Posts

KATAKAN YA KEPADA PERSEMBAHAN CEGAH FLU NORMA BAHARU

Image
Kesedaran pencegahan flu mendapat rangsangan daripada artis terkenal Malaysia apabila mereka bersatu dan berganding bahu mengadakan persembahan secara dalam talian istimewa yang akan disiarkan pada hari Khamis, 10hb September pada jam 9 malam bagi menyokong Kempen Cegah Flu Norma Baharu! 

SYA, ARTIS WANITA PERTAMA DEF JAM ASIA TENGGARA

Image
  Pada bulan Disember 2018, SYA berkongsi sebuah puisi ciptaannya dengan rakan karibnya. Siapa sangka kemampuannya untuk meluahkan perasaan melalui prosa berirama dan cintanya kepada kosa kata akan memberikannya peluang emas beberapa tahun kemudian - sebagai artis wanita pertama yang menandatangani kontrak dengan Def Jam Asia Tenggara di ketika usianya 23 tahun.  

KOTEX ABADIKAN 100 WANITA MALAYSIA SEBAGAI ADIWIRA

Image
Dekad yang lepas telah menjadi waktu penting buat semua wanita, sama ada wanita tempatan mahu pun di seluruh dunia. Kemajuan yang telah dicipta oleh wanita-wanita ini telah menjadi bukti semangat untuk berusaha demi mencapai kejayaan, tidak mengira waktu termasuk waktu haid pada setiap bulan, #SHECAN. Dalam meraikan ulang tahun Kotex yang ke 100 tahun ini, Kotex She Can Award dianjur untuk meraikan 100 wanita Malaysia dan kisah kejayaan mereka yang mengagumkan dengan mengabadikan mereka sebagai perwira wanita menerusi siri She Universe. Siri ini mengekalkan kisah sebenar bagi 100 wanita yang berkerjaya, dalam bentuk koleksi digital, yang mana menceritakan perjalanan mereka yang menakjubkan dalam mengejar kejayaan. Ini terus menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin wanita Malaysia pada masa akan datang. 

NESTLÉ OMEGA PLUS BAWAKAN ACARA JALAN KAKI DALAM FORMAT MAYA

Image
  NESTLÉ OMEGA PLUS telah mengorak langkah memulakan gerakan kesihatan jantung di seluruh negara yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung. Sepanjang Bulan Jantung Sedunia pada September ini, NESTLÉ OMEGA PLUS akan menyatukan rakyat menerusi acara Walk A Million Miles, yang bertujuan memerangi kolesterol tinggi demi mencapai sebuah negara yang sihat jantung. 

DUTCH LADY PERKENAL FORMULASI DAN WAJAH BAHARU

Image
  Dutch Lady, jenama tenusu No. 1 di Malaysia telah memperbaharui keseluruhan rangkaian produk Susu Cecair dan Susu Tepung Keluarga Dutch Lady dengan wajah baharu dan resipi yang lebih baik. Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) dan Kajian Morbiditi Kebangsaan ke-4 (National Health and Morbidity Survey 2019), Malaysia mempunyai dua masalah bebanan nutrisi iaitu kekurangan zat makanan (terbantut) dan pemakanan berlebihan (obesiti) di kalangan kanak-kanak dan sebahagian populasi orang dewasa. Menyedari hakikat ini, Dutch Lady komited untuk membekalkan produk yang berkhasiat kepada rakyat Malaysia, sejajar dengan Agenda Kesihatan Nasional.

ASTRO RAIKAN PELAWAK TEMPATAN DENGAN SIRI KOMEDI ‘M.A.C.C.’

Image
  Semua pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana siri komedi dokumentari baharu, ‘M.A.C.C.’, yang menampilkan empat pelawak tempatan terkenal iaitu Douglas Lim, Kuah Jenhan, Phoon Chi Ho dan Dr Jason Leong. Tayangan perdana episod-episod siri ini akan disiarkan dari 8 hingga 15 September, pada 8.30 malam di Hello (saluran 702) dan di Astro GO. Para pelanggan juga boleh strim episod-episod on demand, pada bila-bila masa selepas tayangan perdana.

