Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) dan Warner Music menjemput semua belia Malaysia untuk menyertai acara Jimba Fest Tour, dipenuhi dengan keseronokan dan muzik, yang akan diadakan di lima lagi lokasi dari 21 Oktober sehingga 26 November di seluruh negara. Pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka seperti Maya Karin, Aizat Amdan, Awi Rafael, Kaka Azraff, Datin Alyah, Nora, Yasin, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hasan dan banyak lagi . Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang hari tersebut dan memenangi hadiah premium yang menarik daripada Digi dan Warner Music Malaysia. Pelanggan Digi yang baharu dan yang sedia ada juga berpeluang untuk mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu artis serta mencuba nasib mereka dalam acara cabutan bertuah untuk memenangi lebih banyak hadiah. Sebuah Pertandingan Nyanyian Lain dari yang Lain Bagi para penggemar muzik, Digi juga telah berkolaborasi dengan Warner...