Posts

TONY ROMA'S PERKENAL "FORTUNE FEAST" UNTUK TAHUN BARU CINA

Image
Berkongsi makanan adalah salah satu cara rakyat Malaysia meraikan sesuatu perayaan. Sempena Tahun Baru Cina, Tony Roma’s memperkenalkan FORTUNE FEAST yang menampilkan beberapa hidangan yang lazat dan sesuai untuk dikongsi bersama ahli keluarga atau kenalan anda. Menu ini boleh didapati sekarang sehingga 28 Februari 2019.

KEENAKAN KULINARI TAHUN BARU CINA DI HOTEL IMPIANA KLCC

Image
Sempena Tahun Baru Cina ini, Hotel Impiana KLCC bakal membawakan pelbagai hidangan kulinari yang lazat untuk para tetamunya. Dapatkan sajian Cina yang menjadi kegemaran ramai seperti Roasted Beijing Duck, Fried Butter Crabs with Chili and Curry Leaves, Stir Fried Soy-marinated Lamb Shoulder with Ginger, Fried Red Snapper with Sweet and Sour Pineapple Sauce, Chinese-style Prawn Salad with Orange Mayonnaise, Jelly Fish with Szechuan Paste and Sesame Seeds dan banyak lagi! Selain daripada masakan Cina, jamulah selera anda dengan pelbagai sajian tempatan dan antarabangsa, juga menampilkan stesen BBQ dengan hidangan Cajun Chicken Legs, Minute Steak, Blue Sea Crab, Mackerel dan Baby Sting Ray . Jangan lupa untuk mulakan santapan anda dengan lambungan 'Yee Sang' yang dikatakan membawa tuah menurut tradisi kaum Cina untuk meraikan kehadiran Tahun Baru Cina.

FOOK - RESTORAN ASIA KONTEMPORARI BERKONSEP BARU

Image
Rangkaian Tamarind Restaurants mengumumkan konsep baru gastronomi di restoran FOOK, yang menawarkan hidangan Asia kontemporari - tapas ala-Asia. Namanya diambil daripada perkataan Kantonis '福', FOOK yang bermaksud berkat (blessing). Melangkah masuk ke dalam FOOK, para tetamu akan disambut oleh lukisan mural yang menggambarkan seorang gadis Asia yang cantik. Ruang konsep santapan baru ini dihiasi dengan décor budaya Cina yang menarik dan juga lampu-lampu yang tergantung dari siling. From the finger-licking good classics such as Smoked Beef Brisket in Charcoal Buns (RM50) to The Itik Kut Teh (RM33), customers have got a million and one things, thought up by Chef Sombat Kokasemkul to share among themselves at Fook. Antara hidangan baru yang harus dicuba di Fook adalah  Fake Unagi F.U. (RM22), Black Mussel Pancake (RM36), Roasted Hoisin-Marinated Lamb Loin (RM99) dan Sautéed Grouper with Chili & Garlic (RM5...

AGODA UMUM DESTINASI POPULAR UNTUK CUTI TAHUN BARU CINA

Image
Berdasarkan data daripada Agoda , salah satu platform perjalanan digital yang paling pesat berkembang, Bangkok, Tokyo dan Taipei adalah tiga destinasi paling popular bagi pelancong Asia Pasifik untuk tempoh Tahun Baru Cina 2019. Tahun ini, Osaka tergelincir dari tempat ketiga pada tahun 2018 ke tempat keenam, manakala Taiwan telah menyusul tiga daripada senarai sepuluh destinasi utama dengan Taipei di tempat ketiga, dan Kaohsiung dan Taichung masing-masing di tempat kelima dan ketujuh. Secara keseluruhannya, negara Jepun, Taiwan dan Thailand akan mendapat manfaat dengan kehadiran pelancong pada Tahun Baru Cina.

