Posts

Showing posts from October, 2025

LEGOLAND® MALAYSIA RESORT BAWAKAN TARIKAN BAHARU - 'LEGO® FERRARI BUILD & RACE' NOVEMBER INI

Image
Hidupkan enjin anda! November ini, LEGOLAND® Malaysia Resort bakal mencipta sejarah dengan pelancaran rasmi tarikan LEGO® Ferrari Build & Race yang pertama di Asia — menggabungkan kelajuan dan prestij Ferrari dengan kreativiti tanpa batas permainan LEGO.

5 MITOS TENTANG MENOPAUS YANG WANITA MALAYSIA TAK PERLU PERCAYA!

Image
Anda sudah mula perasan pola tidur berubah, emosi cepat bertukar, malah tenaga semakin menurun– tetapi jarang sekali dibincangkan secara terbuka. Di Malaysia, topik menopaus masih diselubungi oleh stigma dan rasa malu, membuatkan ramai wanita tidak pasti apa yang bakal mereka alami.

HOMESOY PERKUKUH KOMITMEN KESIHATAN WANITA DENGAN KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’

Image
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini, HOMESOY melancarkan kempen ‘Stop That Dot Together’ sebagai kesinambungan kepada kejayaan tahun lalu yang telah menggerakkan lebih 11,000 wanita untuk menjalani saringan awal. Kempen ini memperkukuh misi HOMESOY dalam menyokong kesihatan wanita melalui pemakanan berasaskan soya dan galakan pengesanan awal. Dari kiri ke kanan: Dr Aiesha Asmadi, Mangsa Kanser Payudara Dua Kali; Mashita Binti Yunoos, Rakan Sheena; Noor Shareena Aleeya Binti Saiful Adli, Mangsa Kanser Payudara; Chang Wan Ping, Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation; Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan, Ace Canning Corporation Sdn Bhd

THE LAUGHING COW MELANCARKAN BISKUT JEJARI PERISA PIZA DENGAN KEJUTAN MENARIK

Image
The Laughing Cow memperkenalkan cara baharu untuk menikmati snek dengan pelancaran The Laughing Cow Cheez Dipper Pizza Breadsticks. Perisa baharu yang enak ini melengkapi pilihan produk Cheez Dippers yang digemari ramai, dengan harapan untuk menyebarkan keseronokan melalui gabungan ikonik celupan keju berkrim dan jejari roti rangup berperisa piza, sekali gus mengukuhkan jenama ini dalam segmen snek sihat.

GODZILLA BERTEMU EQ: KOLABORASI IKONIK SEMPENA ULANG TAHUN KE-70 SANG RAKSASA

Image
Kuala Lumpur baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan epik — bukan hanya Godzilla, tetapi juga hotel ikonik EQ yang kini bergandingan dengan TOHO Co., Ltd., studio legenda di sebalik francais Godzilla, untuk meraikan ulang tahun ke-70 raksasa paling terkenal dunia itu.

BMW MALAYSIA KEMBALI SEBAGAI RAKAN E-MOBILITI RASMI UNTUK KEJOHANAN MAYBANK 2025.

Image
BMW Malaysia hari ini mengumumkan penglibatannya sebagai Rakan E-Mobiliti Rasmi bagi Kejohanan Maybank 2025, sekali gus menandakan tahun ketiga berturut-turut jenama ini bekerjasama dengan kejohanan berprestij tersebut. Pembaharuan kerjasama ini menegaskan komitmen BMW Malaysia untuk menggabungkan kemewahan eksklusif dengan mobiliti mampan, sambil terus menyokong acara sukan bertaraf dunia yang meraikan nilai dedikasi dan prestij.

“RANGGA & CINTA” KINI DALAM VERSI MUZIKAL! SEDIA UNTUK SING ALONG DI PAWAGAM MULAI 6 NOVEMBER 2025 INI!

Image
Puisi, lagu dan cinta bersatu dalam satu pentas layar baharu menerusi Rangga & Cinta, filem muzikal arahan Riri Riza yang menjanjikan pengalaman penuh warna dan nostalgia; yang pasti membuat penonton ingin turut sama menyanyi.

