Posts

Showing posts from February, 2026

INISIATIF “THE CHAIN OF CIVILIZATION - DIGITAL INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE CO-CREATION INITIATIVE” BUAT PENAMPILAN SULUNG PERINGKAT GLOBAL DI KUALA LUMPUR

Image
Inisiatif “The Chain of Civilization - Digital Intangible Cultural Heritage (ICH) Co-Creation Initiative” membuat penampilan global sulungnya di Kuala Lumpur, Malaysia dalam siri jelajah inisiatif ini di luar China, hari ini. Sebagai tuan rumah antarabangsa yang pertama, pameran inisiatif ini akan dilangsungkan di LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) bermula pada 27 Februari hingga 1 Mac 2026. (Dari Kiri - Kanan) Ms. Emilia Tan, Batik Artist & Founder of myBatik; Datin Sri Penny Liao, President of MCCTA; Ms. Vanessa Wan, General Manager of Beijing Poly Art Co.,Ltd.; Zhou Shuying, National Intangible Cultural Heritage Representative Inheritor; Mr. Lee Thai Hung, Deputy Director-General of Malaysia Tourism Promotion Board; Mr. Zheng Xuefang, Minister of the Embassy of the People's Republic of China in Malaysia; Mr. Zhu Xiaojian, Director of the Cultural Heritage Protection Committee of the China Association for the Promotion of Culture; Ms. Frovar Wang, Vice Preside...

FERRERO ROCHER MENYEMARAKKAN TRADISI MEMBERI DAN SAJIAN AIDILFITRI DENGAN SENTUHAN KEEMASAN

Image
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Ferrero Rocher mengajak semua untuk mengeratkan silaturahim melalui detik-detik istimewa bersama insan tersayang. Sebagai pelengkap suasana kunjung-mengunjung dan jamuan perayaan, Ferrero Rocher menawarkan pilihan coklat premium yang dipilih dengan teliti, sesuai dijadikan buah tangan, dihidangkan kepada tetamu atau dinikmati bersama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

NABILA RAZALI KEMBALI DENGAN SINGLE RAYA “TAK SABAR NAK RAYA!” – PREKUEL KEPADA NARATIF LAGU RAYA MANA?

Image
Selepas kejayaan Raya Mana? yang trending dua tahun lalu, Nabila Razali kembali memeriahkan Aidilfitri dengan single terbaharu berjudul Tak Sabar Nak Raya! ciptaan MFMF bersama Brendan Lim, Denise Chan, Foong Le Xin dan Asyraf Nasir.

CARING PHARMACY TERUS MENYOKONG ARTIS NEURODIVERGENT DENGAN KOLABORASI SAMPUL RAYA 2026 BERSAMA ARTIS AUTISTIK DANIAL KUSHAIRI

Image
CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy di bawah BIG CARiNG Group, hari ini memperkenalkan koleksi Sampul Raya 2026 mereka hasil kolaborasi bersama artis visual autistik Malaysia, Danial Kushairi, menandakan kembalinya beliau sebagai artis pilihan selepas kolaborasinya sebelum ini pada 2024 untuk baucar e-tunai. Ini juga merupakan initiatif terkini dalam komitmen berterusan ketiga-tiga jenama farmasi tersebut untuk menyokong artis neurodivergen dan memupuk komuniti yang lebih inklusif melalui ekspresi kreatif.

ASTRO SHAW HADIR DENGAN DRAMA SOSIAL PROVOKATIF “AMIRA AMIR”

Image
Jika rahsia masa lampau yang dipikul terbongkar, apakah pengorbanan yang anda sanggup lakukan demi cinta dan maruah? Persoalan inilah yang menjadi nadi kepada Amira Amir, sebuah filem drama sosial provokatif terbaru terbitan Astro Shaw yang bakal menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First bermula 26 Februari.

CLARKS ORIGINALS MELANGKAH KE DUNIA PAKAIAN DENGAN KOLEKSI SS26

Image
Jenama ikonik Clarks Originals mencatat sejarah baharu apabila buat pertama kali memperkenalkan rangkaian pakaian semasa Paris Fashion Week Men’s. Selain itu, Clarks turut mengumumkan pelantikan artis China-Mongolia, Blanche Yu, sebagai Guest Creative Director untuk koleksi Musim Luruh/Sejuk 2026.

