Posts

CITARASA HEBAT DI MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC

Image
  Bunyi perut berkumandang tatkala anda sibuk membeli-belah di Suria KLCC? Jom kita singgah sebentar di Medan Selera Signatures, di Aras 2 yang serba-baru ini. Tepuk dada, tanyalah selera. Nak makan apa? Pilihlah hidangan-hidangan enak yang ditawarkan oleh 23 buah kedai, 6 buah kiosk serta 7 buah restoran yang sedia memenuhi citarasa anda.

PROMOSI SAJIAN RAMADAN BERTARAF LIMA BINTANG DI DESARU COAST

Image
Berlatar belakangkan hotel-hotel, resort dan tarikan yang terkenal di seluruh dunia, termasuk Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, dan The Els Club Desaru Coast, Desaru Coast telah merancang pelbagai sajian makanan pada bulan Ramadan yang bertaraf lima bintang. Tawaran hebat ini bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021 di seluruh destinasi.

SONNO LANCAR CADAR EUCALYPTUS UNTUK TIDUR LEBIH NYAMAN

Image
“Sleep well, live better” sentiasa menjadi misi untuk Sonno. Raya kali ini, Sonno telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Sonno bed sheets (Cadar). Sonno bed sheets direka untuk memberikan tidur yang nyaman dan dingin. Sudah tentu ini adalah sempurna untuk mana-mana bilik tidur lebih lagi dengan cuaca yang panas di Malaysia, tidak kira siang atau malam. 

BOOST LANCAR KEMPEN RAMADAN "BERSAMA BERKONGSI BERKAT"

Image
E-dompet tempatan Boost sekali lagi membuka bayaran tanpa kontak untuk Zakat Fitrah di enam negeri pada Ramadan kedua sempena pandemik ini. Dengan ciri ini, lebih ramai umat Islam boleh membayar Zakat pada bulan mulia dengan selamat dan mudah. Ini bersempena kempen Ramadan Boost, ‘Bersama Berkongsi Berkat’, di mana Boost menawarkan semula ciri aplikasi yang diperlukan untuk umat Islam apabila memenuhi tuntutan di bulan puasa, seperti tile ‘Waktu Solat.’ Sehingga 12 Mei, pengguna Boost boleh membayar Zakat Fitrah di negeri-negeri berikut, tanpa perlu berkunjung ke pusat pungutan Zakat: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS) Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohd Khairil Abdullah, CEO Boost berkata, “Di ‘Norma Sekarang’, semakin ramai orang terbuka kepada pengalaman serta gaya hidup tanpa...

YHB SLEEPSALOT MUNCUL DENGAN SINGLE SULUNG "DON’T MISS DEMO"

Image
Def Jam Singapura telah menemui permata baru dari ekosistem hip-hop tempatan yang bernama YHB Sleepsalot. Rapper berusia 19 tahun itu adalah artis termuda dari daftar semasa Def Jam Singapura setelah mendapat perhatian bintang hip-hop veteran seperti SonaOne dan ALYPH. Rapper serta penulis lagu ini dikenali dengan kemampuannya melahirkan muzik memukau dengan bunyi yang luar biasa, semuanya dizahirkan dalam single debut dengan Universal Music Singapore, "Don't Miss Demo".

'FRESH LOOK EVERYDAY' BERSAMA BEN AMIR & PUMA DI AL-IKHSAN SPORTS

Image
PUMA Malaysia telah memperkenalkan pelakon sensasi Ben Amir sebagai wajah kepada kolaborasi jenama yang terkini dengan Al-Ikhsan Sports. PUMA Malaysia, AL-Ikhsan Sports dan Ben Amir telah mengumumkan kerjasama tersebut di sebuah majlis menandatangani MOU di Al-Ikhsan, The Curve baru-baru ini.

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH 1442H MENGGUNAKAN APLIKASI TULUS

Image
Pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah kini mampu disempurnakan pembayarannya melalui kaedah secara digital dengan begitu mudah, hanya di hujung jari.

7-ELEVEN MALAYSIA LANCAR PROGRAM SEMURNI KASIH 2021

Image
(Dari Kiri): Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, Pengurus Besar Operasi, Christopher Anthony, dan Pengurus Kanan Operasi, Azrulnizam Azhar semasa pelancaran program Semurni Kasih 2021. 7-Eleven Malaysia, rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia yang melebihi 2,400 kedai di seluruh negara, meneruskan usaha untuk membantu golongan yang memerlukan melalui Semurni Kasih, kempen kutipan derma tahunan di bawah program Community Care.

“RASA SAYANG, RASA KUAT” DENGAN QUAKER OATS DI RAMADAN INI

Image
  Sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, Jenama Oat No.1 di Dunia* Quaker Oats – telah memulakan sebuah kempen yang mengujakan bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan khasiat Oat; sejenis bijirin versatil yang digelar “super grain”, terutamanya semasa bulan puasa.

DRAMA BERSIRI ‘NUR’ BERSIARAN DI INDONESIA MENERUSI MNCTV

Image
‘Nur’, drama yang pernah mencetus fenomena dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi di TV3 dan digital, melebarkan tayangannya ke Indonesia melalui kolaborasi Sistem Televisyen Malaysia Berhad dengan MNCTV. Melalui perjanjian tersebut, ‘Nur’ musim 1 dan 2 akan ditayangkan secara serentak di dalam semua rangkaian platform MNC Media bermula pada hari pertama bulan Ramadan.