SINOPSIS TELEFILEM CEREKARAMA ‘KELAB GENTLEMEN’

Image
Mereka pernah berjuang demi menjaga keamanan negara dan ia menjadi kebanggaan diri walaupun sudah berada di usia senja, semangat patriotik dan ingatan sebagai perajurit negara tidak pernah pudar. Pengorbanan mereka harus diberikan penghormatan dan tiada seorang veteran ATM wajar dicicirkan dalam apa jua keadaan pun. 

HALAGEL & WONDER 7 GLOBAL BERSEPAKAT TAWAN PASARAN HALAL

Image
Encik Ahmad Mokhzani, Pengurus Besar Halagel® dan En. Eric Khor, Pengurus Besar Wonder 7 Global untuk Asia Tenggara & Greater China   Syarikat pemasaran rangkaian yang terkemuka, Wonder 7 Global Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Halagel (M) Sdn Bhd baru-baru ini. Penandatanganan MOU itu adalah untuk memeterai kerjasama kedua-dua syarikat, di mana Wonder 7 Global akan mengedarkan produk Halagel®l melalui rangkaian jualan mereka.

MONOLOQUE, KIMAL MARGASATWA & NJWA “SELAMATKAN LEGASI”

Image
“Kita bersatu semarakkanlah legasi ini, kita teguh berdiri sama tinggi” – inilah antara suntingan daripada lirik lagu Selamatkan Legasi yang merupakan seolah-olah suatu ‘seruan’ kepada rakyat Malaysia khas sempena ulang tahun tahun kemerdekaan tanah air yang ke-63 tahun ini. 

WATSONS LANCAR KEMPEN #FEELGREATWITHLOKAL

Image
Watsons menyeru para pelanggan dan ahlinya untuk bersama-sama menyokong negara kita dengan kempen #FeelGreatwithLokal, inisiatif yang memberi tumpuan untuk menyokong jenama tempatan. Ini berikutan dengan salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia dengan mendukung perniagaan tempatan dan membantu mereka membangun semula perniagaan mereka. 

UNDI JENAMA KEGEMARAN ANDA DI GUARDIAN HEALTHY BEAUTY AWARDS

Image
Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.  Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020.  Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah Healthy Beauty.  Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”  “Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan ...

NESCAFÉ PERISA BAHARU - CARAMEL MACCHIATO & SMOOTH CAPPUCCINO

Image
NESCAFÉ, jenama kopi kegemaran Malaysia, memperkenalkan NESCAFÉ Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino, variasi produk sedia untuk diminum (ready-to-drink) terbaharu dalam format cawan 250ml. Kedua-dua produk ini tampil dalam cawan mesra alam yang direka khas lengkap dengan penutup sippy, menjadikannya produk pertama seumpamanya dalam pasaran untuk segmen ini.  Dihasilkan daripada biji kopi asal tunggal Brazil dan diimport dari Korea, NESCAFÉ Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino merupakan produk premium yang menawarkan kenikmatan rasa kopi yang seimbang dalam satu cawan. Hanya perlu ‘Shake, Peel & Enjoy’ untuk menikmati secawan NESCAFÉ Cup premium yang diadun dan dibru dengan sempurna pada bila-bila masa di mana jua! Caranya: Goncang dengan baik, dan tanggalkan penutup sippy. Seterusnya, tanggalkan lapisan pelindung, tutup semula penutup, dan secawan kopi lazat kini sedia dinikmati!  April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) B...

MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN PANDEMIK TERBAIK

Image
Malaysia mengekalkan keunggulannya sebagai negara yang berjaya menguruskan pandemik COVID-19 dengan pencapaian sebanyak 96.6% kadar pemulihan pesakit COVID-19 pada awal 2020.  

TUNE PROTECT MEMPERKENALKAN APLIKASI MUDAH ALIH ON-THE-GO

Image
Tune Protect Group Berhad (“Tune Protect”), sebuah syarikat insurans digital terkemuka sekali lagi mencatatkan satu pencapaian yang besar melalui pelancaran aplikasi mudah alihnya (“Tune Protect App”, “App”). Bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan, App tersebut didatangkan dengan fungsi pembelian dan tuntutan untuk pelanggan melakukan urusan tersebut secara “on-the-go”, memberikan mereka pengalaman yang unik dan lancar untuk menguruskan sendiri insurans mereka secara digital, di mana sahaja, pada bila-bila masa. Pelancaran App ini amat bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dengan Norma Baharu kerana ia memudahkan pelanggan melakukan transaksi dan menguruskan insurans mereka dalam talian. 

