BANCIAN PAYUDARA AVON BAHARU MENDAPATI SEHINGGA 1/3 WANITA TIDAK MEMERIKSA PAYUDARA MEREKA DENGAN KERAP

Jenama kecantikan global, Avon telah melancarkan Bancian Payudara baharu yang mendapati lebih dari satu pertiga (34%) wanita mengakui tidak memeriksa payudara mereka untuk mengesan sebarang perubahan sekurang-kurangnya sekali sebulan, manakala lebih dari satu per sepuluh (13%) tidak pernah memeriksa langsung, dengan satu perlimanya (17%) adalah dari golongan berusia 18–24 tahun. Bagi yang tidak memeriksa secara bulanan, 39% terlupa untuk memeriksa; 29% tidak pasti apa yang perlu dibuat jadi mereka tidak melakukannya; dan 16% terlalu takut untuk memeriksa. Kajian Avon ini telah meninjau sejumlah 4,065 responden wanita dewasa (18+) dari United Kingdom, Afrika Selatan, Poland, dan Filipina. Selain itu, satu lagi kajian telah dilakukan melibatkan 2,976 gadis remaja berusia 14-17 tahun dari UK, Itali, Filipina, Turkiye, Poland, Romania dan Afrika Selatan. Hasil kajian ini menunjukkan senario komprehensif tentang keadaan semasa bagi kesedaran dan pendidikan kesihatan payudara merentasi pelba...