Posts

MUZIK MUZIK 38 LEBIH DINAMIK BERSAMA IZZUE ISLAM

Image
Program hiburan yang memaparkan carta mingguan lagu terbaik di Malaysia terbitan TV3 kini telah memasuki edisinya yang ke-38! Setia membawakan lagu terbaik ke dalam carta menerusi undian peminat secara mingguan, program Muzik Muzik 38 kini menjanjikan pengisian yang lebih menyeronokkan bersama wajah baharu, Izzue Islam, bermula 2 April, setiap hari Ahad, pukul 12.00 tengahari di TV3, dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

IDEAS AUTISM CENTRE (IAC) MELANCARKAN KEMPEN KESEDARAN AUTISME

Image
IDEAS Autism Centre (IAC), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan Malaysia yang menyediakan program intervensi awal, terapi dan pendidikan untuk kanak-kanak dengan autisme, melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Minggu Kesedaran Autisme yang akan berlangsung dari 29 Mac hingga 2 April 2023 di NU Sentral. Presiden Pengasas dan Pengerusi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), YAM Tunku Zain Al’-Abidin, Pengetua dan Pengurus Pusat IAC, Puan Sharifah binti Salleh, Pengarah Kewangan IDEAS, Puan Mazrina Ariffin, disusuli dengan duta dan selebriti Kempen Kesedaran Autisme mengambil gambar bersama dengan kanak-kanak Autisme dari IDEAS Autisme Centre.  Minggu Kesedaran Autisme, yang dianjurkan dengan kerjasama The Hope Branch dan Nu Sentral, merupakan kempen yang akan diadakan secara tahunan oleh IAC dengan objektif utama untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme. Inisiatif ini diwujudkan bagi menarik perhatian orang ramai kepada keperluan ...

HIDANGAN IFTAR ALA-KENDURI DI DE’ KENDURI BY LUTFI YUSSOF, KUALA LUMPUR

Image
Setiap kenduri pastinya ada menunya yang tersendiri. Contohnya, bahagian kenduri kahwin akan membawakan hidangan yang sinonim dengan kenduri kahwin seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar buah manakala Bahagian Kenduri Rumah Terbuka akan menawarkan hidangan seperti lemang, ketupat, rendang dan sebagainya.

TREND RAYA 2023 TAMPILKAN KELENGKAPAN RAYA TERKINI, PERSEMBAHAN & HADIAH MENARIK – RAYA PASTI ‘TRENDY’!

Image
Lagi Trend Lagi Beraya — Adalah tagline paling tepat untuk festival jualan Trend Raya 2023. Melihat kepada situasi negara yang semakin pulih dari pandemik, tentunya selain daripada beraya sakan, Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh trendy. 

SWAROVSKI LANTIK MIRA FILZAH SEBAGAI WAJAH KEMPEN HARI RAYA 2023

Image
Hari Raya Aidilfitri ialah hari gembira untuk diraikan bersama insan-insan yang dikasihi, untuk bertemu mesra, melakar kenangan manis sambil memenuhi naluri untuk bergaya sempena keistimewaan harinya. Tradisi ini terus disuburkan dalam kempen baharu Swarovski yang membawakan keriangan, kebersamaan, dan keindahan setelah melalui tempoh masa yang amat penting dalam bermuhasabah diri dan memupuk kesyukuran. Pelakon, peragawati dan usahawan Mira Filzah membintangi kempen kali ini. Dalam usaha menjelmakan glamor Swarovski, Mira menginspirasikan wanita-wanita lain untuk meneroka barang kemas untuk bergaya bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri, dan menghulurkan hadiah serba indah sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan yang dikasihi. Menurut Mira Filzah, “Saya amat teruja dapat menjadi wajah bagi kempen Swarovski. Seleksi Hari Raya kali ini merangkumi pelbagai gubahan dan rekaan gemilang bertatahkan Swarovski Crystals yang bergemerlapan dan pasti sahaja akan menyerikan lagi suasana sa...

