil lebih relevan dengan memaparkan siaran berita sejam awal menerusi Berita TV9 Jam 7:00 malam bermula 1 Ogos lalu. Pertukaran waktu berita di TV9 adalah untuk memberikan berita perdana terawal kepada penonton setianya selama 30 minit.

NIKMATI TAYANGAN PERDANA K-DRAMA TERHEBAT DI ASTRO OGOS INI

Image
Pada bulan Ogos ini, semua peminat K-drama boleh menikmati drama-drama terbaharu Korea seperti drama romantik, seram mendebarkan, aksi jenayah dan drama keluarga di Astro melalui KBS World (Saluran 392 HD), One (Saluran 393 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), dan tvN (Saluran 395 HD). Kesemua episod juga boleh distrim pada bila-bila masa, di mana jua, melalui On Demand dan Astro GO.

DC LANCAR APLIKASI REALITI TERIMBUH BATMAN EDISI BAT-TECH

Image
DC telah melancarkan pengalaman mudah alih Batman yang unggul untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition ini adalah aplikasi mudah alih percuma yang terdapat di app store dalam 13 bahasa berbeza di seluruh dunia.

RANCAKKAN HARI ANDA DENGAN KITKAT CHOCO BANANA BAHARU

Image
  Kepada para peminat KITKAT yang ternanti-nantikan ciptaan terbaharu kami, sekarang ada berita hebat untuk anda! Memperkenalkan – edisi terhad KITKAT Choco Banana – menerusi kerjasama dengan salah sebuah francais filem animasi yang paling berjaya sepanjang zaman, iaitu Minions terbitan studio Illumination. Jadi, pastikan anda mencuba dan rasai sendiri kelazatan KITKAT Choco Banana yang nescaya membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar.

OPPO MELANCARKAN PERANTI PAKAR POTRET SIRI RENO6 5G

Image
OPPO bersama-sama selebriti tempatan iaitu Puteri Aishah, pelakon terkenal di Malaysia; Elizabeth Tan, penyanyi terkenal; Zahira MacWilson, pelakon wanita serta model terkenal dan SonaOne, penyanyi, penulis lagu dan penyanyi rap, telah melancarkan tambahan terbaru dalam Siri Reno, iaitu Reno6 Z 5G dan Reno6 5G, yang dipadatkan dengan kebolehan penghasilan potret yang hebat. Siri Reno6 5G meneruskan sasaran Reno untuk memberikan kehebatan pengimejan dan membawa pengalaman potret satu langkah ke hadapan dengan kebolehan AI yang dipertingkatkan dan antara muka pengguna yang bersifat intuitif yang boleh merakan setiap emosi dengan tepat dalam sebuah potret.

PENGKARYA MALAYSIA TAMPIL DENGAN TEMASYA RANGKAIAN 2021

Image
Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa TERANG, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup melangkaui kekangan kawalan pergerakan. TERANG menampilkan sebuah arena maya bersandarkan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan.

HUTANG 2D: GELAGAT & AKSI KUMPULAN FLOOR 88 MENCUIT HATI

Image
Lagu popular Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 melakar kejayaan tersendiri dengan mendominasi carta radio dan televisyen tempatan pada tahun 2019 serta liriknya telah menjadi siulan oleh golongan kanak-kanak hingga orang dewasa. 

GRAB GALAK RAKYAT MALAYSIA UNTUK HULURKAN BANTUAN

Image
Ketika warga Malaysia berhempas-pulas menangani impak pandemik, kita berterima kasih dan bersyukur kepada insan-insan dan organisasi yang bertungkus-lumus menyalur bantuan kepada pihak memerlukan dan yang terjejas akibat wabak global ini.

SEMARAKKAN SEMANGAT KEMBARA DENGAN “TRAVEL FAIR” BOOKXCESS

Image
BookXcess mengajak anda untuk menyemarakkan lagi semangat untuk menlancong! Walaupun kini rancangan percutian kita terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, kita masih boleh “mengelilingi dunia” melalui halaman-halaman buku. Bawalah diri anda ke tempat-tempat jauh yang diidam-idamkan menerusi imaginasi apabila anda dapatkan buku-buku yang telah disusun secara bertema dalam “TRAVEL FAIR” ini yang bermul pada 4 Ogos 2021.

CANON & KAKITANGAN SUMBANG BANTUAN MAKANAN

Image
Kesan pandemik terhadap ekonomi telah menjejaskan punca pendapatan lebih ramai orang terutamanya golongan rentan yang sememangnya menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga. Untuk menghulurkan bantuan berbentuk makanan kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan keadaan semasa, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) telah menggiatkan usahanya dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM48,000 yang dikumpulkan dari kakitangannya untuk membekalkan makanan asas kepada 500 isi rumah yang memerlukan di 6 buah negeri.

IJM LAND LANCAR INISIATIF BANTUAN BAUCAR SARA HIDUP

Image
  Pelbagai Sekatan pergerakan yang dilaksanakan sejak Mac 2020 demi memerangi wabak COVID-19 yang menular telah memberi kesan yang signifikan kepada banyak industri. Ini menyebabkan banyak keluarga kehilangan sumber pendapatan utama dan mereka terpaksa berjuang untuk memenuhi keperluan harian. Oleh kerana banyak keluarga di Seremban menghadapi situasi seperti ini, IJM Land Seremban 2 bertekad untuk menghulurkan bantuan dengan mengadakan kempen 'Bantuan Baucar Sara Hidup', suatu inisiatif untuk menyediakan sokongan tambahan dalam tempoh yang mencabar ini dengan bantuan keperluan sara hidup untuk keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Seremban dan Port Dickson.

KFC TAWAR PAKEJ HIDANGAN POWERUP BERTEMA KFC X MLBB

Image
Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim 8 kejohanan liga e-sukan ini yang dengan jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia! 

MARHAEN SERLAHKAN KEBERANIAN DENGAN "MENAWAN"

Image
Berani keluar daripada kepompong biasa atau mudahnya tidak mahu terikat apatah lagi berada dalam zon selesa, begitulah gambaran yang boleh dipadankan kepada kumpulan vokal muda, Marhaen meski baru bertapak dan membina nama.

TARIKAN PERANGINAN ALA EROPAH DI ESCAPE CAMERON HIGHLANDS

Image
  ESCAPE Cameron Highlands bakal menjadi tarikan pelancongan ala Eropah terbaharu di rantau ini. Berkeluasan 60 ekar dengan ketinggian 220 meter, ia bakal menjadi taman ESCAPE yang terbesar di Malaysia. Majlis pengumunan dan menandatangani perjanjian secara maya antara Pengasas Sim Leisure Group dan Taman Tema ESCAPE iaitu Sim Choo Kheng dengan Pengarah merangkap pemegang saham Hektar Muda Sdn Bhd (pemilik tapak) Datuk Jimmy Doh telah disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

MEMBONGKAR MITOS IVF – MEMBEZAKAN FAKTA DARI FIKSYEN

Image
Setiap perjalanan mengatasi masalah kesuburan yang dihadapi oleh setiap pasangan adalah berbeza antara satu sama lain, dan sesetengah daripada mereka mungkin terpaksa berpaling kepada pilihan alternatif seperti In Vitro Fertilisation (IVF) apabila kaedah lain tidak berupaya untuk membuahkan hasil yang diinginkan.