Posts

TMALL GLOBAL TINGKAT SOKONGAN BAGI PENJUAL BARU MEMASUKI CHINA

Image
Tmall Global, pasaran rentas sempadan perniagaan kepada pengguna Alibaba Group hari ini mengumumkan satu penyelesaian baru di “2021 Tmall Global New Seller Virtual Summit” bagi membantu jenama-jenama antarabangsa menerokai peluang dalam pasaran pengguna yang pesat berkembang di China. 

JEBAT - MINUMAN TENAGA YANG DICIPTA KHAS UNTUK KAUM LELAKI

Image
Syarikat produk berasaskan ramuan herba yang popular di Malaysia, Jamu Tun Teja (JTT) memperkenalkan produk terbaharunya iaitu JEBAT.

MAGGI® AGIH 50,000 KIT MAKANAN KEPADA GOLONGAN B40

Image
Dalam usaha menghimpun sokongan untuk golongan yang memerlukan, MAGGI ®  telah melancarkan kempen MAGGI ®  Sah Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu bermatlamat untuk menyumbangkan sejumlah 50,000 kit makanan kepada golongan B40 di seluruh Malaysia. Initiatif ini bertujuan untuk membekalkan bahan makanan yang diperlukan untuk menyediakan sajian seharian yang berpatutan serta berkhasiat kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah sejajar dengan usaha Nestlé Malaysia untuk meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan bantuan, terutama pada masa yang penuh mencabar kini. 

RANGKAIAN PRODUK BUBS® KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA!

Image
Bubs Australia, pengeluar susu formula organik untuk bayi dan snek organik terkemuka di Australia buat pertama kalinya membawakan pelbagai rangkaian produk berkualiti premium keluaran mereka ke Malaysia. Jenama ini berazam untuk memenuhi keperluan ibu bapa Malaysia dengan rangkaian produk mereka yang meliputi semua peringkat tumbesaran dan tahap pemakanan anak-anak, daripada lahir hinggalah berusia tiga tahun dan ke atas.

ASTRO TAWAR AKSES PERCUMA UNTUK SALURAN KANAK-KANAK & BERITA

Image
Bagi memastikan pelanggan kekal berinformasi dengan perkembangan semasa dan terhibur di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, Astro menawarkan akses tontonan komplimentari kepada rangkaian saluran berita (kecuali saluran berita SKY News) dan saluran kanak-kanak, mulai hari ini hingga 26 Januari 2021 di platform televisyen dan Astro GO. 

THE WITCHES BAKAL MENYIHIR DI HBO GO & ON DEMAND ASTRO

Image
Peminat di Malaysia boleh menghela nafas lega apabila filem yang ditunggu-tunggu ramai karya asal Roald Dahl iaitu The Witches akan mula ditayangkan buat kali pertama secara eksklusif menerusi platform penstriman HBO GO dan On Demand Astro pada Jumaat, 29 Januari. Dengan penayangan terus ke HBO GO , filem teatrikal ini akan memberi peluang penonton Malaysia untuk menikmati kisah klasik tersebut mengikut keselesaan di rumah terutama pada waktu pandemik yang mencabar ini.

SETELAH SETAHUN MENYEPI, SYAMEL KEMBALI DENGAN ‘HALUSINASI’

Image
Penyanyi popular tanah air yang sentiasa tampil dengan imej gentleman dan bersuara lantang yang merupakan anak jati Kuala Lumpur, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih terkenal dengan nama Syamel, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah hampir setahun menyepi dengan single terbaharu yang lebih menyengat berjudul ‘Halusinasi’.  Lagu ini yang ditulis oleh Syamel sendiri, turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal negara seperti Iqie Hugh dan Omar K, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.  Bercerita mengenai lagu ‘Halusinasi’, beliau berkata, “Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi. Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut.”  Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang sedang giat mengusahaka...

“MECAN TRADE” BERI PELUANG JANA PENDAPATAN KEPADA SEMUA

Image
Andy Goh - CEO & Pengasas MeCan Trade Melangkah ke tahun baharu, pandemik Covid 19 terus memberi impak negatif kepada kehidupan di seluruh dunia – daripada cara kita berhubung, menjalani kehidupan, malah berkerja. 

KITKAT PERKENALKAN EDISI EMAS SEMPENA TAHUN BAHARU

Image
Setiap kali tibanya Tahun Baharu, rata-rata orang menyambutnya dengan penuh rasa girang sambil mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. KITKAT, selaku antara jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk meraikan 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya - iaitu KITKAT Gold. 

TRIUMPH LANCAR KOLEKSI AQUA FREESIA & AQUA ROSIE

Image
Sempena Tahun Baharu Cina ini. semarakkanlah penampilan gaya anda dengan dua koleksi Triumph yang baharu iaitu -  Aqua Rosie dan Aqua Freesia. 

