Posts

Showing posts from September, 2025

LOGITECH G MEMPERKENALKAN SIRI PRODUK DAN INOVASI TERKINI YANG MENGUJAKAN DI LOGITECH G PLAY MALAYSIA 2025

Image
Logitech G baru-baru ini memperkenalkan salah satu peningkatan paling signifikan dalam portfolio produknya di Malaysia, dengan rangkaian produk dan pengalaman yang luas — termasuk inovasi utama dalam permainan PC dan konsol, e-sukan, perlumbaan simulasi, dan alat penstriman, serta kerjasama dengan NVIDIA dan banyak lagi.

#AYAMBERSAMAMU: AYAM BRAND™ DAN SUNWAY XFARMS BERGANDING BAHU MEMPERKASA KANAK-KANAK MELALUI PEMAKANAN SIHAT DAN PEMBELAJARAN PRAKTIKAL

Image
Ayam Brand™, jenama isi rumah dengan warisan lebih 130 tahun, terus menunjukkan komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti melalui inisiatif CSR bersama Sunway XFarms. Tahun ini, program #AyamBersamaMu membawa seramai 60 kanak-kanak kurang bernasib baik menyertai sehari penuh aktiviti pembelajaran interaktif yang merangkumi pemakanan sihat, pertanian lestari dan aktiviti menyeronokkan. Inisiatif ini turut diperluas melalui pengagihan bantuan makanan berkhasiat kepada lebih 1,000 individu yang memerlukan di seluruh negeri.

EKSPO PERDAGANGAN PERTANIAN “REMARKABLE SHANDONG” (MALAYSIA) 2025 DILANCARKAN DI KUALA LUMPUR: KERJASAMA CHINA-MALAYSIA MEMBUKA LALUAN BAHARU UNTUK PERDAGANGAN PERTANIAN ASEAN

Image
Shandong, wilayah pertanian terkemuka China, hari ini memulakan penampilan sulungnya di Malaysia melalui jenama “Remarkable Shandong”, menghimpunkan syarikat terkemuka dan produk premium dari 16 bandar di wilayah tersebut di Ekspo Perdagangan Pertanian “Remarkable Shandong” (Malaysia) 2025 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

F&NHB LANCAR NUTRIWELL DI MALAYSIA, PUPUK KESEJAHTERAAN SECARA SEMULA JADI

Image
NutriWell , jenama kesihatan dan kesejahteraan di bawah Fraser & Neave Holdings Bhd (“F&NHB”) kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Dengan kehadiran kukuh di Singapura dan penembusan ke pasaran Thailand baru-baru ini, NutriWell terus melebarkan sayap di rantau ini dengan satu misi jelas: menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses melalui minuman berasaskan tumbuhan yang lazat dan berkhasiat.

TIKTOK PERKUKUH USAHA PENCEGAHAN PENIPUAN DALAM TALIAN DI MALAYSIA DENGAN HAB MAKLUAMAT PELBAGAI BAHASA #THINKTWICE

Image
TikTok Malaysia telah meluaskan inisiatif literasi digitalnya #ThinkTwice pada tahun ini dengan akses mudah ke atas sumber-sumber tambahan mengenai pencegahan penipuan (scam) melalui hab maklumat pelbagai bahasa dalam aplikasi, iklan carian, video pendek, kandungan pencipta, dan beberapa dialog industri yang telah dijadualkan.

WATSONS CLUB RAIKAN ULANG TAHUN KE-15 DENGAN EXPO GANJARAN EKSKLUSIF

Image
Watsons Malaysia secara rasmi melancarkan Watsons Biggest Rewards Expo 2025 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Acara selama empat hari ini berlangsung sehingga Ahad, 28 September 2025, bersempena ulang tahun ke-15 kelab keahlian Watsons Club.

MELAKA CIPTA SEJARAH: TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DILANCAR PENUH GEMILANG OLEH PERDANA MENTERI

Image
Sejarah baharu tercipta di bumi bersejarah Melaka pada 27 September 2025 sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang telah disempurnakan penuh gemilang oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, di perkarangan Encore Melaka.

