Posts

DARI HERO KARTUN KE IKON FESYEN: FILA MEMPERKENALKAN KOLEKSI KASUT THE POWERPUFF GIRLS

Image
FILA, jenama sukan ikonik, mencetuskan gelombang nostalgia dan gaya dengan pelancaran koleksi FILA x The Powerpuff Girls di Oasis, Sunway Pyramid. Koleksi ini menyerlahkan gaya harian yang ekspresif dan praktikal, mendorong peminat untuk menonjolkan identiti diri melalui fesyen. Diolah semula untuk generasi pencipta trend masa kini, koleksi ini mengangkat hero kartun zaman kanak-kanak ke dalam rekaan moden yang penuh keunikan dan pesona muda.

AEON MALL BAWAKAN "MERRIER CHRISTMAS EVER" DENGAN CROSSOVER DC CHIBI HEROES YANG PERTAMA DI MALAYSIA!

Image
Raikan musim perayaan hujung tahun Krismas yang paling epik bersama AEON MALL. Bersedialah untuk mengalami ledakan warna, keceriaan dan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga serta rakan-rakan di AEON MALL, berlangsung kini sehingga 1 Januari 2026.

NESTLÉ MILO® ‘TENAGA UNTUK KEBAIKAN’ MENUTUP TIRAI PROGRAM TAHUN PERTAMA DENGAN KEJAYAAN MENGHASILKAN PERALATAN SUKAN DAN PERABOT SEKOLAH DARIPADA KOTAK MINUMAN KITAR SEMULA

Image
MILO® meraikan kejayaan tahun pertama program Tenaga Untuk Kebaikan (Energy For Good), satu initisiatif anjuran Nestlé Malaysia dan MILO® yang bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, aktif dan lestari dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Pencapaian program ini disempurnakan dengan upacara penghargaan bagi mengiktiraf sekolah-sekolah yang aktif menyertai program ini di samping meraikan komitmen cemerlang para pendidik, murid-murid dan komuniti di seluruh negara. (Dari kiri ke kanan) United Towards Sustainability – Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink, Nestlé Malaysia; Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia; Zainal Bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan; Ahmad Haridan Bin Haji Mohammed, Timbalan Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan; dan Michael Wu, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia, pada acara k...

KUMO KUMO LANCAR KEDAI PERTAMA DI MALAYSIA, BAWA SENSASI KEK KEJU ‘CLOUD-LIKE’ DARI JEPUN

Image
Jenama pencuci mulut antarabangsa, KUMO KUMO, yang terkenal dengan kek keju Jepun bertekstur lembut umpama awan (cloud-like), kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertama di Sunway Pyramid.

SPECIAL SHOW: PANGGUNG PUTING BELIUNG TENXI – DAY 2 11 JANUARI 2026 (AHAD)

Image
Selepas sambutan luar biasa dan tiket sold out dalam masa 30 minit untuk Hari Pertama, Tenxi kembali dengan kejutan yang lebih besar! Dengan penuh rasa syukur dan energi positif, Icon Entertainment secara rasmi mengumumkan HARI KEDUA. sebuah persembahan istimewa bertajuk Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi.

KEMERIAHAN KRISMAS DI ANDAMAN ISLAND: FALALA 2.0 EASTERN & ORIENTAL KEMBALI

Image
Eastern & Oriental (E&O) kembali membawakan acara tahunan yang dinanti-nantikan, FaLaLa 2.0 Christmas Market, menjadikan Andaman Island sebagai destinasi utama untuk menikmati kemeriahan musim perayaan Krismas. Pasar Krismas ini menjanjikan gabungan seni, muzik, makanan, dan suasana komuniti yang unik berlatarkan panorama laut Andaman yang indah.

PELANCARAN TAYANGAN PERDANA “UPANDA CINEMA” DI MALAYSIA DAN MUSIM TAYANGAN ISTIMEWA PROGRAM BERTEMAKAN CHINA DI KUALA LUMPUR

Image
Tayangan perdana “UPanda Cinema” di Malaysia bersama pelancaran Musim Tayangan Istimewa Program Bertemakan China telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur, hari ini. Inisiatif ini digerakkan secara bersama oleh Jabatan Penerangan Majlis Negara China, Pentadbiran Negara Radio dan Televisyen China, serta Kementerian Komunikasi Malaysia; dan dianjurkan bersama oleh Pusat Komunikasi Antara Benua China (CICC), Astro Malaysia dan Mango Media Sdn Bhd. (Dari kini ke kanan: Piston Yong, Naib Presiden Kewangan Astro; Shi Jie, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan, Pentadbiran Negara Radio dan Televisyen China; Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah Promosi II, Tourism Malaysia; Li Zhuang, Timbalan Ketua Pengarah Biro Promosi Luar Negara, Pejabat Penerangan Majlis Negara China; YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia; Zheng Xuefang, Menteri Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia; Roland Lee, Ketua Penciptaan dan Penerbitan Kandungan, Unit Cina Astro; APU) “Mus...