INTEAM & SAM BUNKFACE “MENCARI SINAR” DI BULAN RAMADAN

Image
Selepas projek kolaborasi lagu “Jangan Menghina” yang menggabungkan Inteam, Alif Satar dan Nocturnal Voice pada tahun 2016, Smileyriver Online (Smileyriver) sekali lagi menggabungkan dua nama besar dari dua genre berbeza - Inteam (pop nasyid) dan Sam Bunkface (punk rock).

NETIZEN BAKAL TENTUKAN PLOT TWIST 'HATI YANG DIKHIANATI'

Image
Drama bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi melayu daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asal dalam Bahasa Sepanyol iaitu ‘Mis Tres Hermanas’. Kisah melodrama yang diterajui oleh Ricardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Moll pada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasa ketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.

AVON LANCAR GALERI DIGITAL KISAH WANITA: MY STORY MATTERS

Image
  Kebimbangan terhadap wabak koronavirus telah memundurkan perjuangan terhadap kesetaraan jantina dalam beberapa dekad*. Ini mendorong syarikat kecantikan Avon melancarkan gerakan untuk meraikan pencapaian dan kisah wanita di seluruh dunia. Gerakan ini dikenali sebagai My Story Matters, yang menghubungkan kisah dan keperibadian wanita di seluruh dunia dengan meraikan pencapaian serta memberi inspirasi kepada insan lain untuk memenuhi keinginan mereka.

ALIFF IDHAM BAWAKAN KARYA YANG MATANG DENGAN 'PETANDA'

Image
  Baru tiga tahun menceburkan diri dalam bidang nyanyian, aura si cilik yang berumur 15 tahun ini, cukup mempesonakan. Nama sebenar Muhammad Aliff Idham bin Rusli, atau lebih mesra disapa dengan nama pentasnya Aliff Idham, pernah memenangi tempat ketiga Ceria Megastar Ministar pada tahun 2019. 

MILO LANCAR USAHA KELESTARIAN ALAM MILO SAYANG BUMI

Image
MILO® mengorak langkah pertama ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen untuk menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi. Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

MONKI LANCAR KOLEKSI PERTAMA DAN EKSKLUSIF UNTUK RAMADAN

Image
  Khas sempena bulan Ramadan, jenama fesyen dari the Sweden telah melancarkan satu himpunan kapsul eksklusif yang menampilkan rona-rona terang dan cetakan abstrak menggunakan fabrik yang flowy.  Penampilan warna hijau dan ungu yang ceria serta cetakan emas dan lilac yang lembut menjadikan koleksi ini sentiasa segar dipandang mata. Setiap helai direka cipta untuk digayakan secara “mix & match”.   Koleksi terhad ini boleh didapati di gedung-gedung Monki mulai awal bulan Mac di negara Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Kuwait dan Malaysia sahaja!

PILIHAN SEGAR DAN UNIK DI HAB BUAH-BUAHAN MBG SELAYANG

Image
Tanpa mengira anda seorang pengguna atau penjual buah-buahan sceara kecil-kecilan, Hab Buah-buahan MBG Selayang menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan unik tempatan dan import dengan harga diskaun yang menarik untuk pembelian kuantiti yang kecil mahupun secara borong. Inilah destinasi yang hebat untuk membeli bekalan buah-buahan untuk Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang! Hab Buah-buahan MBG Selayang terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian Runcit, Bahagian Dingin Buah-buahan, Gudang dan Bahagian Borong.  Buah-buahan yang telah dibungkus untuk sedia dimakan.  Pilihan aneka buah-buahan tempatan dan import di Bagian Jualan Runcit Hab MBG Kesegaran buah-buahan adalah terjamin Bukan sahaja buah-buahan, Hab MBG Selayang juga menawarkan beraneka sayur-sayuran segar. Ruang gudang yang berhawa dingin memastikan kesegaran buah-buahan kekal dengan lebih lama.  Buah tembikai untuk jualan borong. Sempena bulan Ramadan, pelbagai jenis kurma juga boleh didapati di MBG....

PEMENANG MISS MR MRS HIT PAGEANT 2020 SELAMAT DINOBATKAN

Image
Selepas tertunda lebih setahun yang disebabkan oleh pelbagai kawalan pergerakan untuk membendung pandemik Covid-19 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, akhirnya pemenang-pemenang Miss Mr Mrs HIT Pageant 2020 telah selamat dinobatkan di sebuah majlis gala serba serdehana tetapi meriah di Grand Centro Ballroom, Klang, Sabtu lalu.

FESTIRA KEMBALI DENGAN PERBELANJAAN TANPA TUNAI

Image
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Shari, Y.A.B. Dato' Seri Menteri Besar Selangor, memberi ucapan di Majlis Pelancaran Festira'21 Setelah berehat selama setahun, FESTIRA kini kembali dengan perbelanjaan tanpa tunai bagi menjamin keselamatan para peniaga dan pengunjung yang datang membeli-belah di bangunan milik PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) iaitu di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi. 

FV BAZAR ANJURAN FASHIONVALET KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT

Image
  Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam di Malaysia akan membuat persiapan untuk menunaikan ibadat puasa. Pada bulan yang istimewa ini, mereka juga akan mengamalkan kegiatan yang mulia dan berkongsi berkat bersama. Sempena bulan Ramadan, FashionValet teruja untuk mengumumkan bahawa FV Bazar telah kembali untuk tahun kedua!