KONSERT ‘CINTA LUAR BIASA’ ANDMESH KAMALENG DI KUALA LUMPUR

Image
Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu viral senusantara ‘Cinta Luar Biasa’, anak kelahiran Pulau Alor, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, penyanyi-penggubah lagu popular yang banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan, Andmesh Kamaleng bakal bertandang ke tanah air pada bulan Jun ini bagi mengadakan konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music.

IPC SHOPPING CENTRE MENGAJAK PEMBELI-BELAH MEMAKSIMUMKAN KEMERIAHAN RAYA MEREKA DENGAN KEMPEN ‘RAYA MERIAH MAX’

Image
Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, IPC Shopping Centre mengajak pembeli-belah menyemarakkan lagi kemeriahan Raya mereka dengan kempen ‘Raya Meriah Max’. Bermula hari ini hingga 1 Mei, pembeli-belah boleh menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan membeli-belah di IPC Shopping Centre.

PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN 'MERIAH RAYA' BERSAMA KUCING OREN IKONIK, GARFIELD

Image
Pavilion Bukit Jalil memulakan sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini dengan tema 'Meriah Raya' yang menarik dengan kerjasama Nickelodeon's Garfield . mulai sekarang hingga 25 April 2023, di mana para pengunjung boleh meraikannya dengan ikon kucing kesayangan semua, Garfield, yang menyambut Ulang Tahun ke-45 tahun ini, sambil menikmati keindahan hiasan hari raya meriah.

TEMPAT-TEMPAT PALING SYOK DI PAVILION BUKIT JALIL UNTUK BERBUKA PUASA

Image
Dalam kesibukan membeli-belah untuk membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri di Pavilion Bukit Jalil, jangan lupa untuk usha tempat-tempat yang menarik untuk berbuka puasa! Memang banyak restoran dan kedai makanan yang enak-enak di Pavilion Bukit Jalil ini . Bawalah keluarga anda untuk berkongsi hidangan di Grandmama's yang menawarkan menu eksklusif set ‘Nasi Dulang Bukhari’ dengan pelbagai hidangan utama seperti ‘peha kambing rebus,’ ‘ayam panggang kunyit,’ ‘makanan laut,’ dan ‘daging rebus’. ( Lokasi - Level 1 Orange Zone ) Persekitaran restoran ini adalah luas dan selesa dan sesuai untuk berbuka puasa. Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih ringan seperti kudap-kudapan tempatan, anda boleh ke Sedap by Grandmama’s . (Lokasi - Level 5 Pink Zone) Gemarkan asam pedas? Jom kita ke D’Laksa untuk menikmati hidangan yang penuh keenakan seperti ‘Asam Laksa’, ‘Asam Lobsterball’, ‘Asam Fishball’ dan makanan kegemaran ramai di Malaysia - ‘Fruit Rojak’ .   Anda tidak perlu tung...

SAMBUTAN RAMADAN AL-MUBARAK DAN HARI RAYA BERSAMA RIANG RAMADAN RAYA MARRYBROWN!

Image
Dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, untuk umat Islam berpuasa selama sebulan sekaligus akan menyambut Hari Raya pada tahun ini, rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain – tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!

NIKMATI KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA FRESHABLE DENGAN BAUCAR PULANGAN TUNAI DAN DISKAUN PREMIUM!

Image
Freshable, perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak yang inovatif, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Kempen Ramadan dengan kerjasama Live It Up!. Dari 1 Mac hingga 21 April 2023, Freshable akan menawarkan pilihan hidangan yang sedap dan sihat untuk Sahur dan Iftar, bersama baucar pulangan tunai dan diskaun untuk perkakas masakan premium.

TARIAN SINGA KEMBALI LAGI DI RESORTS WORLD GENTING UNTUK EKSTRAVAGANZA AKROBATIK KE-14!

Image
Bersedia untuk terpesona dengan malam-malam akrobatik yang memukau oleh penari-penari tarian singa yang tangkas melompat di udara secara serentak diiringi dengan gema irama gendang! Tarian singa adalah seni tarian Cina yang berusia berabad-abad dan sangat digemari sejak 2,000 tahun dahulu. Persembahan pantomim yang meniru sifat seekor singa yang suka bermain ini pastinya akan menghiburkan dan mencipta pengalaman budaya asli untuk penonton muda dan tua hari ini!

