Posts

Showing posts from November, 2025

BIRKENSTOCK MEMPERKENALKAN KEDAI KONSEP TERBAHARU DI MALAYSIA BERTEMPAT DI 1 UTAMA

Image
BIRKENSTOCK Malaysia dengan bangganya mengumumkan pembukaan semula kedai 1 Utama dengan konsep runcit baharu, terbaharu seumpamanya di Malaysia. Reka bentuk yang diperbaharui ini mengubah pengalaman Birkenstock,menghidupkan warisan dan kemahiran jenama ini melalui bahan semula jadi dan butiran reka bentuk yang teliti.

LUSH MALAYSIA MEMPERKENALKAN RANGKAIAN SNOW FAIRY PERTAMA DI SUNWAY PYRAMID

Image
LUSH Malaysia , jenama kosmetik segar buatan tangan, memperkenalkan rangkaian Snow Fairy pertamanya di Sunway Pyramid. Kempen selama dua bulan ini berlangsung dari 25 November 2025 hingga 26 Januari 2026, menampilkan koleksi Snow Fairy yang ikonik dan digemari ramai, yang diperkenalkan sebagai rangkaian edisi terhad sempena Krismas. Dikenali dengan haruman beraroma manis seperti gula-gula kapas dan gula-gula getah, rangkaian Snow Fairy kembali semula dengan sentuhan merah jambu yang menceriakan, sempena ketibaan musim perayaan.

SAGA SERBA BAHARU KINI TIBA: SEDAN IKONIK MALAYSIA MEMACU NEGARA KE ERA BAHARU

Image
PROTON secara rasmi melancarkan Saga Serba Baharu, menandakan evolusi paling signifikan bagi model ikonik sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Pelancaran bertema “Empat Dekad Gemilang, Masa Depan Tanpa Batasan” ini berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dan disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

DESARU COAST DAN BOXXTOMOI ASIA MELANCARKAN COASTAL COMBAT 2026

Image
Desaru Coast, dengan kerjasama Boxxtomoi Asia, bakal menghangatkan arena sukan dan hiburan Malaysia dengan Coastal Combat 2026, sebuah acara sukan seni Muaythai antarabangsa bakal berlangsung pada bulan Januari membuka tirai kalendar kempen Visit Johor 2026. Inisiatif pelancongan sukan baharu ini mengukuhkan lagi kedudukan Desaru Coast sebagai destinasi pelbagai sukan dan acara bertaraf serantau.

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

Image
Hari yang sepatutnya paling indah buat Ariana bertukar menjadi tragedi yang tak pernah terlintas dek akal. Tunangnya, Iskandar, hilang tanpa jejak sebelum akad, memaksa Hariz, adik Iskandar, menjadi “pak sanggup” demi menyelamatkan maruah keluarga. Dari dilema itu bermulalah perkahwinan paksa penuh dendam, syarat dan rahsia, membuka tirai drama bersiri vertikal baharu, Separuh Nafas Cinta, yang bakal disiarkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disember 2025, dengan tayangan dua episod setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam.

“PANGGIL AKU DAHLIA”, ADAPTASI NOVEL TERBAHARU TEMUI PENONTON RTM

Image
Minatnya cukup mendalam dalam bidang arkeologi hingga menyambung pengajian di bumi Australia. Namun takdir menentukan sebaliknya bila dia tiba-tiba dipanggil balik pulang ke Malaysia untuk meneruskan legasi perniagaan ladang teh milik ayahnya. Perkara yang dibencinya sejak kecil. Bertitik tolak itu maka bermulalah cabaran yang terpaksa dilaluinya.

IKEA BAWA SAVANA KE MALAYSIA MENERUSI PELANCARAN KOLEKSI SANDLÖPARE

Image
IKEA membawa savana ke Malaysia dengan pengenalan SANDLÖPARE! Koleksi kanak-kanak terbaharu ini direka bagi menggalakkan sifat ingin tahu serta kasih sayang terhadap haiwan terancam menerusi permainan imaginatif dan penceritaan. Sempena pelancarannya, IKEA Malaysia turut menganjurkan satu siri aktiviti yang menarik dan mesra keluarga di semua gedung bermula 27 November hingga 7 Disember 2025.