OLABOLA THE MUSICAL KEMBALI MENEMUI PEMINAT

Image
Enfiniti Productions dan Istana Budaya mengumumkan kembalinya OlaBola The Musical, pertunjukan terlaris 2018 dan muzik terbesar yang pernah dipentaskan di Malaysia. Musim 2019 dijangka lebih "Tighter, Stronger, More Luar Biasa" akan bermula pada malam pembukaan pada 18 Februari 2019! 

GIANT KINI BERWAJAH BARU DI PLAZA SUNGEI WANG

Image
Pasaraya Giant Sungei Wang kini dibuka semula selepas proses pengubahsuaian yang menyeluruh, menampilkan pengalaman dan konsep baru membeli-belah kepada para pembeli. Terletak di pusat kormesil dan hiburan, Bukit Bintang, Pasaraya Giant Sungei Wang adalah antara pasaraya Giant yang tertua di Malaysia. Ia membekalkan produk kegemaran keluaran Malaysia kepada pelancong dalam masa yang sama, menawarkan pelbagai produk segar kepada para pembeli tempatan.

AISYAH AZIZ KETENGAHKAN IRAMA UNIK DALAM ‘BILA ENTAH’

Image
Selepas menjadi salah seorang peserta akhir Akademi Fantasia sekitar 6 tahun yang lalu, penyanyi jelita kelahiran Singapura Aisyah Aziz, terus mengorak langkah dalam arena seni suara serantau. Selain mengukuhkan nama di negaranya sendiri di seberang tambak, dia juga berjaya mencipta nama di Malaysia. Berkat suaranya yang unik dan wajah yang cantik, Aisyah bukan sahaja sudah menjadi salah seorang penyanyi yang disegani tetapi juga telah meraih banyak anugerah sepanjang kerjayanya yang baru sekitar lima tahun. Kini dia kembali dengan buah tangan terbarunya yang berjudul ‘Bila Entah’. Lagu hasil ciptaan pasangan pemuzik tersohor, Ezra Kong dan Hael Husaini ini mengisahkan seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun wanita itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Walau bagaimanapun, wanita tersebut mempunyai sedikit gangguan mental dan sanggup lakukan apa sahaja demi mendapat kebahagian daripada lelaki itu. Tapi sayang lelaki itu pergi...

SINOPSIS "MISI PENCULIKAN CINTA" DI CEREKARAMA TV3

Image
Drama terakhir istimewa AJL 33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini, mengisahkan mengenai Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya. Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. 

SINOPSIS “TITI KAYU” - ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI TV3

Image
Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan. 

"PUJAAN HATI KANDA" PIKAT HATI 12 JUTA PENONTON

Image
12 juta penonton terpaku dipikat kanda Danny! Drama Pujaan Hati Kanda yang menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah meraih rating terkumpul sebanyak 12 Juta dengan episod akhirnya ditonton 5 Juta penonton pada 28 Januari lalu.

SISSY IMANN MAHU ANDA DENGARI "PESANAN AYAHANDA"

Image
Setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, 2018 merupakan tahun yang istimewa dan telah melonjak profil penyanyi dan penulis lagu muda, Sissy lmann.  Bagi membuka lembaran seni dan membina momentum kerjaya seninya untuk tahun 2019, hari ini Sissy lmann melancarkan video muzik rasmi dan single terbaharunya yang berjudul ”PESANAN AYAHANDA”.

BIKERS KENTAL 2 MEMECUT DI PAWAGAM 14 MAC

Image
Sambungan dari kisah anak muda bernama Bidin Al-Zaifa dari ‘Bikers Kental’, beliau kini sudah mempunyai sebuah perniagaan sendiri dalam bidang permotoran, Bidin memulakan perniagaan dalam air brush dan sticker motor secara kecil – kecilan secara sendiri. 

PENCARIAN BINTANG E-SUKAN TERHEBAT MALAYSIA BERMULA

Image
Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, kejohanan e-sukan Malaysia yang pertama menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara, bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000.