VISIT MALAYSIA TRAVEL MEET 2025: PLATFORM GERGASI PROMOSI PELANCONGAN DOMESTIK MENJELANG VM2026

Image
Sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia dan Persidangan Pelancongan Dunia 2025, Tourism Malaysia melakar sejarah baharu dengan penganjuran sulung program Visit Malaysia Travel Meet 2025 (VMTM 2025). Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) dari 26 hingga 28 September, acara ini menjadi medan utama memacu pelancongan domestik secara besar-besaran menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

IKEA MALAYSIA RAIH PENSIJILAN HALAL JAKIM BAGI SEMUA RESTORAN, KAFE DAN BISTRO — MEMPERKUKUH AMALAN HALAL YANG TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN

Image
  IKEA Malaysia hari ini mengumumkan bahawa semua Restoran, Kafe dan Bistro IKEA di seluruh negara kini disahkan halal secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini secara rasmi mengiktiraf amalan halal yang telah lama diangkat di IKEA Malaysia, serta mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap setiap hidangan yang disajikan.

VIU MALAYSIA UMUM TAYANGAN PERDANA DRAMA REMAJA BAHARU “PUTERI KELAS ATAS” BERMULA 23 SEPTEMBER 2025

Image
Viu Malaysia bakal melancarkan siri drama remaja terbaharu berjudul Puteri Kelas Atas, yang akan mula ditayangkan pada 23 September 2025. Episod baharu akan disiarkan setiap hari Selasa dan Rabu secara eksklusif di platform penstriman Viu.

DRAMA BAHARU VIU MALAYSIA: PUTRI & PHRINCE BAKAL DEDAH RAHSIA SEKOLAH ELIT & POPULARITI MAYA!

Image
Viu Malaysia dengan bangganya mengumumkan tayangan perdana siri drama remaja terbaharu mereka, Putri & Phrince (Secrets at 17), bermula 21 Ogos 2025. Diarahkan oleh pelakon terkenal yang kini bergelar pengarah, Liyana Jasmay, siri 12 episod ini menyelami tekanan dunia media sosial, identiti berganda, tarikan dan bahaya populariti dalam talian serta dinamika sosial yang kompleks di alam persekolahan.

METALVERSE BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR – DEBUT ANTARABANGSA PERTAMA MEREKA BERSAMA BABYMETAL

Image
Berita gempak buat peminat BABYMETAL – bersedia untuk malam yang lebih luar biasa. METALVERSE, kumpulan idol-metal dari Jepun yang sedang meningkat naik, secara rasmi diumumkan sebagai pembuka tirai khas untuk konsert “BABYMETAL WORLD TOUR 2025-2026 IN ASIA – LIVE IN KUALA LUMPUR”. Ini bukan sekadar persembahan – ia adalah detik bersejarah kerana METALVERSE akan membuat penampilan sulung mereka di luar Jepun, dan Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama.

QIFARAH: FILEM THRILLER SERAM TERBAHARU SIAP MENGGEGARKAN PAWAGAM MULAI 9 OKTOBER!

Image
Seperti kata pepatah, ‘malang tidak berbau’, begitulah getirnya rasa yang cuba dibawa menerusi filem seram terbaharu Qifarah. Arahan pengarah prolifik Ghaz Abu Bakar, naskhah ini bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Oktober 2025, meninggalkan penonton dengan debaran yang sukar dijangka. Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan ketakutan yang mungkin menghantui anda?

CABARAN MUKTAMAD PENYEMBELIH 2025: PLATFORM SERANTAU UNTUK KEPAKARAN DAN KREATIVITI

Image
Dalam usaha memperkasa profesion penyembelihan dan meningkatkan tahap kemahiran tukang daging di rantau ini, Akademi Daging Aussie telah menganjurkan Cabaran Muktamad Penyembelih 2025 bertempat di UCSI University, Kuala Lumpur. Acara ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu platform latihan dan inovasi yang menyatukan penyembelih muda dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Indonesia. Pemenang utama Ultimate Butchers Challenge 2025—Naib Johan Pertama Central Food Wholesale Ltd (Thailand), Juara Keseluruhan EZ Meat (Taiwan), dan Naib Johan Kedua Butcher Box Pte Ltd (Singapura)—bergambar bersama Valeska, Pengurus Wilayah Asia Tenggara Meat & Livestock Australia (MLA), Ketua Juri Khairul Anuar Muhamad, Wakil Negara MLA Malaysia merangkap Pengurus Pembangunan Perdagangan Singapura Rose Yong, Pakar Teknikal Kanan MLA Calvin Gung, serta Pengarah Perdagangan dan Pelaburan (Malaysia) untuk Investment NSW, Alia Jaafar. Cabaran ini dianjurkan dengan sokongan daripada Meat & Liv...

