Posts

A&W BUKA CAWANGAN KE-47 DI EKOCHERAS MALL

Image
A&W Malaysia, sebegai pemegang rekod sejarah tempatan sebagai restoran makanan segera yang pertama di Malaysia, secara rasmi membuka kedai ke-47 di EkoCheras Mall. Pengumuman itu dilancarkan menerusi acara yang dihadiri oleh pelakon penyanyi Malaysia, Nabila Razali, serta Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang dan David Lee, Pengarah Rantaian Pembekalan & Teknikal, A Great American Brand Sdn. Bhd.

EKSKLUSIF: TRINA JOHNSON FINN - REMEMBERING WHITNEY

Image
REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL merupakan persembahan konsert selama 90 minit bagi meraikan kegemilangan dan kehebatan lagu-lagu hit mendiang Whitney Houston. 

BMW MALAYSIA MEMPERKENALKAN KERETA SPORT ‘THE 8’.

Image
Kiri- Sashi Ambi, Head of Corporate Communications; Harald Hoelzl, Managing Director of BMW Group Malaysia BMW Group Malaysia telah memperkenalkan ‘The 8’, ahli baharu dalam portfolio kenderaan mewah oleh pengeluar kenderaan premium ini. Dibangunkan di atas litar lumba untuk mengecapi tahap kelincahan, kejituan, dan keterampilan yang menakjubkan, ‘The 8’ menggabungkan enjin yang berkuasa tinggi dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive serta ia tampil dengan struktur reka bentuk yang mengguna pakai ‘BMW EfficientLightweight’ – ia bakal menetapkan tanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah.

FOTO PENGANTIN FASHA SANDHA DIAMBIL DENGAN HUAWEI P30?

Image
Majlis perkahwinan yang dikatakan akan menjadi Wedding of the Year akan tiba tidak lama lagi, dan nampaknya pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang bagai pinang dibelah dua ini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka. Bagi meraikan cinta ini, mereka telah mengadakan satu pengambaran khas untuk pra-perkahwinan baru-baru ini.

ANLENE CAFÉ LATTE SUSU BERKHASIAT DENGAN KOPI SEBENAR

Image
Jenama tenusu, Anlene, baru-baru ini telah mengumumkan keluaran produk tenusu inovatif terbaru iaitu Anlene Café Latte, susu tepung untuk orang dewasa yang untuk pertama kalinya, menggabungkan khasiat tenusu dengan kopi sebenar dalam stik pek.

“PASKAL THE MOVIE” BAKAL BERSIARAN DI NETFLIX 15 MAC

Image
Sekiranya anda telah terlepas peluang untuk menonton filem yang telah berjaya menduduki tempat pertama untuk kutipan box office untuk kategori filem aksi, “PASKAL THE MOVIE” bakal ditayangkan di Netflix pada 15 Mac ini!

LE FRENCH FESTIVAL EDISI KE-18 LEBIH MERIAH

Image
Perancis kembali lagi! Acara Perancis tahunan yang dinantikan Malaysia kini kembali dengan edisi ke-18 Le French Festival (LFF). Dari 4hb April hingga 12hb Mei, LFF telah bersedia untuk membawa rakyat Malaysia ke dalam pengalaman yang sungguh menarik dalam acara-acara menawan termasuk pemilihan pawagam Perancis, pameran seni, persembahan muzik dan teater, gastronomi dan banyak lagi.

KEMPEN "BRAIDS OF STRENGTH' GALAKKAN WANITA AKTIF BERSUKAN

Image
Tahukah anda bahawa statistik global menunjukkan bahawa kaum wanita berhenti bersukan dua kali lebih banyak daripada lelaki? Di Malaysia, kadar penyertaan wanita dalam sukan juga adalah lebih rendah berbanding kaum lelaki. Menurut data yang dikongsikan oleh Majlis Sukan Negara, pada tahun 2018 terdapat hanya 1,844 atlet wanita berbanding 2,483 atlet lelaki yang menyertai mana-mana bidang sukan. 

SIRI JELAJAH NORANIZA IDRIS CUBA SELAMATKAN IRAMA MALAYSIA

Image
Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP) berkolaborasi menganjurkan siri jelajah Noraniza Idris “Malai Solo Tour” 2019/2020 bermula dengan program Fleastar sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019. 

SINOPSIS SLOT SAMARINDA TV3: CINTA TANPA HENTI

Image
Setiap bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka yang dikasihi, ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil. Segala keputusan ditimbang dengan teliti bagi membolehkan anak-anak mendapat yang terbaik. Namun berbeza dengan situasi Tuan Rahim (Arash Mohd), pemillik syarikat penerbangan terkemuka, Edruce Airlines. Tuan Rahim terlalu berpegang pada egonya yang menggunung sehingga memusnahkan rumah tangga anaknya Sumayyah (Elizad Sharifuddin).