JOHNSON’S® MENGINSPIRASIKAN SETIAP DETIK BERMAIN & MENEROKA LEBIH BERMAKNA

Image
Johnson’s®, jenama yang dipercayai dengan lebih daripada 125 tahun dan jenama No. 1* Dunia dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak, kini kembali dengan kempen Johnson’s® PlayDays untuk memberi inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia untuk meluangkan lebih banyak waktu bermain bersama dan kurangkan waktu tonton skrin. Dengan aktiviti-aktiviti fizikal bersesuaian untuk ibu bapa dan kanak-kanak, kempen ini menggalakkan keluarga meneroka, belajar dan meluangkan masa bersama melalui permainan aktif sambil kekal bersih dan berasa segar sepanjang hari.

KREATIVITI NEURODIVERGEN MENJADI TUMPUAN UTAMA DALAM KALENDAR 2026 FARMASI CARING, GEORGETOWN DAN WELLINGS

Image
Farmasi CARiNG, Farmasi Georgetown dan Farmasi Wellings, di bawah BIG CARiNG Group, hari ini melancarkan kalendar 2026 mereka yang bertajuk “Colours of Care, Days of Joy” iaitu hasil kolaborasi tulus dengan Program START. Kalendar ini menampilkan karya seni asli oleh dua adik-beradik muda neurodivergen, Zayn berusia 13 tahun dan Nafeesah berusia 10 tahun. Dilancarkan di The Grey Box @ GMBB, kalendar 2026 ini merupakan sebuah penghargaan kepada cara kanak-kanak neurodivergen mengalami, meluahkan, dan mentafsir dunia.

RESORTS WORLD GENTING DAN TOURISM MALAYSIA JALIN KERJASAMA STRATEGIK SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Image
Resorts World Genting (RWG) telah mengumumkan jalinan kerjasama penting dengan Tourism Malaysia bagi memperkukuh agenda pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Memorandum Persefahaman (MoU) ini dimeterai di Resorts World Awana dan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. (Dari kiri) Darren Yeo, Naib Presiden Reka Bentuk, Landskap, Tarikan Eko, Gaya Hidup dan Wellness RWG; Lee Thiam Kit, Timbalan Presiden RWG; Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG; Aaron Chia, Ketua Pegawai Operasi RWG; YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang; YB Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bentong; dan Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, bergambar bersama sempena menandakan permulaan rasmi kerjasama antara RWG dan Tourism Malaysia. Kerjasama strategik ini menega...

GATORADE MALAYSIA CLOSED 2025: SEJARAH BAHARU PICKLEBALL NASIONAL BERMULA

Image
Malaysia bakal mencatat sejarah dengan kejohanan pickleball nasional pertama, Gatorade Malaysia Closed 2025, dianjurkan oleh Persatuan Pickleball Malaysia bersama Persatuan Pickleball Kuala Lumpur. Acara ini berlangsung dari 5 hingga 8 Disember 2025 di PickleDepot @ Sentul Depot, menghimpunkan pemain terbaik negara untuk bersaing dalam kategori Lelaki Perseorangan, Wanita Perseorangan, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran.

AGODA KONGSI TREND PELANCONGAN TERKINI ASIA 2026: MALAYSIA TERAJUI PERANCANGAN PERCUTIAN BERASASKAN AI

Image
Platform pelancongan digital Agoda telah menerbitkan laporan tinjauan pelancongan tahunannya, 2026 Travel Outlook Report , yang menonjolkan trend utama yang dijangka mempengaruhi cara rakyat Asia melancong pada tahun hadapan. Dapatan kajian ini menyerlahkan keterbukaan rakyat Malaysia terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam proses merancang percutian, minat yang semakin meningkat terhadap destinasi domestik, serta motivasi pelancongan yang kini lebih dipengaruhi oleh nilai, pengalaman dan kemudahan.

RAIKAN MUSIM PERAYAAN BERSAMA SUNWAY MALLS ‘COZY COZY CHRISTMAS’

Image
Musim perayaan ini, Sunway Malls menghidupkan suasana penuh kehangatan melalui kempen nasional ‘Cozy Cozy Christmas’, diinspirasikan oleh trend global “kidult” yang meraikan nostalgia penuh keceriaan serta keselesaan koleksi comel. Kempen ini mengajak pengunjung untuk menikmati pengalaman membeli-belah, menjamu selera dan berhibur dalam suasana mesra yang penuh magis Krismas.