TIADA WANITA DITINGGALKAN: NORA MEMBAWA HARAPAN DAN AKSES KEPADA PENJAGAAN PESAKIT KANSER

Image
Cancer Research Malaysia (CRMY) hari ini memperkenalkan NORA, singkatan bagi Navigation, Outreach & Resource Access (Panduan, Jangkauan & Akses Sumber), dalam satu sesi meja bulat media di Kuala Lumpur Golf & Country Club. Sesi ini, yang dikendalikan oleh Profesor Dr Cheong Sok Ching, Ketua Pegawai Saintifik CRMY, menghimpunkan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital rakan kongsi serta pihak media bagi membincangkan masa depan navigasi pesakit di Malaysia.

MALAYSIA DAN RT CHANNEL PERKUKUH KERJASAMA PENYIARAN MELALUI PEMETERAIAN MOU

Image
Kerajaan Malaysia dan organisasi bukan berasaskan keuntungan autonomi, TV-Novosti (saluran Russia Today TV – RTTV), hari ini mengukuhkan komitmen bersama dalam mempererat persefahaman dan kerjasama profesional dalam bidang maklumat dan penyiaran menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak. MoU tersebut ditandatangani oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan RT Channel.

A2O MAY GEGAR DUNIA MUZIK DENGAN ALBUM DEBUT “PAPARAZZI ARRIVE” — PERKENAL GENRE BAHARU ‘ZALPHA POP’

Image
A2O MAY gegar dunia muzik dengan album debut PAPARAZZI ARRIVE yang dilancarkan baru-baru ini di semua platform penstriman digital. Kumpulan gadis global generasi baharu ini memperkenalkan genre asli ciptaan A2O Entertainment iaitu Zalpha Pop, gabungan pengaruh Gen Z dan Gen Alpha. Album 14 trek ini menampilkan campuran lagu pra-debut, persembahan unit dan trek solo yang menyerlahkan kepelbagaian muzik mereka.

DIANA DANIELLE DAN JOE FLIZZOW DIHARGAI DI KARNIVAL USAHAWAN MUDA ASEAN KE-10 2025 ATAS SUMBANGAN MEREKA MELANGKAUI DUNIA HIBURAN

Image
Dua ikon paling berpengaruh di Malaysia — Diana Danielle dan Joe Flizzow — mencuri tumpuan pada 10th ASEAN Young Entrepreneurs Carnival 2025, apabila mereka menerima pengiktirafan atas sumbangan luar biasa dalam menggabungkan kreativiti, keusahawanan dan impak sosial.

NEW BALANCE PERKENAL RUN HUB PERTAMA DI ASIA TENGGARA — DESTINASI BAHARU BUAT PEMINAT LARIAN DI SURIA KLCC

Image
Jenama sukan global New Balance kini membuka lembaran baharu dalam dunia kecergasan dengan pelancaran Run Hub pertamanya di Asia Tenggara, bertempat di Suria KLCC. Terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, ruang ini bukan sekadar kedai — ia adalah pusat gaya hidup aktif yang direka khas untuk pelari moden.

SAMBUTAN 10 TAHUN AMAN CENTRAL DIMERIAHKAN LAGI DENGAN LARIAN CERIA 5KM

Image
Aman Central mencipta detik bersejarah apabila menganjurkan Larian Ceria 5KM pertamanya pada 25 Oktober 2025 — sebuah acara yang meraikan bukan sahaja kecergasan, tetapi juga semangat perpaduan dan kebanggaan tempatan.

RAKAN GRAB JELAJAH ASEAN MENEROKA INOVASI SERANTAU BAGI MEMBENTUK MASA DEPAN TEKNOLOGI ASEAN

Image
Setiap hari, berjuta-juta rakan pemandu dan penghantar Grab menelusuri jalan-jalan bandar di seluruh ASEAN, bukan sekadar membawa penumpang atau menghantar makanan, tetapi juga melakar cerita, cita-cita dan idea yang memberi inspirasi kepada teknologi di sebalik superapp Grab. Setiap perjalanan mencerminkan semangat ketabahan dan inovasi bersama yang menggerakkan ASEAN ke hadapan, dan melalui wira-wira harian ini, Grab terus membangunkan teknologi yang direka khas untuk rantau ini, oleh rantau ini. (Dari kiri ke kanan) Rashid Shukor, Pengarah, Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia; Rakan Pemandu Grab: Muhamad Aiman Bin Muhamad Shamsudin, Christine Wee Seow Ling, Muhamad Syukri Bin Ghazali; Shahril Hamdan, Hos KS Lagi semasa tayangan Rakan Grab Jelajah ASEAN. "Rakan pemandu dan penghantar kami adalah nadi ekosistem Grab. Mereka memahami selok-belok bandar serta pelanggan mereka lebih berbanding orang lain, dan pengalaman mereka secara langsung memberi inspirasi kepada teknolog...