AIA ELITE ACADEMY TINGKATKAN PROFESIONALISME AGENSI

Image
(Dari kiri ke kanan) Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful Bhd.; Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.; Ng Keng Hooi, Ketua Eksekutif Kumpulan dan Presiden AIA Group; John Cai, Ketua Eksekutif Serantau AIA Group dan Leong Chee Soong, Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Bhd. pada majlis pelancaran AIA Elite Academy. Syarikat insurans terkemuka, AIA Bhd., berhasrat mengubah landskap perekrutan dan pengambilan tenaga agensi insurans menerusi pelancaran AIA Elite Academy, sebuah program yang pertama seumpamanya dalam industri yang membantu meningkatkan profesionalisme para Perancang Hayat (ejen) baharu dengan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu yang sewajarnya demi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

DAPATKAN LEBIH BANYAK ‘ONG’ DENGAN WECHAT PAY MY

Image
WeChat Pay MY, ciri pembayaran dalam aplikasi komunikasi sosial terbesar di China yang dimajukan oleh Tencent mengumumkan bahawa ia akan memberi lebih ‘Ong’ kepada para penggunanya di Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina ini menerusi dua ganjaran hebat. 

50% KOLESTEROL SUSUT DALAM CABARAN 30 HARI

Image
Pencarian pemenang Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS 30 telah berakhir. Tan Kim Chan dari Ipoh, Perak telah menamatkan Cabaran 30 Hari dengan mencatatkan 50% penurunan paras kolesterol dan menewaskan lebih 600 peserta lain dari seluruh negara untuk membawa pulang sebuah Perodua MyVi dan perlindungan insuran Allianz Life Insurance Malaysia Berhad yang bernilai sejumlah RM80,000.

UNIFI JANJIKAN LEBIH BANYAK #KHABARBAIK UNTUK 2019

Image
unifi, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkongsi mengenai perancangannya bagi tahun 2019 melalui gerakan #khabarbaik, yang bakal membawakan lebih banyak berita baik buat rakyat Malaysia di seluruh negara. Gerakan #khabarbaik ini telah dilancarkan oleh Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi.

PRINCE AFFA LANCAR SINGLE SULUNG "LAFAZKAN CINTA"

Image
Mungkin kalau disebut nama Tengku Indra Muzaffar, ramai yang tidak mengenali siapa gerangan individu tersebut, tetapi apabila muncul Prince Affa, pasti ramai anak-anak remaja yang mengenalinya.

KOLEKSI DISNEY TSUM TSUM X CATHY DOLL KINI DI GUARDIAN!

Image
Guardian Malaysia meneruskan usaha untuk menawan hati pelanggannya dengan menambah satu lagi jenama kecantikan terkemuka ke dalam portfolio tawaran eksklusifnya yang kian berkembang. Yang pertama untuk tahun 2019 adalah Disney Tsum Tsum X Cathy Doll. 

3M MALAYSIA PERKENAL NEXCARE DAILY HIJAB MASK

Image
3M Malaysia memperkenalkan dua produk topeng muka yang baharu – 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask ke pasaran Malaysia.  3M™ Nexcare Daily Hijab Mask didatangkan tali pengikat yang boleh disarungkan pada bahagian belakang kepala dan ia sesuai untuk digunakan oleh orang ramai, terutamanya golongan wanita yang memakai hijab.  3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dirumus khas untuk wanita Muslim yang memakai hijab. Oleh kerana telinga pengguna dilitupi oleh hijab yang dipakai, ia menyukarkan pemakaian topeng muka yang konvensional memandangkan pengikat topeng tersebut hanya boleh disarung pada bahagian telinga. Dengan itu, 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask merupakan solusi yang terbaik kepada masalah ini kerana ia membolehkan pengguna menyarung tali pengikat topeng ini di sekeliling kepala mereka dengan mudah. Tambahan lagi, 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask juga mempunyai tiga lapisan penapis yang memberi perlindungan terhadap partikel makro dan habuk deng...