EMMA RADUCANU SERTAI UNIQLO SEBAGAI GLOBAL BRAND AMBASSADOR

Image
UNIQLO, peruncit pakaian global dari Jepun, mengumumkan kerjasama baharu dengan bintang tenis Britain, Emma Raducanu. Juara US Open 2021 itu kini rasmi sebagai Global Brand Ambassador UNIQLO, sekaligus menjadi pemain wanita Britain pertama yang meraih gelaran Grand Slam sejak 1977.

POS MALAYSIA LANCAR KOLEKSI RAYA 2026 EDISI TERHAD

Image
Pos Malaysia memperkenalkan koleksi eksklusif Raya 2026 edisi terhad, meraikan tradisi, kenangan zaman kanak-kanak dan kemeriahan Syawal bersama insan tersayang.

JOY BAWA AURA SEGAR KE KUALA LUMPUR DENGAN JELAJAH ASIA “JOY SPLASH” 2026

Image
Kuala Lumpur bakal menjadi saksi malam penuh pesona apabila ahli Red Velvet, JOY, tampil dengan konsert solo jelajah Asia pertamanya. Dianjurkan oleh Zues Event, 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” akan berlangsung pada 25 April 2026 (Sabtu), jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

NOURUL UMUM PENUKARAN TARIKH KONSERT SULUNG “FOR YOU NOURUL” – LEBIH MERIAH, LEBIH BERMAKNA

Image
Selepas lebih tiga dekad dalam industri muzik, penyanyi popular dengan lagu Kerana Terluka, Nourul akhirnya bakal mengadakan konsert solo sulungnya. Namun demi memastikan kepuasan maksimum peminat dan kualiti produksi terbaik, beliau mengumumkan penjadualan semula tarikh konsert yang dinanti-nantikan itu.

DIANA DANIELLE & FRANCIS ROMAN BERGANDING SUARA DALAM “RAYA MACAM MANA?”

Image
Apabila dua bintang daripada latar belakang berbeza bersatu, hasilnya bukan sekadar muzik, tetapi sebuah manifestasi budaya. Itulah yang dibuktikan oleh pelakon dan penyanyi popular, Diana Danielle, bersama rakan kolaborasinya, Francis Roman, menerusi single terbaharu mereka berjudul “Raya Macam Mana?”.

CRISTIANO RONALDO LABUR RM30 JUTA DALAM TEKNOLOGI PRO2COL HERBALIFE

Image
Cristiano Ronaldo, ikon bola sepak dunia, telah melabur hampir RM30 juta (USD7.5 juta) untuk memperoleh 10% pegangan ekuiti dalam HBL Pro2col Software, LLC, anak syarikat milik penuh Herbalife Ltd. Pro2col ialah sistem operasi kesihatan digital generasi baharu yang dibangunkan untuk memacu penglibatan harian, perubahan tingkah laku mampan serta hasil kesihatan yang boleh diukur melalui pendekatan berasaskan data.

AZZAM SHAM, SHERYL SHAZWANIE, IKMAL DANI, NANA TONY, DAN KASIH LIA SEMARAKKAN LEBARAN DENGAN "MERIAH HARI RAYA"

Image
Menjelang ketibaan Aidilfitri 2026, landskap muzik tempatan kembali diwarnai dengan kehadiran sebuah naskhah segar berjudul "Meriah Hari Raya". Kolaborasi istimewa ini menyatukan lima bintang muda berbakat besar iaitu Azzam Sham, Sheryl Shazwanie, Ikmal Dani, Nana Tony, dan Kasih Lia dalam satu naskhah yang menjanjikan tenaga positif serta keceriaan buat para pendengar.

LALA RAYA: AGY GARAP ELEMEN TRAP MODEN DALAM LAGU RAYA YANG SARAT DENGAN MESEJ MURNI

Image
Menjelang ketibaan Syawal 1447H, penyanyi AGY tampil melancarkan naskhah terbaharu berjudul "Lala Raya" yang membawa nafas pop moden dengan suntikan elemen trap. Dilancarkan secara rasmi pada 12 Februari 2026, lagu ini bukan sekadar halwa telinga bermusim, malah ia bertindak sebagai refleksi jujur terhadap cara generasi hari ini meraikan Aidilfitri dalam kepungan media sosial.