PIZZA HUT X MAMEE MOSNTER: PIZZA SPICY KRUNCH - ADA KRUNCH, LAGI MERIAH!

Image
Pizza Hut telah menawarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik di Malaysia, Mamee Monster. Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis untuk satu-satunya pengalaman buat para penggemar pizza.

BONIA RAYA 2023: KOLABORASI ‘B-RASA SAYANG’ BERSAMA AMELIA HENDERSON

Image
Musim Raya ini, BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dengan gaya nostalgia retro untuk kempen Raya istimewa yang menampilkan pelakon jelita, Amelia Henderson. Dengan sentuhan warna-warna meriah, biru diraja dan jingga, Koleksi BONIA x AMELIA membawakan beg, kasut dan busana sedia untuk dipakai yang boleh digayakan bukan sahaja ketika lawatan berhari raya malah untuk majlis-majlis kasual selepas musim Raya.

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH CEMERLANG THE KNIGHTS AWARD KINI DIBUKA

Image
Dr Zyro Wong, Pengasas TKA2023 The Knights Award 2023 (TKA2023), anugerah kecemerlangan anjuran Kelab Perniagaan UKnighted, telah dilancarkan dengan rasmi dan dibuka untuk pencalonan mulai sekarang. Pencalonan bagi 24 anugerah yang dipertandingkan ini dibuka untuk mengiktiraf individu atau syarikat korporat dalam sumbangan mereka dalam pelbagai bidang kepada masyarakat dan negara.

ROBOROCK LANCAR RANGKAIAN PEMBERSIH HAMPAGAS ROBOTIK S8 SERIES BAHARU

Image
Roborock , pencipta peralatan rumah robotik yang pintar telah melancarkan Roborock S8 Series di Malaysia. Roborock S8 series ini menampilkan ciri baharu iaitu peningkatan dalam kuasa sedutan dan dwi-berus penggelek (dual roller brush). Siri ini terdiri daripada tiga model Roborock S8 Pro Ultra , Roborock S8+ , dan Roborock S8 .

ZAWFAN TAMPILKAN LAGU SINGLE KEDUA BERTAJUK "BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM"

Image
Dalam perkembangan industri muzik di Malaysia, nasyid merupakan di antara genre muzik yang mekar dan berakar di dalam masyarakat. Kesan perkembangan pesat teknologi menjadikan batas dan sempadan dunia semakin pudar. Dunia tidak lagi terpisah malah digelar pula sebagai desa sejagat. Ini membuka ruang dakwah yang luas. Beraneka ragam dan ranggi mewarnai industri muzik.

'SEINDAH KASIH' - TEMA KEMPEN RAMADAN RAYA MEDIA PRIMA TAHUN INI

Image
Bulan Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini sungguh bermakna kerana memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim di kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda. Itulah yang ingin disampaikan menerusi kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima.

DAPUR TEMPUR RA-RA - API PERTEMPURAN KEMBALI MEMBARA DI TV9

Image
Api pertempuran kembali membara dalam edisi istimewa program realiti masakan Dapur Tempur! Istimewa menjelang bulan Ramadan dan Raya yang dinanti-nantikan, TV9 menyajikan medan pertempuran Dapur Tempur Ra-Ra yang lebih meriah dan lebih mencabar bersama 5 pasukan duo keluarga selebriti menentang 5 pasukan keluarga teratas daripada musim pertama. Pasukan jaguh memasak mingguan manakah yang akan mengambil alih takhta ‘juara’ Dapur Tempur kali ini?

FOODPANDA KINI BEROPERASI SEBAGAI PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN PERTAMA DI RESORTS WORLD GENTING

Image
foodpanda kini beroperasi di Resorts World Genting (RWG) sebagai perkhidmatan penghantaran makanan pertama di destinasi pelancongan popular itu. Kerjasama ini membolehkan para pengunjung meluangkan lebih banyak masa menikmati pemandangan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan di kawasan tanah tinggi itu selain daripada beratur membeli makanan.