NIKMATI JUADAH MERRY MOMENTS DI MARRIOTT EXECUTIVE APARTMENTS KRISMAS INI

Image
Musim perayaan kembali lagi, bersinar penuh gemerlapan! Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur dengan sukacitanya menjemput anda untuk merasai kehangatan Krismas melalui Merry Moments, pengalaman kulinari eksklusif yang menampilkan Bufet Krismas yang mewah serta Set Makan Tengah Hari Perayaan (Festive Set Lunch) yang istimewa.

KEBENA-RUN 2025: FENOMENA ‘KEBENARAN’ MELANDA KUALA LUMPUR!

Image
Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan apabila ribuan peserta membanjiri pusat bandar untuk menyertai Kebena-RUN 2025, acara larian sejauh 5km yang dianjurkan bersempena tayangan filem Papa Zola The Movie di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 11 Disember ini.

"KISAH BAWAH TANAH" BAKAL “MENGHANTUI” PENGGEMAR ANIMASI DI MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI & THAILAND

Image
Siri animasi komedi baharu, Kisah Bawah Tanah, kini bersedia untuk menggegarkan persada animasi Asia Tenggara. Ia bakal ditayangkan secara rasmi di ASTRO bagi pasaran Malaysia, Singapura, dan Brunei, serta di saluran Boom di Thailand pada tahun 2026.

LUCKIN COFFEE X BUTTERBEAR PERKENAL MINUMAN & SNEK EKSKLUSIF SEMPENA PERCUTIAN HUJUNG TAHUN

Image
Sempena musim perayaan hujung tahun, Luckin Coffee meneruskan kolaborasi istimewanya bersama Butterbear dengan memperkenalkan rangkaian minuman dan pastri edisi terhad yang penuh kehangatan Krismas. Koleksi baharu ini bukan sahaja membangkitkan semangat perayaan, tetapi turut membawa sentuhan unik Butterbear yang menambah keceriaan hujung tahun anda.

HARI LEBIH BERTENAGA DENGAN BAR PROTEIN NATURE VALLEY BAHARU – SALTED CARAMEL NUT & PEANUT & CHOCOLATE

Image
Jenama bar granola nombor satu dunia, Nature Valley, memperkenalkan inovasi terbaharu dalam rangkaian snek berkhasiatnya – Nature Valley Protein Bars – kini hadir dengan dua perisa baharu yang pasti menjadi kegemaran: Salted Caramel Nut dan Peanut & Chocolate.

GETHA PERKENAL KOLEKSI TRANSFORME MIRACLE LATEX – INOVASI TERKINI KELENGKAPAN TIDUR

Image
Jenama kelengkapan tidur premium Malaysia, Getha, sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan rangkaian baharu Transforme berasaskan inovasi Miracle Latex . Produk ini dihasilkan daripada 100% susu getah asli yang digabungkan dengan Graphite+ , lalu dipadankan dengan fabrik sejuk semulajadi BioCoo l.

ARY HUSSIN LANCAR SINGLE PERDANA “LUKA TERPALING DALAM” – GUBAHAN PENCIPTA LAGU TERSOHOR, EDRIE HASHIM

Image
Selepas dua dekad berjuang tanpa mengenal putus asa untuk menembusi pasaran arus perdana, Muhammad Hadzri Hussin, 40, akhirnya melakar sejarah peribadi apabila tampil sebagai penyanyi profesional dengan nama pentas Ary Hussin.

BYD DAN DENZA MENYINARI DESA PARKCITY DENGAN FESTIVAL LIGHT THE CHANGE DAN PENGALAMAN KELESTARIAN SELAMA SEBULAN

Image
BYD dan DENZA, jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD, menjadi tumpuan utama Festival Lampu Akhir Tahun Desa ParkCity di The Waterfront @ Desa ParkCity melalui Festival Light The Change, sebuah pameran yang mengatasi ekspresi visual untuk mencetuskan kesedaran mengenai kelestarian, tindakan iklim, dan masa depan mobiliti.