HEALING NIGHT 2026: MUZIK SEBAGAI TERAPI JIWA DI STADIUM MERDEKA

Image
Tahun 2026 bakal dibuka dengan sebuah konsert berskala besar yang menjanjikan pengalaman muzik beremosi dan penuh makna. Dinamakan Healing Night 2026, acara ini akan berlangsung pada 24 Januari di lokasi ikonik Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam.

STARLIGHT INSTITUTE DILANCAR, FILEM “BOLA DAN IMPIAN” JADI TARUHAN PERTAMA

Image
Dunia perfileman tempatan terus dirancakkan dengan pelancaran rasmi Starlight Institute of Screen and Stage Media di Starlight Arena @ Plaza 51, disusuli pengumuman filem baharu yang cukup dinanti — Bola dan Impian.

VASELINE PERKENAL PRO DERMA ULTRA MOISTURIZING BODY CREAM: 150 TAHUN SAINS PEMULIHAN KULIT KINI DIPERHEBAT DENGAN INOVASI DERMATOLOGI

Image
Berbekalkan 150 tahun kepakaran dalam penyembuhan kulit, dengan Jeli Petroleum ikoniknya, Vaseline kini memperkenalkan Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream, satu penyelesaian yang terbukti secara klinikal untuk kulit kering dan sensitif yang mengukuhkan pendekatan berasaskan sains Vaseline terhadap kesihatan kulit. Dari Kini ke Kanan: Kai Ni Chong (Senior Brand Manager Skincare Malaysia & Singapore, Unilever), Ee Wei Chai (Assistant Key Account Manager,Unilever), May Kei Eng (Senior Key Account Manager, Unilever), Chloe Tang (Category Manager, Watsons Malaysia), Sherlyn Heng (Head of Marketing Skincare and Deodorants Malaysia & Singapore, Unilever), Carrol Tan (Head of Trading, Watsons Malaysia), Dr. Anuchai Sinsawat (Dr. Aum) (Vaseline Global R&D Expert and South East Asia Lead), Jasmin Lee (Head of Health & Beauty, Unilever), Jasmine Ho (Trading Controller, Watsons Malaysia) Dicipta bersama lebih 300 pakar penjagaan kulit dan disyorkan oleh 89% pakar dermatologis...

KAFE BERTEMA BEYBLADE PERTAMA MALAYSIA BAKAL DIBUKA DI INCUBASE ARENA, FAHRENHEIT88

Image
Dunia Beyblade bakal ‘berputar’ secara langsung di Kuala Lumpur apabila kafe bertema Beyblade pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dilancarkan pada 13 November hingga 14 Disember 2025 di INCUBASE Arena Malaysia, aras 2 Fahrenheit88.

PARAMOUNT PROPERTY LANCAR PARAMOUNT CUP 2025 DENGAN TABUNG HADIAH PICKLEBALL ANTARA TERBESAR DI MALAYSIA

Image
Paramount Property bakal menempa nama dalam kalendar sukan negara menerusi penganjuran Paramount Cup 2025, sebuah kejohanan pickleball dengan tabung hadiah berjumlah RM112,500 – antara yang terbesar di Malaysia. Dari kiri: Brian Choo, Benjamin Teo, Alex Tran Kejohanan ini akan berlangsung dari 23 hingga 26 Oktober 2025 di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang yang baru dibuka, menampilkan 18 kategori merangkumi perseorangan, beregu dan beregu campuran mengikut tahap kemahiran serta kumpulan umur. Dengan jangkaan penyertaan melebihi 820 pemain dari seluruh pelusuk tanah air, Paramount Cup 2025 bakal menyatukan pemain remaja, dewasa dan warga emas dalam memeriahkan sebuah acara sukan yang menjadi sebuah gaya hidup dalam kalangan komuniti pada masa kini. Kejohanan sulung Paramount Cup turut menampilkan barisan pemain pickleball bertaraf antarabangsa, termasuk Vanshik Kapadia dari India serta Kyle Stoker, Nancy Riley dan Josh Chia dari Australia. Hsieh Yu-Chieh (pemain pickleball wanita No.6 di...