LERAIKAN RINDU 13 TAHUN, LUCKY JOE PERSEMBAHKAN "SENYUM RAYA" BUAT PEMINAT

Image
Selepas hampir 13 tahun memilih untuk bergerak di sebalik tabir, figura seni serba boleh, Lucky Joe, akhirnya meleraikan rindu peminat dengan pelancaran single terbaharu berjudul "Senyum Raya". Kemunculan semula ini bukan sekadar sebuah naskhah muzik biasa, malah ia merupakan bingkisan peribadi yang cukup bermakna sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-45 pada tahun 2026.

WHITE SHOES & THE COUPLES COMPANY BERSAMA NONARIA BAKAL BERSENANDUNG RIA DI KUALA LUMPUR MEI INI

Image
Peminat muzik retro dan jazz-pop bakal menikmati sebuah pengalaman eksklusif apabila konsert Senandung Ria Di Kuala Lumpur berlangsung pada 10 Mei 2026 (Ahad) di Zepp Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh ZS Entertainment bersama LampuNeon Entertainment ini menampilkan gabungan dua kumpulan popular dari Indonesia, White Shoes & The Couples Company dan NonaRia, dalam satu pentas istimewa untuk satu malam sahaja.

BAYI PERTAMA TAHUN BARU CINA DI COLUMBIA ASIA MENERIMA EMAS SEBAGAI HADIAH TRADISI MASYARAKAT CINA

Image
Kumpulan Hospital Columbia Asia, ahli Asia One Healthcare, meraikan bayi-bayi yang dilahirkan pada hari pertama Tahun Baru Cina semalam, di cawangan hospital Setapak serta Tebrau. Pakar O&G Dr. Sudha Kumari Hem Raj Shastri, Neelam dan cahayamatanya yang pertama, bersama pasukan jururawat di wad bersalin.

IRAMA SIGNATURE TAMPIL DENGAN “GURINDAM RASA” SEMPENA RAMADAN

Image
Bila sebut tentang berbuka puasa, selera kita pasti akan kembali ke dambaan masakan kampung yang asli. Tahun ini, IRAMA Signature tampil dengan tema "Gurindam Rasa: A Culinary Journey Through Malay Heritage". Bukan sekadar makan-makan, ia sebuah pengembaraan rasa yang menggabungkan nostalgia air tangan bonda dengan teknik masakan kontemporari yang cukup teliti.

WARNA WARNI HARI RAYA: USHERA RAYAKAN TRADISI DENGAN SENTUHAN MODEN RETRO

Image
Penyanyi Nona Ushera atau lebih dikenali sebagai Ushera kembali memeriahkan suasana Aidilfitri dengan pelancaran lagu raya terbaharunya berjudul Warna Warni Hari Raya. Ini merupakan kali ketiga beliau tampil dengan karya khusus untuk perayaan tersebut selepas Suka Ria Raya (2017) dan Kembali (2021).

SHOPEE PAYUNG LAGI BANTU ISI RUMAH BERJIMAT LEBIH SEPANJANG RAMADAN DAN RAYA

Image
Ramadan dan Raya merupakan tempoh persiapan sepanjang sebulan, di mana isi rumah mengurus keperluan harian, komitmen keluarga, serta perbelanjaan bermusim yang lebih tinggi. Sehubungan itu, Shopee hari ini mengumumkan pelancaran Shopee Payung Lagi, satu inisiatif bersasar untuk membantu isi rumah di kawasan terpilih mengurus bajet dengan lebih baik sambil terus meraikan perkara yang penting.

FINNHIJAB MEMPERKENALKAN KOLEKSI ARUNIKA – SINAR BARU, ASPIRASI HIJAB MODEN

Image
Di pentas fesyen Muslimah, hadir sebuah koleksi yang memancarkan aura glamor namun tetap santun – Koleksi Arunika daripada FiNNhijab. Ia bukan sekadar tudung, tetapi sebuah karya seni tekstil yang menggabungkan kelembutan premium dengan keanggunan moden.

MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN: SATUKAN 55,000 PEMINAT ELLA DALAM SEMANGAT ‘PEACE, LOVE & RINDU’

Image
Malam 14 Februari 2026 terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan “Majlis Tertinggi Rockqueen”, sebuah perhimpunan agung muzik yang didedikasikan khas buat para peminat beliau.