TUNE TALK CETUS REVOLUSI ESPORTS BELIA MALAYSIA, MEMBENTUK GENERASI BAHARU PEMIMPI DIGITAL

Image
Suasana semakin hangat apabila CRIT dan Tune Talk, penyedia rangkaian mudah alih berasaskan awan terkemuka Asia, melancarkan ACS EDU TOUR Musim Ke-4 — satu fenomena esports nasional yang memberi peluang kepada belia Malaysia untuk melangkah dari pemain ke peringkat profesional.

KONSERT LOKALOKO 2026 BAKAL TAMPILKAN IRAMA DUA DUNIA

Image
  Tahun baharu bakal disambut dengan dentuman muzik segar apabila konsert LOKALOKO 2026: Irama Dua Dunia membuka tirai pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Acara ini menjanjikan gabungan unik antara rentak Malaysia dan Indonesia, bukan sekadar pertemuan genre atau generasi, tetapi sebuah manifestasi muzik yang menyatukan jiwa serantau. Konsert ini dibahagikan kepada dua sesi dengan aura berbeza: Butterfingers ft Amir Jahari – 3 Petang Kumpulan legenda grunge tempatan, Butterfingers, kembali menggegarkan pentas dengan deretan lagu ikonik seperti “The Chemistry (Between Us)”, “Epitome” dan “Faculties of the Mind”. Mereka akan bergandingan dengan penyanyi dan komposer berbakat besar, Amir Jahari, anak kelahiran Kuching yang dikenali melalui karya beremosi seperti “Hasrat” dan “Tanpamu (Re-Imagine feat. Nana Sheme)”. Gabungan ini dijangka membawa penonton menelusuri perjalanan penuh nostalgia dan emosi, mengikat semangat rock dengan kelembutan akustik. The Lantis ft FUGŌ – 8 Mala...

DOMINO’S PIZZA MEMPERSEMBAHKAN SENTUHAN BAHARU CITA RASA KLASIK ITALI MENERUSI RANGKAIAN PIZA LA CARBONARA

Image
Domino’s Pizza membawa kelainan baharu dengan memperkenalkan rangkaian La Carbonara, diinspirasikan daripada hidangan pasta klasik Itali. Rasa carbonara yang disukai ramai kini hadir dalam bentuk piza yang mudah dikongsi dan dinikmati. Tersedia dalam tiga pilihan, rangkaian ini boleh didapati mulai 18 November 2025 untuk masa terhad.

SKECHERS × KUROMI: SENTUHAN REBEL COMEL DALAM FESYEN HARIAN

Image
Bersedia untuk menyertai “cute rebellion” paling comel musim ini! Skechers, syarikat teknologi keselesaan dan peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, bergabung dengan ikon Sanrio yang digemari ramai, Kuromi, untuk kolaborasi sulung mereka — Skechers × Kuromi Collection.

NOËL DI THE GARDENS MALL: SEBUAH PENGALAMAN KRISMAS PENUH MAGIS

Image
Krismas kembali ke The Gardens Mall dengan suasana penuh pesona. Dari 19 November hingga 25 Disember 2025, pusat beli-belah ini bertukar wajah menjadi taman istana yang memukau, dihiasi candelier berbalut bunga, pokok malar hijau yang diukir indah, topiari artistik serta bunga bernuansa permata yang bergemerlapan dari gazebo dan gerbang megah. Burung merpati putih berterbangan menambah seri, menjadikan The Gardens Mall lokasi sempurna untuk merakam kenangan Krismas tahun ini.

“MELANGKAHI AKU” – JERITAN SUNYI DARI MANIPULASI HUBUNGAN TOKSIK

Image
Band alternatif muda yang semakin menyerlah, DUKES, tampil dengan single terbaharu berjudul Melangkahi Aku, sebuah karya padat emosi yang menggambarkan kekeliruan, kesakitan dan kemarahan tersembunyi seorang lelaki dalam hubungan toksik. Lagu ini menandakan single ketujuh DUKES bersama Alternate, sekali gus membuka lembaran baharu dalam evolusi muzik mereka.

NESCAFÉ MENCETUS INSPIRASI GENERASI BAHARU USAHAWAN MALAYSIA, MEMPERKASA PELAJAR MELALUI BIMBINGAN DAN PENGALAMAN DUNIA PERNIAGAAN SEBENAR

Image
Sebagai sebahagian daripada komitmen Nestlé Malaysia untuk memupuk dan memperkasa golongan belia negara, edisi 2025 Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NESCAFÉ Youth Entrepreneurship Programme – NYEP) Business Case Challenge melabuhkan tirai baru-baru ini dengan Pertandingan Akhir yang penuh bersemangat. Acara tersebut meraikan kreativiti, keyakinan diri serta semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti yang tampil membentangkan idea berani mereka bagi masa depan jenama kopi kegemaran rakyat Malaysia.