MALAYSIA BINA DATABASE GENETIK KANSER PAYUDARA ORANG ASIA

Image
Dengan kerjasama Universiti Cambridge dan Pusat Perubatan Subang Jaya, Cancer Research Malaysia telah membina pangkalan data genetik dan genomik kanser payudara orang Asia yang terbesar sehingga kini. 

AVON MENYERU WANITA UNTUK #WATCHFORCHANGE

Image
Peneraju kecantikan global, Avon sekali lagi meneruskan komitmen dalam memerangi kanser payudara. Wabak COVID-19 telah mengalihkan perhatian dan menyebabkan rawatan kanser payudara atau pemeriksaan profesional berjadual menjadi semakin mencabar. Oleh itu, Avon memberikan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan payudara melalui satu siri pengaktifan digital dan secara luar talian melalui 5 juta Wakil Avon di seluruh dunia.

AJL35 MENYUNTIK SEMANGAT BAHARU DENGAN 12 LAGU TERBAIK

Image
Membuka tirai 2021 dengan semangat baharu, pertandingan lagu berprestij negara, Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat tahun yang ke-35 pada 7 Februari 2021 kelak. Bersiaran langsung pada pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) serta barisan finalisnya yang mantap akan berlangsung tanpa penonton bagi menghormati tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

VIXSTARR PERTARUH SINGLE SULUNG BERJUDUL ‘QHAPLA JINGGA’

Image
Lagu ‘Qhapla Jingga’ merupakan buah tangan pertama daripada artis rap baharu, Vicknesharajan Amarthalingam atau lebih dikenali dengan nama pentas Vixstarr. 

LIL J BAWA PESANAN POSITIF DALAM SINGLE 'TAHUN BARU'

Image
Tahun 2020 telah pun melabuhkan tirainya dan diganti dengan tahun Baharu 2021 Begitu juga dengan penyanyi rap muda serta penulis lirik berbakat besar dari Kuala Lumpur, Rvijay Raj atau Lil J, yang menyatakan hasrat beliau dalam single terbaharu berjudul ‘Tahun Baru’. Ditulis dan digubah oleh Lil J sendiri, dengan rakan komposer, Denzsyl, manakala adunan dan mastering dilakukan oleh Mingaling.

PEPSI GEGARKAN INDUSTRI KOLA DENGAN "PEPSI X BLACKPINK"

Image
Pepsi®, pencetus trend fesyen dan budaya generasi muda, dengan rasminya mengumumkan salah satu kumpulan K-Pop wanita paling popular di dunia, BLACKPINK, sebagai duta jenamanya yang terbaru untuk rantau Asia Pasifik pada 28 Disember 2020. 

TOURISM SELANGOR LANCAR BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Image
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” 

MAKIN TUA, MAKIN LAKU - ROZITA CHE WAN KINI BERGELAR DUTA MYLEA

Image
  “Makin tua, makin laku,” seloroh aktres Rozita Che Wan, yang juga lebih mesra dengan panggilan Che Ta ketika memberi ucapan di majlis perlantikannya sebagai duta jenama MYLEA yang dilangsungkan di Hotel Royale Chulan pada 8 Januari lalu. Che Ta terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerana Syarikat Amylea Group Sdn. Bhd memberi kepercayaan kepadanya untuk jadi duta produk kecantikan pada usia cecah 50 tahun. 

ANLENE™ PERKENALKAN RUMUSAN ACTIFIT 3X™ & GOLD 5X™

Image
Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat dua kali ganda berbanding anggaran semasa yang hanya 10.3% daripada jumlah penduduk! Menyedari akan pentingannya bagi golongan dewasa di Malaysia untuk mengekalkan kesihatan muskuloskeletal mereka dalam mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat, Fonterra Brands Malaysia menerusi jenama pemakanan orang dewasa, Anlene™ telah memperkenalkan ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™. Kedua-duanya dirumuskan untuk memberi nutrien penting untuk orang dewasa di Malaysia.  Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya (Social Wellbeing Research Centre) menjangkakan bilangan warga Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mencapai jumlah seramai 6.3 juta orang pada tahun 2040, atau 2 daripada 10 orang warga Malaysiai. Bilangan warga yang berusia bukan sahaja kian meningkat, malah jangka hayat warga emas juga kini dijangka leb...

RADIO ERA PERKENALKAN ISHA NORSHAM DALAM GEMPAK HIT ERA

Image
  Para peminat ERA boleh berhibur dengan segmen baharu Gempak Hit ERA bersama Isha di ERA, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 petang hingga 4 petang.