EPSON LANCAR BARISAN PROJEKTOR 4K PRO-UHD

Image
(Dari kiri) Jennifer Low (Product Manager), Daisuke Hori (Managing Director), Mr Danny Lee (Director – Sales & Marketing Division), Chew Bee Yen (Product Manager) of Epson Malaysia Sdn Bhd di majlis pelancaran projektor Epson terbaharu - EH-TW7400 dan EH-TW9400.  Epson telah memperkenalkan barisan projektor pawagam rumah yang baharu, iaitu projektor EH-TW7400 dan EH-TW9400 yang dikuasakan oleh teknologi 4K PRO-UHD yang terkini. Barisan projektor ini menampilkan keupayaan teknologi pemindahan piksel, pemerkayaan resolusi yang membawakan pengalaman 4K serba imersif dan menakjubkan bagi para penggemar filem.

FESTIVAL GAMELAN ISTANA BUDAYA 25-27 MAC 2019

Image
Istana Budaya mengumumkan festival gamelan pertama mereka - “Festival Gamelan Istana Budaya 2019” bakal diadakan mulai 25hb sehingga 27hb Mac di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

BANK NEGARA MALAYSIA ANJUR KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU

Image
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).

AMLIFE RAIKAN HARI TIDUR SEDUNIA 2019

Image
AmLife International Sdn. Bhd. kembali dengan sambutan Hari Tidur Sedunia bagi tahun ke-empat berturut-turut. Dianjurkan bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife mengadakan pameran kesihatan tidur di Sunway Resort Hotel. 

TABUNG KOTEX® #SHECAN MEMPERKASA 4 WANITA

Image
Setiap hari, wanita di seluruh dunia berjaya menyangkal stigma masyarakat terhadap mereka dan adakalanya, wanita-wanita ini mampu mengorak langkah dalam perjalanan untuk menyerlahkan potensi maksimum mereka dengan sedikit sokongan kewangan.

‘THE HOUSE’ MUSIM KE-5 ANGKAT BINTANG ALAF BAHARU ‘BBNU’

Image
Bagi memberi lebih pilihan untuk kandungan alaf baharu, portal hiburan Gempak membawakan kembali program realiti digital ‘The House’ untuk musim yang kelima menerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital.

SINOPSIS SLOT AKASIA TV3 "ASALKAN DIA BAHAGIA"

Image
Tak sangka rupa-rupanya Ayda Jebat jadi rebutan Shukri Yahaya dan Idris Khan! Sudah lama mereka ini memendam perasaan pada Ayda tetapi ternyata, Shukri yang berjaya memiliki hati Ayda. Mereka bersatu di dalam sebuah drama terbaharu yang telah bersiaran pada 8 Mac lalu di slot Akasia iaitu Asalkan Dia Bahagia . Drama terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd yang membariskan Ayda Jebat, Shukri Yahaya dan Idris Khan selaku teraju utama ini adalah hasil adaptasi novel oleh Hani Fazuha dan diarahkan oleh Jamal Khan.

LEFTENAN ZANA LAKONAN JANNA NICK JANA 10 JUTA TONTONAN

Image
Belum pun habis siarannya, drama Leftenan Zana lakonan utama oleh Janna Nick telah meraih 10 juta tontonan sepanjang 10 episod bersiaran! Malah bukan sahaja di kaca TV, sambutan hangat ini turut dirasai di laman Youtube @TV3Malaysia & Drama Sangat sehingga memperoleh 6 juta tontonan.   (sumber Nielsen Audience Measurement) .

SAMSONITE & WWF MALAYSIA LANCAR KEMPEN EARTH HOUR 2019

Image
Kempen Samsonite Luggage Trade-In kembali lagi, dan pada tahun ini jenama bagasi terbesar dan paling dikenali di dunia ini akan memainkan peranannya untuk meningkatkan kesedaran tentang keprihatinan untuk memelihara alam sekitar dengan berkolaborasi dengan WWF-Malaysia.  

"TANTALIZING TASTES OF THAILAND" DI CHAKRI PALACE

Image
Di bulan Ramadan nanti, Chakri Palace bakal membawakan lagi hidangan bufet pasti menyelerakan dengan citarasa Thai dan juga tempatan untuk promosi “Tantalizing Tastes of Thailand” di restoran Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL mulai 13 Mei 2019.