Posts

Showing posts from April, 2025

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Image
Astro terus komited untuk memberikan pengalaman tontonan yang komprehensif dan menghiburkan kepada semua rakyat Malaysia pada bulan Mei ini. Daripada dunia hiburan India yang meriah menerusi Sun NXT di Astro, ke kandungan seram penuh debaran menerusi SCREAM (saluran 100) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi serta fokus terhadap tanggungjawab alam sekitar sempena Hari Bumi Sedunia menerusi kempen Rimba Kita : Strim & Menang Giveaway.

SAFI KEMBALI DENGAN BIASISWA SISWI SAFI BERNILAI SEHINGGA RM1,000,000 BAGI MEMPERKASA BARISAN PEMIMPIN WANITA MASA HADAPAN MALAYSIA

Image
SAFI, jenama kecantikan halal No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula Program Biasiswa Siswi SAFI dengan peruntukan dana sehingga RM1,000,000*. Kini memasuki tahun kedua, inisiatif ini bakal memberi bantuan kewangan sehingga RM40,000* setiap seorang kepada pelajar wanita Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam (IPTA).

CHA EUN-WOO MEMPERKENALKAN KOLEKSI GAYA Y2K - SKECHERS STREET™ SHADOW

Image
Fesyen Y2K kini kembali dengan sepenuh gaya — dan Skechers membawa trend ini ke jalanan dengan keselesaan yang tiada tandingan. Memperkenalkan Skechers Street™ Shadow Collection, di mana reka bentuk yang diinspirasikan oleh era awal tahun 2000-an bertemu dengan teknologi keselesaan terkini. Menampilkan Skechers Air-Cooled Memory Foam® insole dan flexible traction outsole, koleksi baharu ini ditampilkan oleh Duta Jenama Skechers Serantau Cha Eun-woo, dan memberi fokus kepada membuat penampilan yang berkesan sambil kekal selesa di mana-mana sahaja. Direka untuk lelaki dan wanita, koleksi ini menampilkan dua siluet yang menonjol — Stellar OG yang sporty dan Stellar 90 yang moden serta futuristik. Stellar OG tersedia dalam tiga warna untuk lelaki (White Black, Mushroom, Black Grey) dan tiga warna untuk wanita (Off White, Pink, White Grey), manakala Stellar 90 menarik perhatian dengan kemasan logamnya — Silver dan Gunmetal untuk lelaki, serta Black dan Grey untuk wanita. Ditetapkan pada har...

KENANGAN MANIS DI URLA: PERCUTIAN SEMPURNA BERSAMA IBU TERSAYANG

Image
Sekiranya anda ingin mencipta kenangan manis bersama ibu tersayang, anda boleh memilih percutian ke Urla, sebuah bandar pantai di İzmir, Türkiye. Dikelilingi dusun pohon zaitun, kebun buah-buahan dan ladang anggur yang serba indah, ia ternyata menjanjikan percutian bermakna yang akan menjadikan perjalanan ini begitu istimewa buat anda dan ibu. Lokasi yang tenang ini menawarkan momen unik yang menggembirakan dalam keempat-empat musim. Sama ada anda bersiar-siar di jalanan berbatu bundar, mengagumi rumah batu bertingkap bay, menginap di hotel butik yang elegan, meneroka ladang anggur yang indah dan merasai tanaman istimewanya, articok mastic, segalanya bersama ibu tersayang. Kemaskan beg dan bersedia untuk mengembara di bandar yang serba mempesona ini dengan jalinan alam semula jadi, sejarah, budaya dan gastronomi! Jalanan Berbatu Bundar, Urla Menghayati Keindahan Pantai Urla yang terletak kurang daripada satu jam pemanduan dari pusat bandar, merupakan sebuah bandar kecil dan menawan ...

PELANCARAN PELAN PELAKSANAAN DAYA TAHAN KOMUNITI (CRIP) UNTUK KAMPUNG PASIR BARU DAN PPR BERINGIN, KUALA LUMPUR

Image
Dalam langkah penting bagi meningkatkan daya tahan komuniti terhadap perubahan iklim, dua pelan pelaksanaan baharu telah direka untuk komuniti terpilih di Kuala Lumpur. Sebagai sebahagian daripada Program Daya ahan Iklim Bandar (UCRP), satu usaha dibangunkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Z Zurich, Zurich Malaysia dan C40 Cities di mana pelan ini memberi keutamaan kepada penduduk dalam membentuk penyelesaian untuk masa depan yang lebih selamat dan bersedia menghadapi perubahan iklim.

LEGOLAND® BAWAKAN TARIKAN BAHARU - THE LEGO® FLOWER GARDEN MINILAND!