HOYA MALAYSIA PERKENAL ‘SENSITY COLOURS’ UNTUK CUACA TROPIKA

Image
HOYA Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran koleksi terbaharu dalam rangkaian Sensity yang terkenal, iaitu Sensity Colours, sebuah koleksi kanta cermin mata yang pintar dan bergaya dengan penyesuaian diri terhadap cahaya. Kanta berwarna ini sesuai dengan iklim Malaysia yang sering berubah, dan merupakan pilihan ideal bagi peminat cermin mata yang mencari kanta fotokromik yang berfungsi dan dan mampu mencerminkan gaya peribadi mereka.

PAMERAN IMERSIF TOSHIBA TAMPILKAN LEGASI 95 TAHUN DALAM SENTUHAN KREATIF

Image
Toshiba dengan bangganya meraikan detik bersejarah ulang tahun ke-95 jenama itu dengan penganjuran pameran imersif selama tiga hari di Pavilion Bukit Jalil, bermula dari 10 hingga 12 Oktober. Acara ini membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri seni ketukangan jepun dan kecanggihan teknologi jepun yang mampu mencipta gaya hidup moden penuh dengan inspirasi. (Dari kiri ke kanan) Ian Bushy Martin, Pengurus Besar (Bahagian Elektrikal) dan Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi dari Harvey Norman; diikuti Steven Yang, Pengarah Urusan dan Vanice Foo, Ketua Pengurusan Jenama dari Toshiba Sales & Services Sdn Bhd.

YTL CEMENT DAN YTL HOTELS LANCAR PROJEK PENYU SHELL-TER SEMPENA ULANG TAHUN KE-70 KUMPULAN YTL

Image
Sempena ulang tahun ke-70 Kumpulan YTL, YTL Cement dan YTL Hotels bergabung tenaga dalam menjayakan sebuah inisiatif seni dan pemuliharaan alam sekitar yang diberi nama Projek Penyu Shell-Ter. Projek ini menyatukan 51 artis dan tokoh berpengaruh Malaysia dalam menghasilkan 70 arca penyu sebagai simbol harapan untuk kelestarian alam sekitar.

MUTIARA DALAM DEBUAN KABUS: BILA PERKAHWINAN JADI PERANG DENDAM

Image
Slot MegaDRAMA di Astro RIA kembali hangat dengan naskhah penuh emosi dan konflik — Mutiara Dalam Debuan Kabus, adaptasi daripada novel popular karya Siti Rosmizah yang kini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

TSUBAKI LANCAR FORMULASI YANG DINAIK TARAF DENGAN CAMELLIA OIL FORCE UNTUK RAMBUT LEBIH SIHAT, TERURUS DAN KUAT

Image
Tsubaki, jenama penjagaan rambut terkemuka Jepun yang terkenal dengan inovasi kecantikannya, kini memperkenalkan formulasi yang dinaik taraf, dikuasakan oleh Camellia Oil Force di Malaysia melalui jerayawara istimewa, The City of Tsubaki, yang menampilkan pengalaman interaktif, aktiviti menarik serta ekspresi seni yang menggabungkan keindahan penjagaan rambut dengan seni pastri halus. Inovasi ini memberikan rambut yang licin, berkilau dan lebih tahan lasak yang kekal menawan selama beberapa hari, membawa pengalaman penjagaan rambut setara salon di Jepun ke rumah pengguna.

RIUH X ASEAN 2025 BAKAL WARNAI KUALA LUMPUR SEBAGAI HAB SENI DAN KREATIVITI SERANTAU

Image
Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan utama seni dan kreativiti serantau apabila RIUH x ASEAN 2025 berlangsung dari 15 Oktober hingga 3 November ini. Dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Kumpulan MyCreative Ventures, acara ini dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Sebagai platform utama yang meraikan kepelbagaian budaya dan ekspresi kreatif di rantau ASEAN, RIUH x ASEAN 2025 menampilkan pelbagai program menarik yang merangkumi muzik, seni visual, komedi, puisi, pendidikan komuniti dan pasaran kreatif. Antara acara utama yang bakal mencuri perhatian ialah frequenSEA: ASEAN Music Conference dan RIUH x ASEAN Marketplace yang dianjurkan bersama QSR Brands. Marketplace ini akan berlangsung di Stadium Merdeka dengan sokongan lokasi daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai siri program sisipan seperti persembahan muzik pop-up, komedi, puisi dan spoken word, bengkel kreatif, pameran seni serta program pem...