PROSPERITY BURGER MUNCUL KEMBALI, MCDONALD’S SUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT

Image
Prosperity Burger kembali menyatukan rakyat Malaysia untuk berkongsi detik penuh kegembiraan dan kebersamaan. Bersempena ketibaan promosi tahunan yang dinanti-nantikan ini, McDonald’s Malaysia mengajak semua untuk merenungkan erti sebenar ‘prosperity’— ‘"Prosperity" bukan terletak pada apa yang kita ada, tapi hubungan kita bersama insan di sekeliling kita.” Mereka ialah keluarga, rakan-rakan, dan komuniti yang sentiasa bersama dan menghulurkan sokongan kepada kita. (ke-6 dari kiri) Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan dan (ke-5 dari kiri) Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Impak dan Pasukan Pengurusan Kanan McDonald's Malaysia, menjemput penggemar Prosperity Burger untuk menikmati set hidangan sambil menyumbang 20 sen kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

LOKARYA PERKENAL SEMULA “DERUAN” – BAND INDIE CITY POP TAMPIL DI PERSADA MUZIK ARUS PERDANA

Image
Selepas dua tahun menyepi demi membina asas artistik yang lebih kukuh, band indie Malaysia Lokarya kembali ke pentas arus perdana dengan memperkenalkan semula single mereka berjudul “Deruan”. Lagu yang dirakam hampir tiga tahun lalu kini diberikan ruang yang lebih tepat untuk bernafas, berkembang dan mewakili identiti sebenar kumpulan ini.

GENKRU THE FINALE ONE MORE TIME: KEKALKAN LEGASI POP RAP MALAYSIA

Image
Kumpulan legenda muzik pop-rap Malaysia, KRU, menutup tirai siri konsert mereka dengan jayanya menerusi persembahan genKRU The Finale One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu. Konsert kelima dalam tempoh setahun ini berjaya menghimpunkan ribuan peminat daripada pelbagai generasi, dalam sebuah malam yang sarat dengan persembahan bertenaga dan momen-momen nostalgia.

SUMPAHAN NILAM UTAMA: KOMEDI-THRILLER REMAJA PENUH MISTERI

Image
Penerbit Infinitus Productions yang menghasilkan filem pecah panggung Hantu Kak Limah dan Don Dukun, mengumumkan bakal tampilkan filem komedi-thriller terbaru Sumpahan Nilam Utama. Filem yang diterbitkan oleh Infinitus Productions dengan kerjasama Directors Think Tank dan Sunstrong Entertainment, kini dalam fasa penggambaran dan dijangka temui penonton di pawagam pada tahun 2026.

AFYAA CATAT JUALAN RM1 JUTA DALAM 7 HARI, BUKTI KEPERCAYAAN PENGGUNA TERHADAP SAHIYYA+ UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Image
AFYAA, jenama kesihatan Islamik terkemuka Malaysia yang dikenali kerana memperjuangkan gaya hidup sihat berasaskan sunnah melalui inovasi moden, meraikan satu pencapaian luar biasa dengan pelancaran Sahiyya+, evolusi terbaharu bagi suplemen penjagaan jantung utama jenama ini.

REXONA MALAYSIA MENYERTAI PENTAS DUNIA SEBAGAI PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™

Image
Rexona dengan bangganya mengumumkan peranannya sebagai Penaja Rasmi Deodoran bagi FIFA World Cup 2026™, menyatukan pentas bola sepak terbesar dunia dengan semangat mendalam rakyat Malaysia terhadap sukan yang menjadi nadi kepada peminat di seluruh negara ini. Penajaan ini bukan sekadar pengiktirafan bertaraf global, tetapi ia juga mencerminkan komitmen Rexona dalam meraikan semangat peminat, komuniti, dan budaya bola sepak tempatan daripada suasana hangat di kedai mamak hinggalah ke sorakan gemuruh di perlawanan terbuka.