WALI BAND MAHU TEBUS KEKECEWAAN PEMINAT, BAKAL BAWAKAN KONSERT DI SABAH DAN KUALA LUMPUR

Image
Peminat Wali Band di Malaysia bakal terubat rindu apabila kumpulan muzik asal Tangerang, Indonesia itu mengumumkan dua konsert besar yang akan berlangsung tahun ini. Selepas kekecewaan konsert yang tidak menjadi kenyataan di Kota Kinabalu pada 2024, Wali Band kini kembali dengan semangat baharu untuk menebus momen tertangguh. Konsert Wali Live in Kota Kinabalu akan berlangsung di SICC, Sabah pada 12 April 2026 , dianjurkan oleh 25th Studio & Infinity Love Creative Ventures . Seterusnya, kumpulan yang dianggotai Faank (vokalis), Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci) akan menggegarkan ibu negara menerusi Konsert Wali Kembali di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2026. Faank mengakui mereka sedar ramai peminat kecewa kerana tidak berpeluang menikmati persembahan penuh sebelum ini. “Kami mahu kembali menebus kekecewaan itu dengan konsert solo yang lebih padat dan menarik. Kami tidak sabar untuk beraksi di hadapan kalian semua,” katanya. Tiket untuk konsert...

KONG TAO: FILEM SERAM KOLABORASI MALAYSIA–SINGAPURA–THAILAND BAKAL DITAYANGKAN MULAI 19 MAC

Image
Filem seram kolaborasi Malaysia–Singapura–Thailand, Kong Tao, yang diarahkan bersama oleh pengarah The Locksmith Peiji Goh dan sinematografer Paskal Yong Choon Lin, serta diterbitkan oleh Chiah Choon Hang (CH), hari ini secara rasmi melancarkan poster dan treler terbaharu. Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 Mac.

MCDONALD’S TITIWANGSA DRIVE-THRU DIBUKA SEMULA DENGAN REKAAN IKONIK LUNA

Image
McDonald’s Malaysia telah membuka semula restoran McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru di Jalan Pahang, sebuah mercu tanda komuniti yang dihargai dan telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama hampir empat dekad. Dibuka pada 19 Disember 1988 sebagai restoran Drive-Thru pertama negara, cawangan Titiwangsa ini memainkan peranan penting dalam sejarah McDonald’s Malaysia dan dalam kehidupan seharian komuniti di sekitarnya.

SHOPEE HOUSE: BAZAR GAYA RAYA TAMPILKAN TREND BELI-BELAH RAYA BERTERASKAN KANDUNGAN DAN PERTUMBUHAN JENAMA TEMPATAN

Image
Sempena rakyat Malaysia membuat persiapan menjelang Ramadan dan Raya, Shopee Malaysia menghimpunkan jenama, affiliate, dan pencipta kandungan di acara Shopee House: Bazar Gaya Raya di The Yard, Sentul Depot. Acara ini memberikan gambaran awal tentang trend perayaan, sambil menunjukkan bagaimana perdagangan berteraskan kandungan membantu pembeli membuat pilihan dengan lebih yakin, serta menyokong pertumbuhan penjual dan afiliate tempatan.

HERITAGE VALLEY KL HIDANGKAN BUFET RAMADAN DENGAN KOLABORASI LOMAK SALAI TAMPIN

Image
Heritage Valley Kuala Lumpur memperkenalkan buat pertama kali Ramadhan Feast Buffet dengan konsep suasana kampung di tengah kota, hasil kerjasama eksklusif bersama Lomak Salai Tampin. Bermula pada 20 Februari hingga 18 Mac 2026, bufet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa unik dengan harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak, manakala kanak-kanak bawah enam tahun makan percuma.

NIKMATI ’PESONA RASA’ DI WYNDHAM GRAND BANGSAR KUALA LUMPUR RAMADAN INI

Image
Saat matahari terbenam dan azan berbuka berkumandang, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur sekali lagi menghidupkan tradisi dengan bufet Ramadan “Pesona Rasa”. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, Pesona Rasa bukan sekadar hidangan berbuka, tetapi sebuah perjalanan kulinari yang merangkai warisan rasa, keakraban, dan kemeriahan bulan suci.

MI SEDAAP DAN HOCK KEE KOPITIAM BERGANDING BAHU SEMPENA RAMADHAN DENGAN SAJIAN CITA RASA MALAYSIA YANG ISTIMEWA

Image
Ramadan kali ini, Mi Sedaap membawa mi segera kegemaran ramai dari bungkusan ke hidangan kopitiam bersama Hock Kee Kopitiam. Sebagai mi goreng pilihan No.1 rakyat Malaysia, Mi Sedaap tampil dengan sajian terhad bertemakan ‘Rasa Muhibbah, Sedaap Bersama’ yang menampilkan dua hidangan istimewa, Mi Sedaap Goreng Asli bersama Satay Ayam Hock Kee serta Mi Sedaap Soto Ayam, kini boleh dinikmati di cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam sepanjang Ramadan ini.

