Posts

ARENA AXIATA DIGEGARKAN OLEH SEEN FESTIVAL DENGAN PENAMPILAN NCT DREAM, WAYV, KARD, ALICE & DOLLA

Image
SEEN FESTIVAL, anjuran CM Live telah menggegarkan Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 lalu dengan barisan bintang K-pop seperti NCT DREAM, WayV, KARD, ALICE dan juga kumpulan tempatan DOLLA.

4 PILIHAN DRAMA TERBAIK DI PANGGUNG RTM SEPANJANG FEBRUARI INI DI TV1

Image
Sepanjang bulan Februari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan menyenaraikan empat pilihan drama terbaik mengisi slot popular, Panggung RTM, pukul 9.00 malam di TV1.

ISTIMEWA BULAN RAMADAN & HARI RAYA AIDIL FITRI 2023

Image
SENARAI BUFET RAMADAN, ARTIKEL MENARIK & PROMOSI HARI RAYA

TV ALHIJRAH UMUM 12 PESERTA RANCANGAN REALITI TERBARU AKADEMI QURRA’

Image
TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen yang menyebarluas dakwah dengan membawakan sebuah program realiti mengaji al-Quran yang dikenali sebagai Akademi Qurra’.

THE BACHELOR INDONESIA BAKAL BERSIARAN DI DI HBO & HBO GO FEBRUARI INI

Image
Bertepatan dengan Hari Valentine, The Bachelor Indonesia, Original Production dari HBO Asia, akan menyiarkan dua episod perdana siri ini pada hari Jumaat, Februari 10 2023 di HBO (Saluran Astro 411 HD) dan HBO GO dengan tempoh satu jam setiap episod di setiap hari Jumaat.

ASTRO RAIKAN PEMBUKAAN EXPERIENCE STORE PERDANA DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Image
Astro meraikan pembukaan perdana Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini. Kedai baharu ini menawarkan para pelanggan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro.

AYDA JEBAT DILANTIK SEBAGAI DUTA KEMPEN BAHARU "SALAM TAIWAN"

Image
Bagi meningkatkan pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia - Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. 

GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI

Image
Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

“MA, I LOVE YOU!” FILEM KELUARGA YANG MENCUIT HATI RAKYAT MALAYSIA DI PAWAGAM 22 JANUARI 2023

Image
Apakah cara yang lebih baik untuk meraikan bersama orang yang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini? ‘Ma, I Love You!’ sebuah filem universal yang sangat dekat di hati kita semua, telah dihasilkan oleh Pengarah terkemuka Malaysia, Chiu Keng Guan, yang menerajui filem box office The Journey dan Ola Bola di mana berjaya mencipta fenomena luar biasa dan sehingga kini masih tersemat di hati semua rakyat Malaysia. 

DONNIE YEN BERAKSI SEBAGAI PELAKON, PENGARAH DAN PENERBIT FILEM BLOKBUSTER 'SAKRA'

Image
Filem SAKRA dibawakan oleh Pemilik Hakcipta Wishart Interactive Entertainment Co.,Ltd. dan Pengedar Antarabangsa Mandarin Motion Pictures Limited, diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. 

TELEMOVIE “BEDAK ARANG” - SAJIAN KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Image
Kelainan pemilihan tajuk “Bedak Arang” antara faktor utama menjadikan telemovie yang dipilih khas untuk disiarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini menemui penonton pada 23 Januari, pukul 9.00 malam di TV2.

JOM HUAT BERSAMA-SAMA DI THE CHICKEN RICE SHOP DENGAN “AYAM HOT-AH”!

Image
Huat-ah! Tahun Baru Cina semakin hampir dan untuk meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Boleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023, menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan yang bakal tiba.

SEMARAKKAN KECERGASAN DI TAHUN ARNAB DENGAN KOLEKSI TAHUN BAHARU CINA UNDER ARMOUR

Image
Kekal aktif di musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan koleksi gaya aktif terbaharu dari Under Armour. Diilhamkan daripada kudapan Tahun Baharu Cina seperti dumplings dan duit syiling tradisional Cina yang membawa simbol tuah dan kekayaan, koleksi “Have You Eaten Yet” membakar semangat anda untuk meneruskan gaya hidup aktif anda dengan bergaya! 