GUARDIAN MALAYSIA PERKENAL KHIDMAT RUNDINGAN PENJAGAAN KULIT PROFESIONAL OLEH AHLI FARMASI

Image
guardian Malaysia mengumumkan bahawa ahli farmasinya di seluruh negara kini bergelar Pakar Derma Bertauliah. Dengan pengetahuan yang lebih mendalam dan tepat, mereka kini lebih bersedia untuk memberikan rundingan profesional serta menjawab persoalan pelanggan berkaitan penjagaan kulit, terutamanya dalam aspek penjagaan kulit derma dan keperluan kulit sensitif.

SICHUAN KITCHEN PERKENAL HIDANGAN BERMUSIM “HAIRY CRAB” BERSAMA SET HOT POT MEWAH DI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR

Image
Istimewa buat penggemar makanan laut, Sichuan Kitchen di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre memperkenalkan sajian eksklusif Hairy Crab (大闸蟹) — makanan laut mewah yang terkenal dengan isinya yang lemak manis.

PELANCARAN EKSKLUSIF FORD RANGER RAPTOR SPORT OLEH KAM LUNG MOTOR GROUP

Image
Acara Eksklusif Ford Petaling Jaya dan Pra-Pelancaran varian baharu Ford Ranger Raptor telah berlangsung baru-baru ini di bilik pameran Ford Petaling Jaya. Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk wakil media ternama, rakan industri, serta pelanggan setia Ford bersama keluarga mereka.

LEGENDA BAHARU BANGKIT DI RESORTS WORLD GENTING: THE NATIONAL LUMINOUS DRAGON KING CHAMPIONSHIP

Image
Nantikan kelahiran legenda baharu apabila Arena of Stars bergemerlapan dengan semangat dan kemahsyuran pada 14 Disember 2025. Resorts World Genting (RWG) mempersembahkan Resorts World Genting National Luminous Dragon King Championship, sebuah pertandingan kebudayaan baharu yang unggul dan berseri. Acara ini menghimpunkan pasukan tarian naga terbaik dari seluruh negara dalam persembahan menakjubkan yang menonjolkan kemahiran, kreativiti serta daya ketahanan para peserta.

“NOW YOU SEE ME: NOW YOU DON’T” GEGARKAN GSC LALAPORT BBCC – MAGIS KEMBALI MENGUASAI LAYAR PERAK!

Image
Para peminat filem aksi dan ilusi bersiap sedia untuk satu lagi pengalaman yang memukau! Filem ketiga dalam francais popular Now You See Me akhirnya tiba dengan penuh gaya menerusi tayangan perdana Now You See Me: Now You Don’t yang berlangsung meriah di GSC LaLaport BBCC baru-baru ini. Tayangan eksklusif ini bukan sahaja mencetus keterujaan sebelum tayangan global, malah menandakan kemunculan semula “The Four Horsemen” dengan aksi yang lebih besar, lebih berani dan lebih menakjubkan. Malam Magis Bertaraf Bintang GSC LaLaport BBCC bertukar wajah menjadi dunia ilusi berinspirasi dari filem, lengkap dengan zon interaktif, ruang bergambar imersif dan persembahan magis secara langsung oleh ahli silap mata terkenal, Icelone. Para tetamu, termasuk selebriti, media dan rakan industri, disambut dengan karpet merah dan pengalaman sinematik yang mendebarkan — bahkan sebelum kredit pembukaan muncul di layar. Misi Baharu, Wira Baharu Dalam Now You See Me: Now You Don’t, kumpulan legenda “The Four ...

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

Image
Program FAMTRIP Majestic Johor bersama media sempena Visit Johor 2026 membuka tirai dengan perjalanan penuh keterujaan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Desaru dan Mersing. Sepanjang 4 hari 3 malam, delegasi media dari Kuala Lumpur berpeluang merasai sendiri keunikan destinasi pelancongan, penginapan eksklusif dan keindahan warisan Johor yang mempesona.

KLUANG RAIL COFFEE: WARISAN KOPITIAM JOHOR DI CAWANGAN YONG PENG

Image
Tiada perjalanan ke Johor yang benar-benar lengkap tanpa singgah di Kluang Rail Coffee, kopitiam lagenda yang telah menjadi sebahagian daripada identiti negeri ini sejak tahun 1938. Bermula di stesen kereta api Kluang, jenama ini bukan sekadar kedai kopi — ia adalah simbol warisan, komuniti, dan cita rasa asli Johor yang terus hidup hingga ke hari ini.