FILEM JENAYAH PERANG YANG DINANTI-NANTIKAN – 731 – BAKAL TEMUI PENONTON MALAYSIA PADA 25 SEPTEMBER 2025

Image
Bersiaplah untuk menyaksikan sebuah karya sinematik yang bukan sekadar hiburan tetapi satu peringatan sejarah yang menyentuh jiwa. Filem bertaraf antarabangsa berjudul 731, arahan pengarah tersohor Zhao Linshan, bakal menemui penonton Malaysia bermula 25 September ini. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Jiang Wu, Wang Zhiwen, Li Naiwen, Sun Qian, Feng Wenjuan, Lin Ziye dan Irene Wan, filem ini menjanjikan pengalaman menonton yang mendalam dan penuh emosi.

POLIS EVO KEKAL KUKUH 10 TAHUN, PENCETUS REVOLUSI INDUSTRI FILEM TEMPATAN

Image
Polis Evo meraikan ulang tahun ke-10, menandakan satu dekad francais aksi kepolisan terbitan Astro Shaw. Mencipta legasi kukuh dalam industri filem Malaysia, kejayaan tiga filem di bawah francais ini membuktikan Polis Evo telah mengangkat ‘standard’ filem tempatan melalui kekuatan penceritaan, kualiti visual, strategi pemasaran yang kreatif serta kutipan box-office yang memberangsangkan.

DESTINASI SEKUNDER DI MALAYSIA JADI TUMPUAN AGODA SEMPENA HARI PELANCONGAN SEDUNIA

Image
Menjelang sambutan Hari Pelancongan Sedunia, platform pelancongan digital Agoda mengetengahkan destinasi sekunder di Malaysia yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong. Sebagai tuan rumah rasmi Hari Pelancongan Sedunia 2025, Malaysia menyaksikan lonjakan yang ketara dalam jumlah carian bagi destinasi yang kurang dikenali tetapi kaya dengan tarikan tersendiri. Berdasarkan data Agoda, carian untuk lokasi-lokasi ini meningkat sebanyak 22% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.

PROFESOR LIN XIANG XIONG ANJUR PAMERAN SENI PERDANA DAN MAJLIS HADIAH KEAMANAN DI PARIS

Image
Seniman kemanusiaan terkenal Profesor Lin Xiang Xiong (“Profesor Lin”) dan pengasas Galeri Seni Lin Xiang Xiong di Pulau Pinang, mempersembahkan pameran terbarunya, “The Vicissitudes of Life”, di Hôtel de l’Industrie yang bersejarah di Paris dari 10 hingga 13 September. (Dari Kiri) Jean-Pierre Raffarin, bekas Perdana Menteri Perancis dan pengasas Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Profesor Lin Xiang Xiong Pameran itu mendapat sokongan padu daripada institusi utama Perancis, dengan bekas Presiden Perancis François Hollande menjadi Penaung Kehormat, dan bekas Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin secara peribadi menghadiri perasmian itu. Menampilkan 25 karya asli oleh Profesor Lin, pameran itu meneroka tiga tema - anti-perang, anti-kemiskinan dan anti-pencemaran - dan dengan jelas menjelmakan visi Profesor Lin tentang "Seni untuk Keamanan", sebuah konsep yang melampaui estetika dan berusaha untuk memberi inspirasi kepada refleksi moral dan pemahaman antara budaya. Penceramah...