KUROMI WONDERLAND CATAT SEJARAH DI MALAYSIA – SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 DI CENTRAL I-CITY

Image
Watak kesayangan Sanrio, Kuromi, kini bersedia menawan hati peminat Malaysia melalui penganjuran Kuromi Wonderland terbesar pernah diadakan di negara ini. Sempena ulang tahun ke-20 karakter popular itu, Central i-City bersama One Universal Production Sdn Bhd menganjurkan acara mercu tanda yang mencatat sejarah sebagai sambutan rasmi hari lahir Kuromi pertama berskala besar di Malaysia.

KLTRIC2025 MENGANGKAT MALAYSIA KE PERSADA TOWERRUNNING DUNIA

Image
Kuala Lumpur Tower sekali lagi menjadi pentas bersejarah apabila seramai 2,000 pelari dari 30 negara menamatkan cabaran mendaki 1,608 anak tangga dalam Turkish Airlines Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2025 (KLTRIC2025), yang diiktiraf sebagai Kejohanan Kebangsaan Malaysia oleh Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA).

SPORTS DIRECT BUKA CAWANGAN KETIGA KEDAI PERDANA DIPERTINGKATKAN DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Image
Sports Direct Malaysia dengan bangga meraikan pembukaan kedai baharunya di IOI City Mall, menandakan detik penting dalam evolusi peruncitan berterusan jenama tersebut. Merupakan cawangan kedai perdana Sports Direct ketiga yang dibuka di Malaysia, ia mencerminkan reka bentuk terkini kedai perdana dipertingkatkan Sports Direct UK, membawa pengalaman beli-belah sukan bertaraf dunia kepada pelanggan Malaysia sambil mengekalkan budaya dan identiti tempatan. (Dari kiri ke kanan) Encik Simon Soh, Pengurus Besar Sunlightsports; Puan Samantha Lim, Pengarah Komersial Under Armour Malaysia; Encik Steven Tan, Pengurus Negara Puma Malaysia; Encik Preston Page, Pengurus Negara adidas Malaysia; dan Encik Dave Forsey, Pengurus Besar APMEA Frasers Group.

PAMERAN YANG DISOKONG KERAJAAN KOREA SELATAN CETUS GELOMBANG BAHARU K-CULTURE DI KUALA LUMPUR

Image
Kementerian PKS dan Syarikat Permulaan (MSS) serta Perkhidmatan Pasaran dan Perusahaan Kecil Korea (SEMAS), dengan kerjasama Leap Innovation Co. Ltd., hari ini mengumumkan pembukaan Kedai Pop-Up "2025 Global Showroom" di The Exchange TRX di Kuala Lumpur. Berlangsung dari 1 Disember hingga 14 Disember, inisiatif disokong kerajaan ini, bertemakan “The Radiant Korea World Showcase,” direka untuk menyediakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Korea dengan platform penting untuk menguji pasaran Malaysia, mengumpul maklum balas pengguna dalam masa nyata, dan mendapatkan perkongsian eksport yang kritikal.

L’ORÉAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE MENYEMARAKKAN SEMANGAT BINTANG SAINS WANITA GENERASI BAHARU DI MALAYSIA

Image
Program L’Oréal-UNESCO For Women in Science (FWIS) terus memperkasakan saintis wanita tanah air cemerlang untuk menangani pelbagai cabaran kritikal negara. Penerima anugerah tahun ini merupakan barisan pemimpin saintifik generasi baharu, yang menerajui penyelesaian kritikal dalam bidang kesihatan, kelestarian dan kesihatan mental. Penyelidikan mereka bukan sahaja mengatasi isu-isu mendesak di peringkat nasional, malah menyumbang kepada penerajuan komuniti saintifik global. Setiap penerima dianugerahkan pembiayaan RM30,000, di samping peluang meningkatkan kemahiran serta menyertai rangkaian profesional global bagi mempercepatkan kemajuan penyelidikan inovatif mereka sambil memacu masa depan sains di Malaysia. (Dari kiri ke kanan) Dr Tan Lling Lling; Dr Noorfatimah Yahaya; Dr Nurnadiah Zamri; Tomas Hruska (Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia); Dr Liu Jinyue; dan Dr Beverly Mok. Setiap tahun, program ini menyokong pemimpin wanita dalam bidang STEM, memastikan suara mereka didengari dan sumba...