RAWA ISLAND RESORT: PERMATA TROPIKA JOHOR DI TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR

Image
Ada sesuatu yang magis tentang Pulau Rawa. Dari jauh, ia kelihatan seperti permata putih yang terapung di Laut China Selatan. Namun sebaik sahaja kaki menjejak pasirnya yang halus, anda akan segera faham mengapa pulau kecil ini menjadi destinasi wajib bagi mereka yang mencari ketenangan di syurga keindahan tropika.

MERSING MENANTI: 4 RESORT TEPI PANTAI YANG HARUS DIKUNJUNGI SEMPENA VISIT JOHOR 2026

Image
Bagi promosi kempen Visit Johor 2026, FAMTRIP Majestic Johor bersama media telah menjelajah ke Mersing — pintu gerbang ke gugusan pulau tropika yang memukau di pesisir timur Johor. Dari resort mewah atas air hingga penginapan kampung yang autentik, berikut empat destinasi yang wajib anda alami sendiri. Mesmerising Mersing: Pintu gerbang ke percutian idaman — dari pasir putih Pulau Rawa hingga kehijauan Pulau Besar, setiap pengembaraan bermula di sini.

“PILIHAN KITA, WAJAH SABAH ESOK”, DOKUMENTARI KHAS TERBITAN RTM

Image
Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 menjadi platform penting untuk memastikan kemajuan masa hadapan pembangunan dan ekonomi yang turut mencerminkan keabsahan demokrasi di Sabah.

5 TEMPAT MENARIK DI JOHOR BAHRU YANG WAJIB MASUK AGENDA PERCUTIAN ANDA

Image
Johor Bahru bukan sekadar pintu masuk ke selatan tanah air — ia adalah destinasi pelancongan yang penuh warna, sesuai untuk keluarga, pencinta alam, peminat sukan dan pelancong urban. Jika anda merancang percutian ke JB, berikut lima tarikan utama yang patut dimasukkan ke dalam itinerary anda:

SUNWAY HOTEL BIG BOX: PENGINAPAN MESRA KELUARGA DAN GAYA HIDUP URBAN

Image
Sunway Hotel Big Box yang terletak di Iskandar Puteri merupakan hotel bertaraf empat bintang yang popular dalam kalangan pelancong ke Iskandar Puteri, Johor, khususnya kerana saiz biliknya yang luas, lokasi yang sangat strategik, serta akses terus ke Sunway Big Box Retail Park dan pelbagai tarikan berdekatan seperti X Park dan Legoland Malaysia.

MENJELAJAH PERMATA PESISIR JOHOR: LAWATAN EKSKLUSIF KE DESTINASI PELANCONGAN DESARU COAST

Image
Pada hari kedua FAMTRIP Majestic Johor, delegasi media berpeluang menyelami keindahan dan kepelbagaian produk pelancongan di Desaru Coast, salah satu destinasi premium di Johor yang semakin mendapat perhatian pelancong domestik dan antarabangsa. 

ST. GILES SOUTHKEY HOTEL, JOHOR BAHRU: PENGINAPAN SELESA DAN MODEN DI LOKASI STRATEGIK UNTUK MENEROKA BANDARAYA JOHOR BAHRU

Image
Johor Bahru semakin menyerlah sebagai destinasi pelancongan yang menggabungkan budaya, kulinari dan tarikan moden. Antara penginapan yang mencuri tumpuan pelancong ialah St. Giles Southkey Hotel, sebuah hotel bandar bertaraf antarabangsa yang terletak di lokasi premium, bersambung terus dengan Mid Valley Southkey Mall.

STADIUM SULTAN IBRAHIM: IKON KEMEGAHAN JOHOR, DESTINASI SENI BINA DAN SUKAN BERTARAF DUNIA

Image
Stadium Sultan Ibrahim (SSI), yang tersergam indah di pusat Iskandar Puteri, Johor, melangkaui definisi gelanggang sukan. Ia adalah manifestasi seni bina kontemporari, teknologi termaju, dan semangat diraja yang kini menjadikannya mercu tanda pelancongan baharu yang berprestij di rantau ini.

RESTORAN LOBSTAM - MAKANAN LAUT SEGAR DAN MANTAP DI GELANG PATAH, JOHOR

Image
Nama “Lobstam” merupakan gabungan dua perkataan — lobster dan ketam — yang merujuk kepada dua hidangan utama restoran ini. Sesuai dengan namanya, Lobstam sememangnya terkenal dengan hidangan makanan laut, khususnya lobster dan ketam.