WEDDINGS AT RENAISSANCE SHOWCASE 2025 MEMPERSEMBAHKAN PERKAHWINAN IDAMAN PENUH GAYA DAN KEANGGUNAN

Image
Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre bakal melancarkan Weddings at Renaissance Showcase yang pertama pada 20 September 2025. Acara ini merupakan pengalaman imersif yang direka khas untuk membawa pasangan pengantin menyelami pelbagai idea baharu dalam merancang hari bahagia mereka—daripada lokasi eksklusif dan sajian katering yang dikurasi, sehinggalah kepada pengalaman luar biasa dan sorotan program yang mencetuskan ilham.

FESTIVAL FILEM JEPUN 2025 KEMBALI! EDISI KE-21 RAIKAN SINEMA, BUDAYA & KREATIVITI JEPUN

Image
Majlis pelancaran Festival Filem Jepun (JFF) 2025 yang berlangsung di GSC Mid Valley baru-baru ini dimulakan dengan penuh magis. Sebaik sahaja lampu pawagam dipadamkan, layar mula menyala, menandakan bermulanya sebuah cerita yang menarik.

MSMR 2025 KEMBALI! LARIAN, MUZIK & SARONG BAKAL WARNAI SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Image
Kuala Lumpur bakal dimeriahkan dengan warna-warni budaya dan semangat komuniti apabila Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 kembali pada 20 September ini, tepat di hadapan Menara Berkembar Petronas. Lebih 30,000 pengunjung dijangka membanjiri lokasi, termasuk peserta larian, pelancong antarabangsa, peminat muzik dan pencinta budaya tempatan.

10 TAHUN NANOVERIFY: SEDEKAD MEMBINA KEPERCAYAAN

Image
NanoVerify Sdn Bhd (NVSB) meraikan ulang tahun ke-10 dengan mesej yang jelas kepada industri: verifikasi yang ketat memacu kepercayaan dan pertumbuhan pasaran. Acara penting ini turut mengukuhkan hubungan serantau syarikat, menunjukkan komitmen berterusan untuk memajukan nanoteknologi di Asia Tenggara. Sambutan ulang tahun ke-10 NanoVerify telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pada majlis makan tengah hari ulang tahun yang diadakan di ibu kota, NVSB telah menganugerahkan sijil penghargaan kepada rakan kongsi yang telah lama bekerjasama, sebagai pengiktirafan atas sokongan berterusan mereka. Acara ini dihadiri oleh rakan kongsi dari rantau ASEAN, termasuk Business Association Of Overseas Vietnamese (BAOOV) dan Nanotech Indonesia Global (NIG), yang menunjukkan kerjasama berterusan dalam rantau ini. Rakan kongsi utama yang lain, NANOT...

FWD SERTAI POS MALAYSIA RUN 2025 SEBAGAI RAKAN UTAMA

Image
FWD, penyedia takaful dan insurans yang progresif, secara rasmi diumumkan sebagai Rakan Utama bagi acara Pos Malaysia Run 2025, larian komuniti tahunan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Kerjasama strategik ini menandakan komitmen bersama antara FWD dan Pos Malaysia dalam memperkukuh kesedaran kesihatan, memupuk semangat keseronokan, dan menyokong kelestarian gaya hidup rakyat Malaysia.

ZIPLINE HYFLY MELUNCUR TINGGI DI SKYLINE LUGE KUALA LUMPUR, PENGEMBARAAN UDARA PERTAMA SEUMPAMANYA DI ASIA

Image
Skyline Luge Kuala Lumpur melonjak ke mercu baharu dengan pelancaran Zipline HyFly (HyFly), pengembaraan udara pertama seumpamanya di Asia yang mengajak pengunjung merasai sensai meluncur di udara dengan cara yang tiada tandingan. Bersempena sambutan bulan patriotik Malaysia dan musim cuti sekolah, HyFly menawarkan peluang istimewa untuk merasai kebebasan sebenar di langit sambil meraikan keterujaan kemerdekaan.