Image
Langkahkan kaki anda ke dalam taman bunga yang penuh warna di LEGOLAND® Malaysia Resort, yang kini memperkenalkan tarikan terbaharunya, The LEGO® Flower Garden MINILAND! Dengan keluasan lebih 4,100 kaki persegi, ini merupakan tarikan pertama seumpamanya di dunia – bersedia untuk memukau pengunjung dari semua peringkat usia bermula 28 April 2025!

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR

Image
Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025! Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. Hari ini, treler rasmi telah dilancarkan, diikuti dengan pelancaran poster rasmi serta pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam. Langkah berani ini menyaksikan Keluang Man membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan.

ANLENE MELANCARKAN ANLENE CHOLESTOPRO BAHARU: FORMULA DWI-AKSI. JAGALAH KOLESTEROL DAN MOBILITI HARI INI!

Image
Kolesterol tinggi kian menjadi kebimbangan dan masalah kesihatan di Malaysia, menjejaskan jutaan orang dewasa dan mungkin meningkatkan risiko komplikasi yang serius. Walaupun begitu, pengurusan kolesterol sering diabaikan, meskipun ia berkait rapat dengan kesihatan jantung dan mobiliti pada keseluruhannya. Ramai yang tidak menyedari bahawa tulang yang kuat, sendi yang fleksibel, dan otot yang aktif adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat agar dapat menyokong pengurusan kolesterol dengan lebih baik.

VIOLET SKIES: KONSERT EKSKLUSIF SITI NURHALIZA DI GENTING HIGHLANDS SEMPENA 30 TAHUN DALAM INDUSTRI!

Image
Peminat setia Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersiap sedialah untuk menyaksikan sebuah malam magis yang tidak akan dilupakan! Biduanita kesayangan negara ini bakal menghiburkan anda dalam konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars secara langsung di Arena of Stars, Resorts World Genting.

MALAYSIA AIRPORTS UMUM PEMENANG PERADUAN LICENCE TO WIN 2024

Image
  Malaysia Airports telah mengumumkan para pemenang kempen Licence to Win (LTW) 2024 dengan hadiah utama yang luar biasa - pengalaman membeli-belah di lapangan terbang bernilai RM1 juta yang dimenangi oleh Emilyn Ooi Lee Swan, seorang warga Malaysia.

INDRIVE MALAYSIA PERKENAL ANUGERAH TAHUNAN UNTUK HARGAI PEMANDU TERBAIK DALAM KOMUNITI YANG BERKEMBANG

Image
inDrive Malaysia, sebuah platform global dalam perkhidmatan mobiliti dan perkhidmatan bandar, telah memperkenalkan Anugerah Prestasi Pemandu Terbaik sempena sambutan Rumah Terbuka Raya baru-baru ini untuk memberi penghargaan kepada para pemandunya.

1-DARIPADA-10 ORANG DENGAN PRADIABETES MUNGKIN DAPAT DIABETES JENIS 2 DALAM TEMPOH SETAHUN

Image
Pradiabetes ialah kebimbangan kesihatan yang semakin meningkat dan melibatkan kira-kira 1 daripada 4 orang dewasa Malaysia. Disebabkan gejala-gejalanya yang sukar dikesan, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghidap pradiabetes. Menurut Diabetes Atlas 2021 yang dikeluarkan oleh International Diabetes Federation (IDF), kira-kira 3.5 juta (15.5%) orang dewasa Malaysia mempunyai toleransi yang terganggu terhadap glukosa, yang menunjukkan kehadiran pradiabetes.

NESTLÉ MALAYSIA LANCARKAN SIRI MAGGI® PES PERAPAN UNTUK AIR FRYER

Image
Kira-kira 42% daripada isi rumah Malaysia kini mempunyai penggoreng udara (air fryer), dan ini menunjukkan tren penyediaan hidangan dimasak di rumah yang pantas dan mudah kini berada pada tahap yang tinggi. Menyedari peralihan yang semakin ketara kepada kaedah memasak moden dan mudah ini, Nestlé Malaysia telah melancarkan siri resipi “perapan” MAGGI® yang menambat selera pengguna penggoreng udara (air fryer), termasuk pes perapan Sate baharu dan juga perapan sedia ada lain yang dilancar baru. Malaysia merupakan salah satu pasaran yang pertama di dunia untuk memperkenalkan rangkaian produk inovatif yang dicipta untuk penggoreng udara, memudahkan penyediaan sajian kegemaran Malaysia dengan cita rasa asli.