FENNEL & CO. SAMBUT RAMADAN DENGAN BUFET BERTEMA “RAMADAN STORIES”

Image
Ramadan sering dikaitkan dengan detik penuh makna, aroma masakan yang membangkitkan nostalgia, dan meja berbuka yang menjadi ruang berkongsi cerita. Tahun ini, Fennel & Co. tampil dengan sesuatu yang istimewa — bufet Ramadan pertama mereka, bertemakan “Ramadan Stories at Fennel & Co.”.

LAYLA SANIA LANCAR SINGLE TAHUN BARU CINA GUBAHAN SENDIRI “XIN NIAN RE NAO”

Image
Bintang muda Malaysia, Layla Sania, terus mencipta sejarah dalam perjalanan seninya dengan pelancaran single Tahun Baru Cina ciptaan sendiri berjudul “Xin Nian Re Nao” (Joyous Chinese New Year). Majlis pelancaran berlangsung dalam suasana intim di ruang bumbung SanTai House, TREC KL, dengan sokongan Supernormal.

“PUASA TETAP PUASA & RAYA TETAP RAYA”, BERSAMA RTM SEGALANYA ISTIMEWA

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesen penyiaran utama negara, bersedia menyambut ketibaan bulan Ramadan dan Syawal dengan penekanan terhadap penghayatan, keberkatan serta pengukuhan nilai kebersamaan masyarakat. Bertemakan “Puasa Tetap Puasa dan Raya Tetap Raya”, RTM menzahirkan komitmen berterusan dalam memelihara kesucian ibadah puasa serta meraikan sambutan Syawal sebagai simbol kemenangan dan kesyukuran, tanpa mengira cabaran yang dihadapi.

ASTRO BAWAKAN ‘INSPIRASI SEENI AWARD’ SEBAGAI PLATFORM PENGIKTIRAFAN BUAT PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA

Image
Astro, selaku peneraju bagi industri hiburan di Malaysia sekali lagi terus memperkukuh peranannya sebagai platform bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia menerusi kandungan khas Borak SeeNI. Selaras dengan komitmen tersebut, RichWorks Consulting Group telah menyantuni Astro dalam satu kerjasama khas penganjuran Inspirasi SeeNi Award. Kewujudan rancangan Inspirasi SeeNI menjadi platform penting yang menyuntik inspirasi, memberikan pandangan baharu dan menawarkan perspektif berbeza kepada setiap usahawan baharu dan juga mereka yang sedang berkembang. Daripada rancangan inilah tercetusnya penganjuran anugerah Inspirasi SeeNI Award yang mengangkat semua jenama tempatan. Oleh itu anugerah khas ini membawa jenama Astro dalam menaikkan taraf dan kredibiliti pengiktirafan bertaraf nasional, selari dengan kedudukan Astro sebagai jenama media arus perdana yang dipercayai dan berpengaruh di Malaysia. Kerjasama ini juga adalah salah satu gandingan strategik dalam memperjuang...

IKEA MALAYSIA HIDUPKAN SUASANA BERMAIN DI RUMAH DENGAN RANGKAIAN GREJSIMOJS

Image
Di IKEA, aktiviti bermain bukan sekadar untuk kanak-kanak. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan harian yang membantu kita berehat, mengeratkan hubungan dan mengekspresikan diri. Menerusi pelancaran GREJSIMOJS (istilah santai yang membawa maksud ‘benda’ atau thingamajig), IKEA menyuntik elemen keceriaan ke dalam rumah rakyat Malaysia melalui koleksi barangan harian yang direka bagi mencetuskan imaginasi dan keseronokan.