RIZKY FEBIAN, FABIO ASHER & ANGGI MARITO BERKONGSI PENTAS DI KUALA LUMPUR UNTUK ‘MALAM 3 SUARA’

Image
Tiga nama besar dari Indonesia bakal bersatu di satu pentas eksklusif yang dijangka menjadi antara konsert paling dinanti hujung tahun ini. Malam 3 Suara, konsert yang menyatukan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito, akan berlangsung pada 14 Disember 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

JBL SENSE LITE BAHARU - ALAMI KEASYIKAN TEKNOLOGI TELINGA TERBUKA

Image
JBL , peneraju terkenal dalam audio generasi seterusnya, dengan bangganya memperkenalkan JBL Sense Lite, fon kepala Telinga Terbuka terbaharunya yang direka bentuk dengan Teknologi OpenSound JBL, untuk menyampaikan bunyi kaya bass sambil memastikan telinga terbuka kepada dunia, menggabungkan audio mendalam dengan mengutamakan keselesaan pemakaian lama dan kemudahan tanpa menjejaskan prestasi.

ZFIX SASAR CIPTA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK PENUKARAN BATERI iPHONE TERBANYAK DALAM 12 JAM

Image
Zfix, jenama tempatan yang semakin dikenali dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintar, bakal melakar sejarah menerusi cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam. Acara ini dijadualkan berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di cawangan baharu Zfix, Bangunan PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 2022, Zfix telah berkembang pesat sebagai penyedia servis yang dipercayai, khususnya untuk peranti Apple. Dikenali dengan pendekatan profesional, telus dan beretika, Zfix kini bersedia untuk membuktikan keupayaan teknikal dan operasinya di peringkat nasional. Cubaan rekod ini akan melibatkan 30 juruteknik bertauliah, 10 petugas audit dan sokongan operasi serta 5 kaunter verifikasi sah. Sasaran lebih 1,000 unit bateri ditukar dalam tempoh 12 jam bukan sahaja menonjolkan kecekapan Zfix, malah menekankan kepentingan penjagaan peranti pintar secara...

DARIPADA PENGELAKAN KE TINDAKAN: MEMAHAMI REALITI KONSULTASI BERSAMA PAKAR UROLOGI

Image
Perbincangan mengenai kesihatan prostat masih sering diselubungi oleh kesunyian, keraguan dan rasa kurang selesa dalam kalangan lelaki di Malaysia. Walaupun akses kepada maklumat kesihatan semakin meluas, sebahagian besar lelaki masih cenderung menangguhkan lawatan ke pakar urologi, khususnya berhubung isu prostat. Antara faktor yang menyumbang termasuklah stigma, ketidakpastian, kebimbangan terhadap prosedur invasif, serta tanggapan bahawa “ia mungkin tidak begitu berat.” Namun, data menunjukkan sebaliknya.

FILA ECHAPPE LX TAMPIL BERANI DENGAN WARNA BAHARU UNTUK GENERASI URBAN EXPLORER

Image
Jenama gaya hidup ikonik FILA sekali lagi mencuri perhatian dunia fesyen dengan pelancaran koleksi terbaru Echappe LX, kini hadir dalam dua rona berani: Mocha dan Olive. Menyambung kejayaan koleksi Echappe terdahulu, versi LX ini memperkukuh identiti fesyen generasi muda dengan sentuhan futuristik dan semangat eksplorasi yang tiada batas.

DUA LEGENDA, SATU PENTAS BERSEJARAH: SEARCH & XPDC DISATUKAN DALAM KONSERT FENOMENA SAMURAI

Image
  Dua nama besar dalam sejarah muzik rock Malaysia, Search dan XPDC, bakal mencipta sejarah baharu apabila bergabung dalam sebuah konsert epik yang diberi nama Konsert Fenomena Samurai. Tanpa perlu menyebut nama kugiran, hanya dengan kata “Fenomena” dan “Samurai”, peminat muzik tempatan sudah tahu siapa yang bakal menggegarkan pentas — Search dengan lagu-lagu ikonik dan XPDC dengan semangat rock yang tidak pernah padam.

ASTRO ORIGINALS TAMPIL BERANI DENGAN SIRI ‘GENERASI: PERFECT 10’ – KISAH GADIS MENGEJAR IMPIAN GIMNASTIK

Image
Astro Originals kembali dengan naskhah baharu yang menyentuh jiwa dan melangkaui genre, Generasi: Perfect 10, sebuah drama berintensiti tinggi yang mengangkat kisah inspirasi seorang gadis remaja dalam dunia gimnastik profesional. Siri ini bakal menemui penonton bermula 19 September 2025, setiap hari Jumaat jam 12.00 tengah malam di On Demand dan jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) serta Astro Citra (Saluran 108).