THE ORIGINAL: ADIDAS ORIGINALS MALAYSIA MEMPERSEMBAHKAN “THE ORIGINAL”

Image
adidas Originals mengalihkan tumpuan daripada meraikan warisan budayanya kepada generasi akan datang yang memberi inspirasi baru melalui "The Original" – kempen yang berdasarkan perubahan revolusi yang hanya memerlukan kekuatan daripada seseorang individu sahaja.

PTTI UMUM INSENTIF RM500 UNTUK STRAIGHT A, RAIKAN 13,469 PELAJAR CEMERLANG SPM

Image
PTTI Group Sdn Bhd hari ini menganjurkan satu majlis penghargaan bertempat di Bangi Golf Resort bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI yang menunjukkan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2024. Dalam majlis ini, PTTI mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh Straight A dalam peperiksaan SPM 2024.

EMPAT - GABUNGAN IKON TANAHAIR ZIANA ZAIN, ANUAR ZAIN, ERNIE ZAKRI & SYAMEL DALAM SATU KONSERT

Image
Sejarah baharu akan dilakar. Sejarah baharu bakal dicetak. Sejarah baharu bakal dijadikan sebuah momen terbaik dan terhebat dalam industri muzik tempatan serta Nusantara. Momen ini yang bakal dikongsikan bersama anda.

WATSONS K-BEAUTY FESTA 2025: IMPIAN KECANTIKAN KOREA KINI TELAH TIBA!

Image
Bulan April ini, Watsons Malaysia memperkenalkan kempen K-Beauty mereka yang dinanti-nantikan untuk 2025, berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei 2025. Kempen yang dinamakan Watsons K-Beauty Festa 2025 “The Seoul’s Dreamland” , menjanjikan sambutan sepanjang bulan untuk semua perkara berkaitan K-beauty.

AZARINE "TAKLUKI" KUALA LUMPUR DENGAN ACARA EKSKLUSIF DI BUKIT BINTANG

Image
Setelah kejayaan gemilang acara bertemu peminat bersama duta global mereka, Lee Minho, pada tahun lalu, jenama kosmetik kebanggaan Indonesia, Azarine Kosmetik, sekali lagi mencuri perhatian dengan langkah berani mereka di peringkat antarabangsa. Bulan April ini menyaksikan Azarine dengan bangga mempersembahkan “Azarine Take Over Kuala Lumpur”, sebuah acara eksklusif selama lima hari yang berlangsung di lokasi ikonik, Piazza Starhill, Bukit Bintang.

THE GRACE OF EAST: PENGHORMATAN ARTISTIK BUAT SENI WARISAN DAN TRADISI DI RUANGAN HARTA

Image
Ruangan HARTA, dengan kolaborasi bersama KLAS Art Auction, dengan bangganya mempersembahkan The Grace of East , sebuah pameran seni yang penuh emosi dan penghormatan, yang berlangsung dari 12 hingga 27 April 2025 . Pameran ini mengetengahkan legasi seni yang kaya dari Pantai Timur Malaysia – sebuah wilayah yang terkenal dengan tradisi, kemahiran kraftangan, dan penceritaan warisan. Khalil Ibrahim Two Sisters, 1976 Batik 51 x 42 cm

HUN HAQEEM DILANTIK SEBAGAI DUTA HARUMAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG BAHARU

Image
Armani beauty dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan pelakon Malaysia yang terkenal, Hun Haqeem, sebagai Duta Haruman Emporio Armani Malaysia yang baharu.

SATU PESTA LIMA PEMUZIK BERBEZA GENRE, SUASANA MUSICA FEST ‘DIBINTANGI’ NIDJI, GEISHA, D’MASIV, SHAKIRA JASMINE, STEVEN PASARIBU

Image
Menamakan keraian sebagai Musica Fest pada penganjuran ini adalah sebuah pilihan tepat daripada Shiraz Projects dengan kolaborasi Musica. Hal ini lantaran, musica yang mencakupi unsur-unsur irama dan rentak berbeza akan dibawakan oleh barisan artis serta pemuzik yang terlibat dengan Musica Fest.

MARSHA MILAN TERUJA DILANTIK SEBAGAI DUTA SPOTIFY EQUAL ASIA DAN TAMPIL DI ASEAN-KOREA MUSIC FESTIVAL!

Image
Selepas mencipta detik gemilang sebagai juara AJL ke-39, Marsha Milan terus melakar sejarah dengan pencapaian luar biasa di peringkat antarabangsa! Terbaharu, Marsha menawan perhatian dunia apabila wajahnya menghiasi billboard ikonik di Times Square, New York pada 18 April 2025, sebagai duta EQUAL Asia oleh Spotify bagi bulan April 2025.

