Bintang global yang pernah meraih anugerah GRAMMY®, Justin Bieber, kembali menggegarkan dunia muzik dengan album studio ketujuhnya yang dinanti-nantikan, berjudul SWAG. Dilancarkan secara rasmi melalui Def Jam Recordings, album ini menandakan permulaan era baharu dalam perjalanan muzik Bieber — lebih matang, lebih mendalam, dan paling peribadi setakat ini. 21 Lagu, 1 Visi: SWAG Sebagai Cerminan Jiwa Album SWAG memuatkan 21 buah lagu yang dihasilkan bersama barisan kolaborator hebat seperti Carter Lang, Dylan Wiggins, Daniel Caesar, Dijon, mk.gee, Daniel Chetrit, Eddie Benjamin, dan Knox Fortune. Dengan Bieber sendiri terlibat secara langsung dalam produksi, album ini lahir daripada inspirasi kehidupannya sebagai seorang suami dan bapa. Hasilnya? Sebuah karya yang penuh emosi, reflektif dan sarat dengan kejujuran — menjadikan SWAG sebagai antara album paling intim dalam katalog muziknya. Senarai Lagu Album SWAG: ALL I CAN TAKE DAISIES YUKON GO BABY THINGS YOU DO BUTTERFLIES WAY IT IS FI...