IZIPIZI RAIKAN 15 TAHUN GAYA CERMIN MATA PENUH CERIA DENGAN PELANCARAN KOLEKSI ECHO

Image
Jenama cermin mata dari Paris, IZIPIZI, meraikan ulang tahun ke-15 dengan pelancaran koleksi istimewa yang menandakan perjalanan evolusinya daripada pembuat aksesori bergaya kepada peneraju rekaan yang berjiwa inovatif: Koleksi ECHO. Pelancaran ini membuka lembaran baharu buat jenama tersebut, memperlihatkan gaya tanpa usaha yang menjadi identitinya, kini diperkaya dengan sentuhan lestari dan ciri yang berteraskan prestasi.

SIME MOTORS RAIKAN KEPIMPINAN AUTOMOTIF 45 TAHUN DENGAN PERSEMBAHAN ORKESTRA FILHARMONIK MALAYSIA YANG HEBAT

Image
Sime Motors telah meraikan mercu jaya penting baru-baru ini dengan majlis gilang-gemilang sambutan ulang tahun ke-45 bertema “Orchestrating Excellence: Celebrating 45 Years of Sime Motors in Malaysia” (Meraikan Kecemerlangan 45 Tahun Sime Motors di Malaysia). Majlis ini diraikan bersama pihak-pihak berkepentingan paling dihargai Sime Motors untuk menghayati dan menyaksikan persembahan Orkestra Filharmonik Malaysia yang memukau.

MAIWP & TV ALHIJRAH METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN, LAHIRKAN PROJEK BANGKIT SEBAGAI PLATFORM TRANSFORMASI USAHAWAN

Image
TV AlHijrah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama media, dakwah dan pembangunan insaniah.

TUR SAMA SAMA BAKAL GEGARKAN KL: 5 PEMUZIK HEBAT BERKONGSI PENTAS DI IDEA LIVE ARENA 5 DISEMBER INI

Image
Selepas mencipta momen luar biasa di empat kota Indonesia, Tur SAMA SAMA kini bersedia menunaikan janji yang dinanti-nantikan: Kuala Lumpur menjadi destinasi seterusnya. Lima pemuzik berpengaruh — Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf — bakal bersatu di pentas Idea Live Arena pada 5 Disember 2025, membawa kolaborasi muzik yang ‘langka’ dan penuh jiwa.

MEMPERKASA WANITA MALAYSIA: KERJASAMA RENTAS INDUSTRI TINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI RISIKO BERULANG KANSER PAYUDARA PERINGKAT AWAL

Image
Walaupun kesedaran mengenai kanser payudara semakin meningkat di Malaysia, masih terdapat jurang ketara dalam memberi perhatian kepada perjalanan hidup pesakit kanser payudara peringkat awal yang telah sembuh, khususnya berkaitan pemahaman dan perbincangan tentang risiko berulangnya penyakit ini.

VOLVO PERKENAL BARISAN MODEL 2026: REKAAN SEGAR, VARIAN BAHARU & GAYA PREMIUM

Image
Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru-baru ini, Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026. Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkongsi: “Dengan pengenalan refreshed XC60 dan tambahan varian single motor untuk EC40, kami memperkukuh barisan produk kami bagi memberi lebih banyak pilihan sesuai dengan gaya hidup pelanggan di Malaysia. Menjelang tahun 2026, fokus kami kekal pada penyampaian terbaik daripada Volvo – kereta yang menggabungkan keselamatan, prestasi, dan kelestarian. Lebih menarik, kami juga sedang bersedia untuk satu pencapaian besar dengan ketibaan sedan elektrik penuh pertama kami di Malaysia.” XC60 Refreshed XC60 refreshed yang diperkenalkan bulan lalu kini tampil dengan beberapa pembaharuan – termasuk rekaan gril depan baharu yang lebih sporty dan elegan, sistem suspensi udara serta teknologi terkini yang lebih intuitif. Harga rasmi XC60 refreshed adalah seperti berikut: · X...

SELINGKUH: JIMI TAMPIL BERANI DENGAN GABUNGAN GENRE ROCK DAN ELEKTRONIK

Image
Penyanyi berbakat, Jimi, kembali dengan single terbaharunya berjudul Selingkuh, sebuah karya penuh emosi yang mengangkat kisah kekecewaan dan keberanian melepaskan cinta yang penuh kepalsuan. Lagu ini menandakan single kedua Jimi bersama Alternate Records, sekali lagi memperlihatkan kematangan dan evolusi muziknya.