HAIR SYSTEM BY WATSONS SCALPTECH™: REVOLUSI PENJAGAAN RAMBUT BERMULA DARI KULIT KEPALA!

Image
Watsons Malaysia baru-baru ini dengan rasminya mengumumkan pelancaran rangkaian penjagaan kulit kepala inovatif, Hair System by Watsons ScalpTECH™ . Inisiatif ini menandakan revolusi dalam pendekatan penjagaan rambut, mengintegrasikan prinsip sains penjagaan kulit untuk mencapai kesihatan rambut yang optimum.

UNDER ARMOUR MELANGKAH KE ERA BAHARU DENGAN UA ECHO

Image
Under Armour sentiasa dikenali sebagai sebuah jenama berinovasi, mencipta kelengkapan sukan yang membantu atlet mencapai tahap terbaik mereka. Kini, jenama ini melangkah lebih jauh, bukan sekadar di gelanggang tetapi juga dalam gaya hidup, dengan pelancaran UA ECHO—kasut yang mencerminkan evolusi Under Armour dalam dunia fesyen dan sukan.

COLGATE MENYERLAHKAN KECANTIKAN ORAL DENGAN PELANCARAN COLGATE OPTIC WHITE PURPLE SERUM

Image
Colgate melancarkan Colgate Optic White Purple Serum pertamanya yang merevolusikan pemutihan gigi serta mengembangkan lagi rangkaian produk kecantikan oral jenama itu. Direka khas untuk meningkatkan pemutihan gigi, serum inovatif ini mencerahkan senyuman dengan membetulkan tona kuning dengan serta-merta menerusi formula berwarna ungu pekat bagi memudahkan rakyat Malaysia tampil dengan lebih yakin.

WATSONS MALAYSIA CIPTA REKOD BAHARU DENGAN GANJARAN TERBESAR DI MALAYSIA

Image
Pada bulan April ini, Watsons Malaysia dengan bangganya meraikan detik penting dalam sejarah bagi pelanggan setia bersempena dengan ulang tahun ke-15 Watsons Club, program kesetiaan terbesar dan paling berbaloi di negara ini. Bersempena sambutan ini, Watsons melancarkan kempen “Ganjaran Terbesar di Malaysia”, yang menawarkan lebih banyak faedah dan ganjaran kepada 8 juta ahlinya.

28 STUDIO KL: KAFE BERJIWA SENI DENGAN KOPI BERKUALITI

Image
Untuk peminat kopi sejati, aroma biji kopi segar bukan sekadar keperluan—ia adalah satu seni yang perlu dihargai. 28 Studio KL bukan sekadar lokasi menikmati kopi berkualiti tinggi, tetapi juga ruang di mana pencinta kopi, seni, dan komuniti setempat berkumpul, berkongsi cerita, dan mencipta pengalaman yang bermakna bersama.

NIKMATI TIM HORTONS TANPA WAS-WAS: SEMUA CAWANGAN KINI HALAL!

Image
Tim Hortons Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa kesemua cawangannya di seluruh negara kini telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan penting ini membuktikan komitmen Tim Hortons terhadap kualiti dan ketelusan dalam penyediaan makanan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa was-was.

40 PASUKAN ANTARABANGSA REBUT GELARAN JUARA DUNIA TARIAN SINGA GENTING KALI KE-15

Image
Resorts World Genting akan menganjurkan Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa Genting kali ke-15, dengan kerjasama Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 25 hingga 27 Julai 2025. 

LIVE UNIVERSE UMUM KONSERT K-POP BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA MENAMPILKAN (G)I-DLE DAN BAMBAM

Image
Live Universe, penganjur konsert terkemuka, dengan bangganya mengumumkan acara K-Pop yang julung-julung kalinya menampilkan artis bertaraf antarabangsa (G)I-DLE dan BamBam (anggota GOT7).

FILEM "KULIT WAYANG" GABUNGKAN TRADISI, FANTASI & PENGALAMAN SINEMATIK UNIK

Image
KL Base, Sungai Besi menjadi saksi kemeriahan Festival Budaya Kulit Wayang baru-baru ini yang menampilkan pelancaran rasmi filem "Kulit Wayang," tayangan treler, dan juga sidang media sebagai pembuka acara dua hari festival tersebut.

ASTRO SHAW MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI PREMIUM ‘KELUANG MAN’ DIHASILKAN OLEH ROYAL SELANGOR

Image
Astro Shaw mempersembahkan sebuah inisiatif istimewa bersama jenama piuter tempatan, Royal Selangor, untuk menghasilkan koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man.