SATU BOTOL, SATU HARAPAN: FATTAH AMIN & NEX LANCAR KEMPEN SOLIDARITI “BERSAMA PALESTIN”

Image
Pelakon dan ikon gaya hidup Fattah Amin berganding bahu bersama jenama minuman tempatan NEX dalam satu kempen solidariti khas bertajuk “NEX & Fattah Amin Bersama Palestin”, yang dilancarkan secara rasmi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Lebih daripada sekadar kutipan dana, inisiatif ini menyeru rakyat Malaysia untuk bersatu melalui tindakan harian yang kecil tetapi bermakna — seperti membeli sebotol air.

SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI, KUALA LUMPUR DINOBATKAN SEBAGAI JUARA DIY MADE SIMPLE 2025

Image
Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara pertandingan DIY Made Simple 2025, sebuah program tahunan peringkat kebangsaan yang bertujuan memupuk inovasi dan kelestarian dalam kalangan pelajar Malaysia. Pasukan sekolah yang terdiri daripada empat orang pelajar itu berjaya memenangi hati para juri dengan projek sisa-kepada-tenaga, jubin eko (ekojubin) yang menangkap tenaga kinetik daripada jejak untuk menjana dan menyimpan tenaga elektrik, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menggerakkan peranti kecil, menambah baik kemudahan sekolah dan menggalakkan amalan yang lebih hijau. Juara DIY Made Simple 2025, Sekolah Menengah Setiabudi, Kuala Lumpur, bersama Profesor Madya ChM Dr. Noraini Ahmad, Pengarah Pusat Libatsama Komuniti Universiti Malaya [ketiga dari kiri]; Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y. [keempat dari kiri]; Prof. Dr. Yvonne Lim Ai Lian, Timbalan Naib Canselor Bersekutu (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya [tengah]; Dato...

"ATONEMENT" - TRANSFORMASI BERANI RONALD CHENG DALAM FILEM AKSI-DRAMA PENUH EMOSI

Image
Kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, ATONEMENT (阿龍) memperlihatkan sisi baharu Ronald Cheng yang belum pernah disaksikan penonton sebelum ini. Dikenali dengan pesona komedinya, Cheng tampil berani dalam transformasi fizikal dan emosi — membina tubuh, mencukur kepala, dan menghidupkan watak Lung, seorang bapa tunggal yang hidupnya musnah apabila anak perempuannya diculik semasa percutian keluarga di Thailand.

'THE REMNANT', FILEM LAKONAN PHILIP KEUNG DAN CECILIA YIP MASUK PAWAGAM MALAYSIA 11 SEPTEMBER 2025

Image
Filem drama Hong Kong yang sarat dengan emosi dan realiti kehidupan, The Remnant 《惡人當道》, bakal menemui penonton Malaysia bermula 11 September 2025. Diarahkan dan ditulis oleh pengarah muda berbakat, Kwan Man-hin, filem ini menampilkan barisan pelakon ternama termasuk Philip Keung, Fish Liew, Cecilia Yip dan Ling Man-lung. Ia akan ditayangkan di seluruh negara melalui edaran Lotus Five Star dan Five Star AV.

J&T EXPRESS MALAYSIA TINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN DENGAN PELANCARAN SOKONGAN WHATSAPP 24/7

Image
J&T Express Malaysia, salah satu penyedia perkhidmatan penghantaran ekspres terkemuka di negara ini, kini memperkukuh lagi komitmennya terhadap kepuasan pelanggan dengan memperkenalkan perkhidmatan Sokongan Chat WhatsApp 24/7. Inisiatif ini membolehkan pelanggan mendapatkan bantuan segera dan masa nyata secara langsung melalui aplikasi WhatsApp, menjadikan pengalaman penghantaran lebih lancar, pantas dan mudah diakses.

J&T EXPRESS DAN KECHARA BERGANDING BAHU DALAM MISI BANTUAN MAKANAN

Image
J&T Express Malaysia, salah satu penyedia perkhidmatan penghantaran ekspres terkemuka di negara ini, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Kechara Soup Kitchen Society (KSK Society) dalam satu inisiatif bermakna untuk menyumbang kembali kepada masyarakat pada bulan Ogos lalu.