SAKSIKAN TAYANGAN FILEM & TELEMOVIE KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Image
Meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan empat program khas disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2, Dunia Ria. Menemui penonton tiga hari berturut-turut, tayangan filem dan telemovie khas ini disiarkan mulai 20 hingga 22 Januari depan.

TROFI PIALA FA EMIRATES AKAN TIBA DI KUALA LUMPUR DALAM LAWATAN SULUNG BERSEJARAH

Image
  Pertandingan kalah mati kebangsaan tertua dan paling terkenal di dunia, The Emirates FA Cup atau Piala FA Emirates, akan memulakan Jelajah Trofi Asia Pasifik yang julung kali diadakan dari 21 hingga 29 Januari 2023. Buat pertama kali dalam sejarah 150 tahunnya, trofi Piala FA Emirates akan diterbangkan ke Malaysia. Para peminat berpeluang untuk melihat sendiri salah satu piala tersohor dunia sukan dalam majlis yang akan diadakan pada hari Rabu, 25 Januari di Kuala Lumpur.

PERSATUAN USAHAWAN DAN AMAL WANITA SEDUNIA (WECA) ANJUR PESTA AMAL “LITTLE YELLOW FLOWER CNY REUNION”

Image
UPDATE: Acara ini telah ditunda ke 11 FEBRUARI 2023 dari tarikh asal 4 FEBRUARI Luangkan hari Sabtu anda dengan gelak ketawa sambil beramal di pesta keriangan Tahun Baharu Cina yang diadakan untuk Little Yellow Flower Foundation pada 11 Februari 2023, dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Maju Link.  Pesta amal “Little Yellow Flower CNY Reunion” yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan dan Amal Wanita Sedunia (World Women Entrepreneur and Charity Association WECA) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai atas keperluan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi pendidikan, sokongan, bantuan dan pemerkasaan.  Kemuncak acara pesta ini adalah ‘Laugh Out The Power of Love: Laughter Yoga’ (Yoga Ketawa) dan Tarian Singa yang istimewa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Venice Ang di 0174011777.

AJL 37: DIMENSI MUZIK - REFLEKSI KEPELBAGAIAN WARNA & EMOSI DALAM ALUNAN MUZIK MALAYSIA

Image
Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my .

DUAN NAGO BOGHO - ‘BUKAN SEKADAR FILEM AKSI… ANGKAT PERJUANGAN MARUAH SENI MAK YONG’

Image
Tidak dinafikan filem bercorak aksi sememangnya antara yang genre yang cukup digemari penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem sebegini membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho.

HILTON PETALING JAYA MEMPERSEMBAHKAN HIDANGAN ‘SPRING INTO ABUNDANCE’ TAHUN BAHARU CINA INI

Image
Hilton Petaling Jaya dengan bangganya mempersembahkan hidangan ‘Spring into Abundance’ untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2023. Toh Yuen, sebuah restoran Cina di Hilton Petaling Jaya yang terkenal menampilkan set hidangan enak dan mewah termasuk menu set ‘makan besar’ dan pilihan yee sang premium yang eksklusif.

ZUS COFFEE SEGARKAN TAHUN BAHARU DENGAN RANGKAIAN KOPI ‘ICED SHAKEN’ & MINUMAN 'PROSPEROUS ORANGES'

Image
  Orange Osmanthus Espresso (kiri) & Double Espresso (kanan). Bagi menyegarkan lagi Tahun Baharu 2023 dan juga Tahun Baharu Cina, ZUS Coffee telah melancarkan rangkaian minuman iced shaken (digoncang bersama ais) yang baharu. Diilhamkan daripada kopi shakerato Itali (gabungan espreso, ais dan sirap gula yang digoncang di dalam penggoncang koktel) dengan susu tambahan, rangkaian iced shaken ini disenaraikan di dalam menu ZUS Coffee bagi tahun baharu ini.