JUSTDAN HADIR DENGAN KEDAI POP-UP CAPCOM PERTAMA DI MALAYSIA!

Image
  Peminat permainan video, bersiap sedialah! Buat julung kalinya, Kedai Pop-Up CAPCOM telahmembuka pintunya di Malaysia, membawakan pengalaman yang mengujakan dengan menampilkan permainan ikonik CAPCOM seperti Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man, Resident Evil, dan banyak lagi. Dianjurkan oleh JUSTDAN - penganjur acara rasmi yang sah, acara selama empat hari ini menjanjikan kemeriahan yang tidak akan dilupakan buat para peminat permainan dan pengunjung.

DATO’ SRI SITI NURHALIZA SERLAHKAN EMOSI PILU DALAM 'SESAL' LAGU TEMA FILEM ‘TELAGA SURIRAM’

Image
Industri perfileman tempatan sekali lagi dikejutkan dengan kolaborasi mantap antara pengarah terkenal, Osman Ali, dan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Kali ini, Dato’ Sri Siti diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema bagi filem terbaru Osman Ali yang berjudul ‘Telaga Suriram’.

DATO' M. NASIR KONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA BERSAMA PEMINAT DENGAN KONSERT CIPTA RAYA

Image
Zepp Kuala Lumpur bergema dengan alunan suara emas Dato' M. Nasir yang diiringi oleh nyanyian bersama para peminatnya dalam konsert yang menampilkan secara khususnya untuk lagu-lagu Hari Raya, "CIPTA RAYA". Anjuran Icon Entertainment ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi lebih kepada sambutan budaya dan nostalgia yang menyentuh jiwa setiap hadirin. Sejak pengumuman konsert ini, peminat setia Dato' M. Nasir sudah menjangkakan malam yang penuh magis. Namun, apa yang disaksikan semalam jauh mengatasi jangkaan. Berbekalkan kejayaan Konsert CIPTA 1 & 2, "CIPTA RAYA" membuktikan bahawa lagu-lagu perayaan juga mampu memukau dalam skala konsert yang gah. Idea yang tercetus daripada sambutan hangat lagu "Satu Hari Di Hari Raya" di penghujung CIPTA 2 nyata menzahirkan malam yang tidak dapat dilupakan. Tepat jam 8.15 malam, tabir pentas dibuka, dan Dato' M. Nasir muncul disambut dengan sorakan gemuruh. Malam dimulakan dengan "RAYA YANG SEMP...

RESTORAN CIKGU LEE: CITARASA TRADISI CINA MUSLIM DI TAMAN MELAWATI

Image
Terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang meriah, Restoran Cikgu Lee merupakan sebuah restoran yang menawarkan keistimewaan rasa yang memikat hati para penggemar makanan Cina. Restoran ini menyajikan hidangan Cina Muslim yang membangkitkan selera, dengan suasana yang selesa untuk seisi keluarga, dan yang paling penting, disahkan Halal oleh JAKIM.  Dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, Restoran Cikgu Lee adalah pilihan yang tepat untuk menikmati hidangan yang memuaskan, dari sarapan pagi hingga makan malam.

ENERGIZER MELANCARKAN RANGKAIAN BATERI SEL SYILING LITIUM DENGAN TEKNOLOGI 3-DALAM-1 CHILD SHIELD™ PERTAMA DI MALAYSIA

Image
Energizer Malaysia memperkenalkan bateri syiling litium pertama di dunia dengan teknologi tiga lapisan untuk keselamatan kanak-kanak ke pasaran Malaysia, yang memberikan tahap keselamatan yang tinggi untuk rumah anda.

KONSERT AFROJACK LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL TAMPILKAN KONSEP 'WATER & BEATS!'

Image
Peminat muzik elektronik bersedialah untuk mengalu-alukan kehadiran maestro EDM bertaraf dunia, AFROJACK. Beliau bakal menggegarkan ibu kota dalam konsert AFROJACK Live in Kuala Lumpur 2025! Tandakan kalendar anda pada 10 Mei 2025, kerana KL BASE di Sungai Besi akan menjadi medan pesta yang luar biasa.

WATSONS MALAYSIA PERKENALKAN INISIATIF KECANTIKAN LESTARI MELALUI POP-UP CAFÉ NATURALS BY WATSONS

Image
Watsons Malaysia melancarkan Naturals by Watsons Pop-Up Café, sebuah inisiatif unik yang menggabungkan pengalaman kecantikan dan kesedaran alam sekitar, bersempena dengan penjenamaan semula rangkaian Naturals by Watsons yang kini menampilkan pembungkusan, ramuan, dan formulasi kecantikan bersih yang diperbaharui.