‘PENGANTIN SATU MALAM’ HANGAT DI PELANTAR DIGITAL iQIYI

Image
“A night with me...dan seratus ribu akan jadi milik awak”. Satu malam yang mengubah segalanya. Sebuah lagi hasil novel yang diadaptasi ke drama ‘Pengantin Satu Malam’ yang telah ke udara di slot TV3 Akasia bermula 18 Ogos lalu, mula mendapat perhatian dan sedang hangat mendapat sambutan di laman web dan aplikasi iQIYI, sebuah syarikat gergasi perkhidmatan hiburan dalam talian di China, apabila ia turut disiarkan di iQIYI selepas satu jam tayangan perdana drama bersiri ini ditayangkan di TV3. 

FILEM PENDEK "KITA" DIRAKAMKAN SEPENUHNYA DENGAN VIVO X50 PRO

Image
  Membangkitkan semangat patriotisme dan nasionalisme, vivo Malaysia menyambut Hari Merdeka dengan video terbaru "Shot on X50 Pro", web-filem yang dirakam sepenuhnya dengan vivo X50 Pro yang baru dilancarkan. Filem ini diarahkan oleh Pengarah terkenal Netflix Malaysia, Ho Yuhang. vivo Malaysia berjaya melancarkan penayangan pertama Blockbuster Hari Kebangsaan mereka di acara media eksklusif hari ini, yang diserikan oleh pengarah filem terkenal itu sendiri, Ho Yuhang. 

"GO GO SMASHER" DIAN HASHIM DILAMAR KRU MUSIC

Image
Pernah meraih 900 ribu tontonan di YouTube untuk persembahnnya yang memakai nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, Dian Hashim, tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi. 

MRA AGIH SUMBANGAN BANTU DAN SELAMI HIDUP GELANDANGAN

Image
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada ekonomi Malaysia di mana ianya memberi tempias kepada kehidupan komuniti gelandangan. Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 negara, sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini 'Malaysia Prihatin', MRA telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan program “Kempen Prihatin Merdeka MRA” bagi membantu komuniti gelandangan di sekitar Seremban dengan rakan kolaborasi mereka iaitu Dapur Kausar, sebuah pusat gelandangan dimana MRA pernah beberapa kali bekerjasama sebelum ini. 

DECATHLON KUKUHKAN PLATFORM DIGITAL DENGAN LAZADA

Image
  Syarikat barangan sukan terkemuka Perancis, Decathlon, telah melantik platform eDagang terkemuka di Malaysia, Lazada, sebagai rakan niaga eDagang. Kerjasama ini memperkukuhkan platform digital Decathlon dan menyokong fasa perkembangan perniagaan yang seterusnya terutama dalam menyediakan akses yang mudah bagi barangan sukan buat pelanggan di seluruh negara dan dalam talian. “Kerjasama bersama Lazada akan memberi Decathlon peluang untuk berhubung dengan lebih ramai peminat sukan di seluruh Malaysia. Dengan kehadiran kami di Lazada, kami percaya ia dapat memberi manfaat kepada dunia sukan. Ini juga dapat memberi inspirasi kepada peminat sukan serta pendatang baru untuk merasai pengalaman bersukan yang berharga. Kami mencipta peralatan serta produk sukan yang inovatif, berkualiti dan berpatutan supaya lebih ramai orang dapat menjadikan akitiviti sukan sebahagian dari gaya hidup sihat mereka. Platform dalam talian ini memudahkan akses untuk menikmati sukan,” kata Arnaud Sauret, Pen...

MATTEL MERAIKAN ULANG TAHUN THOMAS & FRIENDS™ KE -75

Image
Mattel, sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global yang terkemuka menyambut ulang tahun ke-75 Thomas & Friends™ dengan pelbagai sambutan global. Di Malaysia, sambutan ini sangat memberi makna kerana ia sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Mattel menganjurkan pelbagai aktiviti berkonsepkan gabungan elemen pendidikan dan hiburan bagi kanak-kanak menikmatinya di rumah sambil mempelajari kepentingan nilai persahabatan dan kerja berpasukan. Ini bersesuaian dengan tema Hari Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia iaitu ‘Malaysia Prihatin’.