TEROKA TRADISI, KEMESRAAN RUMAH IBADAH DI MALAYSIA: HARI TERBUKA MASJID KEMBALI SEMPENA ITM 2025

Image
Sempena sambutan Islamic Tourism Month (ITM) 2025, Islamic Tourism Centre (ITC) sekali lagi mengangkat program ikonik Hari Terbuka Masjid (Mosque Open Day - MOD) sebagai wadah memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap warisan Islam Malaysia dan mempromosikan pelancongan mesra Muslim yang inklusif dan berteraskan komuniti.

IZIPIZI MEMULAKAN BAB BAHARU DI MALAYSIA DENGAN KOLEKSI CHAPTERS MUSIM LURUH/SEJUK 2025

Image
Selepas kejayaan pelancaran jenama di Malaysia awal tahun ini, jenama cermin mata ikonik dari Paris, IZIPIZI, kini memperkenalkan Koleksi Chapters Musim Luruh/Sejuk 2025 secara eksklusif di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur. Koleksi bermusim yang dikurasi dengan teliti ini meneruskan misi IZIPIZI untuk menghasilkan cermin mata yang menggabungkan fesyen dan fungsi, sambil mengajak pemakai menikmati detik-detik berharga dengan penuh gaya.

KERETAPI SARONG 2025: MERAIKAN PERPADUAN “SERUMPUN” SELURUH MALAYSIA

Image
Keretapi Sarong 2025 (KS25) bakal kembali pada 13 September dengan tema “Serumpun”, meraikan Hari Malaysia dengan cara yang unik dan penuh warna. Tahun ini, acara ‘flash mob’ budaya yang ikonik ini memperluas jangkauannya, menghimpunkan rakyat Malaysia dan peserta antarabangsa untuk menghargai warisan bersama dan semangat solidariti.

ASTRO TAWAR HIBURAN BERGANDA: DISNEY+ HOTSTAR & HBO MAX KINI DALAM SATU LANGGANAN BERMULA RM69.99 SEBULAN

Image
Astro memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan rumah dengan pelancaran pakej terbaru yang menggabungkan Pek Entertainment Astro One bersama akses eksklusif ke Disney+ Hotstar dan HBO Max. Bermula dari RM69.99 sebulan untuk tempoh terhad, pelanggan kini boleh menikmati dua platform penstriman global dalam satu langganan mudah.

JAYA GROCER PERKUKUH KEHADIRAN DI JOHOR DENGAN CAWANGAN BAHARU DI TOPPEN SHOPPING CENTRE

Image
Jaya Grocer, rangkaian pasar raya tempatan Malaysia, hari ini secara rasmi telah membuka cawangan terbaharunya di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru. Cawangan baharu ini merupakan cawangan kelima Jaya Grocer di Johor, sekali gus mengukuhkan kehadiran jenama tersebut di negeri ini serta komitmennya untuk membawakan barangan runcit segar dan berkualiti tinggi lebih dekat kepada komuniti tempatan - kini merangkumi rangkaian 54 cawangan di seluruh negara.

MONTIGO MENYEMAI KASIH: 100 KELUARGA TERIMA BANTUAN SEMPENA MERDEKA

Image
RPG Commerce, syarikat induk kepada jenama kelengkapan minuman gaya hidup Montigo, memperkukuh komitmennya dalam membina jenama yang bermakna dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).

SUSHI PLUS X DATO' FAZLEY YAACOB: BILA SUSHI BERJIWA MALAYSIA

Image
Dalam semangat Merdeka ke-68, Sushi Plus tampil berani dengan satu kolaborasi yang cukup luar biasa. Jenama sushi tempatan ini berganding bahu dengan cef selebriti dan juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob , untuk memperkenalkan menu edisi khas yang dinamakan Flavour Kahwin . Ia bukan sekadar gabungan dua budaya, tetapi satu perayaan rasa yang menyatukan keaslian masakan Malaysia dengan ketelitian seni sushi Jepun.