THE DENIM EDIT: GAYA MUSIM LURUH-DINGIN YANG BEBAS, BERANI DAN FEMININ

Image
Daripada gaya klasik dan sofistikated Paris, siluet Maje kini berevolusi dengan menyerap aura kota New York yang dinamik melalui padanan berlapis yang berani dan eklektik. Untuk Musim Luruh-Dingin ini, denim diangkat sebagai medium ekspresi diri yang paling jujur dan bergaya. Denim bukan lagi sekadar fabrik; ia adalah kenyataan fesyen yang selesa, yakin, dan penuh attitude.

KERADANGAN TANPA DISEDARI: MUSUH DALAM TUBUH YANG SERING KITA ABAIKAN

Image
Keradangan ialah tindak balas semula jadi tubuh apabila berlaku kecederaan atau jangkitan. Tetapi apabila ia berlaku secara berterusan tanpa sebab yang jelas, ia menjadi keradangan tanpa disedari — satu proses senyap yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.

MAXIM E-HAILING PERKENALKAN “KADAR WANITA” UNTUK PERJALANAN LEBIH SELAMAT DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Image
Maxim E-hailing Malaysia melancarkan inisiatif khas yang dinamakan “Kadar Wanita” bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penumpang dengan kadar tambang ekonomi yang berpatutan di tiga bandar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia Kuala Terengganu, Kota Bharu, dan Kuantan.

LEDAKAN EMOSI DAN KEUNGGULAN VOKAL DI KONSERT EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025

Image
Pada 18 Oktober 2025, Mega Star Arena diselubungi magis apabila empat figura ikonik— Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri , dan Syamel —bersatu dalam Empat Live In Kuala Lumpur 2025, sebuah konsert keluarga pertama Malaysia. Konsert yang sold out ini bukan sekadar persembahan vokal, tetapi manifestasi cinta dan warisan seni yang merentasi dua generasi. Kehadiran 4,500 penonton, termasuk barisan artis ternama, membuktikan betapa dinantikannya konsert ini.

SHIHLIN TAIWAN STREET SNACKS LANCAR MENU BARU DAN KOLEKSI BLINDBOX EKSKLUSIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22

Image
Shihlin Taiwan Street Snacks memperkenalkan era baharu jenama dengan pelancaran Shihlin 2.0, bersempena ulang tahun ke-22. Selepas menjual lebih 100 juta keping XXL Crispy Chicken sejak 2003, jenama ini kini tampil dengan identiti segar, tawaran hidangan lengkap, dan koleksi barangan eksklusif.

FERNLEAF CATAT REKOD MALAYSIA SEMPENA DEEPAVALI DENGAN HIDANGAN 10,101 CAWAN MOORU

Image
Dalam semangat Deepavali yang meraikan cahaya, kasih sayang dan perpaduan, Fernleaf, jenama Susu Tepung Keluarga No.1 di Malaysia*, telah mencipta sejarah apabila dianugerahkan gelaran “Pemberian Mooru Terbanyak Dalam Sehari” oleh Malaysia Book of Records. Pencapaian ini direalisasikan menerusi pengagihan sebanyak 10,101 cawan minuman tradisional Mooru yang disediakan menggunakan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf.

JEJAK RASA SEPANJANG LALUAN PERDAGANGAN LEGENDA – FESTIVAL MAKANAN GRAND TRUNK ROAD KEMBALI KE PAVILION KL

Image
Barbeque Nation sekali lagi menghidupkan semangat laluan legenda yang menghubungkan empayar dan pedagang selama lebih 2,500 tahun. Festival Makanan Grand Trunk Road kini kembali ke Pavilion Kuala Lumpur dari 6 hingga 26 Oktober 2025 , membawa bersama warisan rasa, budaya dan cerita dari Kabul hingga Chittagong, terus ke pinggan anda. Dari Kabul ke KL: Sebuah Perjalanan Kulinari Bersejarah Grand Trunk Road bukan sekadar laluan perdagangan—ia adalah jalan kehidupan yang menyatukan budaya dan masakan dari pelbagai wilayah. Di sepanjang jalan ini, lahirlah pelbagai hidangan ikonik yang kini menjadi inspirasi dapur moden. Bayangkan aroma kebab Kabuli yang berasap, rempah ratus Punjabi yang membangkitkan selera, kemewahan sajian Mughlai, keharuman biryani Awadhi, keaslian masakan Magadhi, dan kemanisan pencuci mulut Bengali. Setiap hidangan adalah lembaran dari kisah jalan perdagangan yang agung ini. Warisan Kulinari Pelbagai Wilayah Nikmati resipi autentik dari kota-kota persinggahan Grand...