CILI KAMPUNG AMBIL ALIH DOTTY’S DALAM PERJANJIAN RM24 JUTA YANG MENGGABUNGKAN WARISAN KULINER MELAYU AUTENTIK DENGAN BAKERI ARTISANAL

Image
Dunia kulinari Malaysia melangkah ke lembaran baharu apabila Cili Kampung Malaysia, peneraju masakan Melayu autentik, memeterai perjanjian pemerolehan 50% pegangan ekuiti dalam jenama bakeri artisanal terkenal, Dotty’s Pastries & Coffee. Majlis menandatangani rasmi berlangsung penuh gaya di Ruang Rama Event Space, menyaksikan gabungan dua nama besar yang masing-masing membawa identiti tersendiri: kehangatan warisan Melayu dan kecemerlangan pastri moden. Menandatangani bagi pihak Cili Kampung Malaysia ialah Pengarahnya, Khairul Anwar Datuk Sri Abdul Azeez (dua dari kanan), manakala bagi pihak Dotty’s pula ditandatangani oleh pengasasnya, Nadia Nasimuddin. Mereka turut diiringi oleh Kesavan (KC) Purusotman, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Cili Kampung Malaysia, serta Kaylee Low, Pengurus Kanan Komersial dan Pembangunan Perniagaan Dotty’s Pastries & Coffee.

QBEEP LANCAR RESQMEALS: LANGKAH PRAKTIKAL TANGANI KRISIS OBESITI DAN PEMBAZIRAN MAKANAN

Image
Syarikat teknologi Qbeep secara rasminya telah melancarkan ResQmeals, sebuah aplikasi inovatif yang direka untuk menangani isu pembaziran makanan sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Majlis pelancaran yang berlangsung di After One KL pada Jumaat, 6 Februari lalu, menandakan satu pencapaian penting dalam mengintegrasikan elemen kelestarian ke dalam rutin harian masyarakat.

PROSPERITY BLOSSOM: AEON MALL PERKASA GENERASI MUDA MELALUI TARIAN SINGA

Image
AEON MALL meraikan Tahun Baru Cina dengan penuh makna melalui inisiatif Prosperity Blossom di AEON MALL Bukit Tinggi, menggabungkan warisan budaya dengan tanggungjawab sosial korporat.

KASIH MEKAR, KENANGAN KEKAL: RAIKAN HARI VALENTINE DENGAN SENTUHAN LEGO

Image
Bosan dengan cara lama menyambut Hari Valentine? Tahun ini, The LEGO Group tampil dengan kelainan menerusi kempen Keep It Fresh: Love That Lasts with LEGO® Botanicals. Bukan sekadar memberi bunga, kempen ini mengangkat kreativiti sebagai "bahasa cinta" yang lebih bermakna.

TUHAN, BENARKAH KAU MENDENGARKU?: FILEM EMOSI & AIR MATA INDONESIA DI PAWAGAM MALAYSIA FEBRUARI INI

Image
Filem terbaru Indonesia penuh emosi dan mengundang air mata, ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?’ kini bersedia menyentuh hati penonton Malaysia. Sedang hangat ditayangkan di pawagam negara jiran, filem ini dibawakan ke layar perak tempatan oleh Penerbit Indonesia, Paragon Pictures, Ideosourse Entertainment dan Penerbit Bersama, Astro Shaw bermula 5 Februari ini.

GUARDIANS OF LEGACY: WARISAN & SENI TAHUN BAHARU CINA DI KWAI CHAI HONG

Image
Sempena Tahun Baharu Cina 2026, lorong budaya ikonik Kwai Chai Hong sekali lagi tampil dengan instalasi seni bertema Guardians of Legacy (十二福星), meraikan nilai kesejahteraan, kasih sayang dan ikatan generasi. Foto: IG @hellowws  Inspirasi Cloth Tiger Instalasi ini diinspirasikan daripada seni rakyat tradisional Cloth Tiger (布老虎) — patung kain yang dahulunya dijahit tangan oleh ibu bapa atau datuk nenek sebagai tanda kasih, lalu dihadiahkan kepada anak-anak sebagai simbol perlindungan dan doa untuk keberanian, kebijaksanaan serta kesihatan. Dari tradisi ini lahirlah Guardians of Legacy, memperkenalkan 12 Zodiac Guardians yang masing-masing melambangkan berkat dan nilai kehidupan seperti ketabahan, keharmonian, kegembiraan dan kemakmuran. (Dari kiri ke kanan) Pengasas Bersama Kwai Chai Hong, Terrence Liew dan Zeen Chang; Pengarah Urusan guardian Malaysia, Priscilla Wu; Artis dan Pengasas Bersama Kwai Chai Hong, Javier Chor; serta Pengasas Bersama Kwai Chai Hong, Coco Lew dan Wee Ho. ...